[Video] Kucing Kencing Atas Tilam Mungkin ‘Amaran Senyap’ Ia Sakit, Ini Apa Anda Perlu Tahu
Segelintir pemilik akan terus memarahi si bulus apabila kencing merata tempat terutamanya di atas tilam tanpa mengetahui sebab sebenar ia melakukan perkara itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Antara ‘peel’ kucing yang selalu buat pemiliknya geram adalah memunggah barang-barang di rumah hingga berselerak ataupun membuang hajat merata tempat.
Buat kucing yang dibela di dalam rumah, kebiasaannya kita akan menyediakan ruangan untuk membuang hajat atau lebih dikenali sebagai litter box (potty kucing). Melatih si bulus untuk menggunakannya adalah sangat penting bagi mengelakkannya membuang sesuka hati di dalam ruangan rumah.
Kalau dah bersepah, satu hal pula kita nak bersihkan pada setiap hari. Secara umumnya, kucing digalakkan dilatih menggunakan litter box sejak kecil lagi agar ia terbiasa dengan rutin tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Lima Tips Kekalkan Rumah Bau Wangi Buat Anda Yang Bela Kucing Indoor
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Nakal Suka Bawa Balik Pakaian Dalam Dari Rumah Jiran
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!
Kucing Pandai Guna Litter Box Tiba-tiba Buang Air Kecil Dengan Kerap Atas Tilam
Tetapi pernah tak anda berdepan dengan masalah kucing yang tiba-tiba berubah perangai dan membuang merata tempat misalnya atas tilam dalam bilik? Sebelum anda terus marah dan membebel, sebenarnya keadaan itu berkait rapat dengan kesihatan si bulus.
Sebelum ini, seorang individu menerusi hantaran di TikTok (@lazy.cat.diaries) ada berkongsi video kucing kelabunya dipercayai jenis British Short Hair yang membuang air kecil di atas tilam. Dalam video sama, kelihatan si bulus tersebut cuba menutupi kencing tersebut sama seperti aksi mereka jika membuang dalam litter box.
Perkara yang membuatkannya pelik adalah kucingnya itu dikatakan sangat pandai menggunakan litter box selama ini.
“Kucing saya guna litter box dengan sempurna selama tiga tahun tetapi tiba-tiba mula kencing atas katil saya setiap hari,” ujarnya.
Dia pada awalnya menyangka itu antara muslihat si bulus untuk ‘membalas dendam’ kepada tuannya yang selalu tidak ada di rumah.
Tonton video penuh [DI SINI].
Pemilik Hampir Serahkan Kucing Kepada Orang Lain Kerana Rasa Letih
Bagi menangani masalah tersebut, individu itu melakukan pelbagai cara sebagai contoh tukar jenis pasir membuang, membersihkan litter box dengan lebih kerap, mengalihkan litter box ke beberapa tempat berbeza, dan juga memarahinya. Namun semuanya tidak membuahkan hasil.
“Tiada satu pun yang berhasil. Dia terus kencing di atas katil saya, setiap hari. Saya benar-benar keletihan, kecewa, dan hampir nekad untuk menyerahkannya kepada orang lain,” luahnya.
Veterinar Dedah Kucing Hidap UTI
Namun persepsinya mula berubah selepas doktor haiwan mendedahkan bahawa kucing itu sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang berkait rapat dengan saluran kencing iaitu UTI atau dari segi perubatan dikenali sebagai Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection).
“Doktor haiwan berkata sesuatu yang mengubah segalanya. ‘Kucing tidak kencing di luar kotak pasir kerana dendam. Mereka sebenarnya sedang cuba memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena.’
“Rupanya kucing saya yang disangka ‘sihat sepenuhnya’ itu sebenarnya mengalami jangkitan saluran kencing yang menyebabkannya berasa sakit. Dia bukannya nakal, dia sebenarnya sedang minta pertolongan dengan satu-satunya cara yang dia tahu (tunjuk),” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tiga Tanda Kecemasan Kucing Kena Segera Dibawa Ke Vet, Pet Lovers Patut Tahu!
Tanda-tanda Kucing Anda Alami UTI
Tambah individu itu litter box dianggap sesuatu yang menyakitkan kepada kucing pada ketika itu manakala tilam yang empuk membuatkannya berasa selesa serta nyaman. Oleh disebabkan itu, si bulus lebih kerap membuang di atas tilam.
Berikut kami kongsikan beberapa tanda lain kucing anda mengalami UTI:
- Selalu muntah
- Perut terasa kembung dan keras
- Buang air secara kerap
- Air kencing berwarna kemerahan kerana bercampur dengan darah
- Perubahan emosi secara drastik
- Rasa lesu
- Minum air secara berlebihan
Masalah kucing yang membuang atas tilam itu akhirnya selesai selepas dia mendapatkan rawatan dari pakar.

Faktor Lain Yang Mungkin Jadi Punca Kucing Buang Merata Tempat
Jelas individu itu, terdapat punca-punca lain yang menyebabkan kucing membuang merata tempat di luar litter box. Antaranya:
- Artritis (keradangan sendi)
- Diabetes
- Stres akibat perubahan persekitaran rumah
- Kotak membuang terlampau kotor atau diletakkan di tempat yang tidak bersesuaian
- Ada kucing lain yang mengganggu mereka daripada menggunakan litter box

“Kucing korang tak nakal, dia hanya cuba untuk berkomunikasi,” tambah si tuan di akhir perkongsian di ruangan kapsyen.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki
Baca Artikel Berkaitan: Jadi Gemuk Kerana Banyak Diberi Makan, Kucing Di Poland Terpaksa Diet
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Masih Berbau Walaupun Dah Mandi? Mungkin Petanda Masalah Kesihatan Serius
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



