Now Reading
[Video] Rimas Dengan Bintik Kecil Pada Badan? Ini Cara Merawat Penyakit Kulit Ayam

[Video] Rimas Dengan Bintik Kecil Pada Badan? Ini Cara Merawat Penyakit Kulit Ayam

Penyakit kulit ayam yang turut dikenali sebagai keratosis pilaris ini kebiasaannya dialami oleh golongan remaja dengan peratusan sebanyak 50-80%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebelakangan ini keadaan cuaca di Malaysia dilihat tidak menentu. Ada kalanya panas dan bahang tetapi ada masanya hujan berpanjangan pula. Kalau anda nak tahu, perubahan cuaca ini sebenarnya boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Kalau anda nak tahu, perubahan cuaca ini sebenarnya boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Bukan setakat demam ia juga berpotensi mengundang masalah kulit. Namun antara perkara yang selalu dilalui individu adalah mereka tidak sedar perkara itu berlaku dan hanya membiarkan masalah kulit berkenaan.

Antara masalah kulit yang selalu dialami oleh golongan remaja adalah keratosis pilaris atau lebih dikenali sebagai penyakit kulit ayam.

Bagaimana Penyakit Kulit Ayam Berlaku?

Menurut doktor perubatan Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee, 50-80% remaja mengalami penyakit kulit ayam. Pun begitu, ia tidak bermaksud ia hanya dihidap oleh kelompok itu sahaja. Malah ramai juga golongan dewasa yang berdepan perkara sama.

Anda pernah tak dengar ayat ni?

“Mesti kau suka makan kulit ayam kan? Tu sebab ada kulit ayam tu (dekat kulit).”

Menurut Dr Qarafi, kenyataan tersebut adalah tidak benar dan ia tiada mengena dengan seseorang yang makan kulit ayam.

Punca utama keratosis pilaris ini berlaku adalah disebabkan keratin yang tumbuh secara berlebihan pada kulit sehingga menyebabkan liang pori tersumbat. Ia akhirnya akan menyebabkan kulit terbentuk seolah-olah kulit ayam yang berbintik-bintik.

Sumber: Healthdirect

Secara asasnya, keratin merupakan protein yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sebarang jangkitan. Ia boleh mati dan tumbuh semula pada permukaan kulit.

Punca utama mengapa keratosis pilaris berlaku masih belum dikenali pasti, namun risiko besar disebabkan keturunan.

Penyakit Kulit Ayam Tidak Boleh Berjangkit

Buat mereka yang mengalaminya, usah risau kerana penyakit kulit ayam ini tidak berbahaya dan tidak boleh berjangkit sesama individu.

Kesan buruk yang paling tidak disukai ramai adalah mereka akan berasa rimas dengan kulit sebegitu dan merasakan dirinya buruk jika ia tumbuh terlalu banyak pada kulit.

@qarafitee

Replying to @_efann_ Kulit korang macam ayam? Dah lama tapi tak hilang²? #fyp #drqarafitee #viral

♬ Awkward Moments – AstroMusic

Tonton video penuh [DI SINI].

Tanda-tanda Keratosis Pilaris Yang Boleh Diperhatikan

Memetik Hello Sehat, berikut adalah antara tanda-tanda seseorang mengalami keratosis pilaris:

  • Bintik-bintik kecil seperti kulit ayam tanpa rasa sakit
  • Kulit kering dan kasar di kawasan tersebut
  • Kawasan kulit ayam semakin memburuk apabila cuaca panas
  • Kadangkala terasa gatal
  • Boleh jadi warna pink, merah, pudar atau coklat bergantung kepada tona kulit seseorang
  • Kebiasaannya timbul di kawasan lengan, paha, pipi, telapak tangan atau kaki

Baca Artikel Berkaitan: Tompok-Tompok Putih Di Kulit, Dr Ini Perjelas Apa Itu Penyakit Vitiligo Atau Sopak

Baca Artikel Berkaitan: Kaki Cramp, Gatal & Berat? Ketahui Apa Itu Venous Insufficiency [Video]

Makanan Tinggi Vitamin A Bantu Rawat Masalah Keratosis Pilaris

Kongsi Dr Qarafi, makanan tinggi vitamin A boleh membantu menghapuskan masalah keratosis pilaris ini. Antaranya:

  • Brokoli
  • Bayam
  • Tuna
  • Keledek
  • Limau gedang merah jambu
  • Lobak merah
  • Lada benggala
Sumber: Pexels

Kaedah Lain Untuk Hilangkan Kulit Ayam Pada Kulit

Selain dari aspek makanan, anda juga boleh mengamalkan perkara-perkara ini di dalam rutin harian. Antaranya:

  • Memakai pelembap 2-3 kali sehari untuk hilangkan kegatalan dan melembapkan kulit
  • Menggunakan krim yang menghapuskan kulit mati sebagai contoh yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHA)
  • Mandi air panas supaya liang pori terbuka dan tidak tersumbat
  • Scrub badan untuk hilangkan sel kulit mati
  • Elak baju terlampau ketat
  • Pasang pelembap udara di dalam bilik atau rumah untuk menjaga kelembapan kulit
Sumber: Pexels

Jika kesemua cara di atas tidak membuahkan hasil, anda boleh mendapatkan rawatan laser untuk menghilangkan penyakit kulit ayam ini.

Baca Artikel Berkaitan: Kulit Kering Akibat Cuaca Panas? Ini Tips Pilih Jenis Pelembap Untuk Wajah

Baca Artikel Berkaitan: Nak Muka Cantik Seperti Remaja? Ini Tips Penjagaan Kulit Yang ‘Confirm’ Buat Korang Tak Menyesal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd