Now Reading
[Video] Ini perkara Yang Perlu Dilakukan Mak Ayah Jika Nak Anak Bijak

[Video] Ini perkara Yang Perlu Dilakukan Mak Ayah Jika Nak Anak Bijak

Menurut Dr Qarafi Tee, ia adalah perkara yang amat merugikan buat ibu bapa sekiranya mensia-siakan tiga tahun pertama kehidupan anak kerana ketika ini otak mereka berkembang dengan cepat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melihat kejayaan anak sehingga menjadi insan yang hebat merupakan impian buat semua yang bergelar ibu bapa.

Akan tetapi semua perkara itu perlulah di lakukan saat anak masih berada di fasa bayi lagi.

Ini kerana kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai abiliti untuk menyerap segala ilmu seperti span.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengasah dan memantapkan lagi kemahiran anak-anak.

Doktor kongsi beberapa cara besarkan anak yang bijak sebelum usia 3 tahun

Baru-baru ini seorang pengamal perubatan iaitu Dr Qarafi Tee, telah berkongsi beberapa perkata yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membesarkan anak yang bijak sebelum mereka mencecah usia tiga tahun.

Jelasnya usia anak pada tiga tahun pertama ini begitu penting kerana otak mereka berkembang dengan cepat.

Ini kerana selepas tiga tahun otak anak kecil akan mula berkembang dengan perlahan dan ia sangat rugi buat ibu bapa jika mensia-siakan waktu ini.

“Apa yang mak ayah boleh lakukan adalah pertama bawa anak tu keluar, bukan duduk di rumah dan melihat skrin sahaja (telefon atau televisyen) sahaja. Biar anak-anak tu keluar untuk melihat pokok, langit, kereta, orang berjalan dan beri mereka menyentuh rumput, bermain dengan pasir, daun dan juga batu.

“Sebab dekat luar tu sebenarnya kelas percuma untuk anak-anak ni meneroka warna, bunyi, bau dan juga rasa. Sebab lagi banyak dunia sebenar dia meneroka lagi lajulah otak dia belajar,” ujarnya.

Ibu ayah perlu kerap berkomunikasi dengan anak

Yang kedua pula, ibu ayah digalakkan untuk kerap berkomunikasi dengan anak sebanyak mungkin.

Jangan banyak berdiam, meskipun anak belum pandai untuk menjawab. Meskipun mereka tidak memahami namun ibu ayah boleh menerangkan perkara yang sedang dilakukan.

Sebagai contoh menunjukkan makanan seperti ‘ini nasi’, memperkenalkan warna, memaklumkan tindakan yang sedang dilakukan macam ‘kita nak pergi kedai dan banyak lagi.

Perlu jaga emosi, ibu ayah jangan menjerit kerana anak bawah tiga tahun sensitif

Jelas Dr Qarafi lagi, semua perkara itu adalah waktu yang penting untuk peluang anak mempelajari bahasanya.

“Sebab mak ayah kena faham, yang anak-anak ni dia akan belajar perkataan, intonasi, dan juga emosi melalui suara mak ayah dia. Sebab otak anak ni dia tak perlukan bahasa yang perfect (sempurna), cuma perlukan suara mak ayah yang konsisten je.

“Antara salah satu benda yang penting sebenarnya adalah jangan emosi dan juga jerit, sebab anak bawah tiga tahun ni sangat sensitif. Bila mak ayah selalu jerit, marah, dan ugut, otak mereka akan masuk dalam mood takut dan bukan belajar.

“Jadi anak ini akhirnya akan menjadi manja, mudah tantrum (marah) dan susah nak fokus.”

Cara yang tenang akan buat anak berani nak mencuba benda baru

Namun apabila mak ayah bertenang, peluk dan ajar dengan cara yang lembut, anak akan berasa selamat serta berani untuk mencuba perkara baharu.

Ini kerana anak yang bijak akan datang dari rumah yang tenang dan bukan penuh dengan jeritan.

Oleh itu, ibu ayah perlu faham anak-anak berusia bawah tiga tahun ini sebenarnya tidak memerlukan gadjet yang mahal. Sebaliknya mereka perlukan dunia yang sebenar, suara dan juga hati yang tenang.

Sekiranya perkara ini dijaga dengan baik, ia dapat memudahkan otak berkembang jauh lebih bijak daripada apa yang ibu ayah sangkakan.

Ramai setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Qarafi

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Qarafi kerana perkara sama turut dilihat menerusi perkembangan anak-anak mereka.

Malah ada yang mengatakan anak-anak mereka begitu mudah menyerap perkara menerusi perkara yang dilihat dan didengari.

Tak kurang ada yang menggalakkan untuk anak-anak memijak rumput dan bermain dengan alam semula jadi.

Ada juga pengguna menjelaskan mereka cuba untuk mengawal emosi demi kebaikan anak-anak.

“Hari-hari bercakap dengan anak, umur anak bongsu baru tiga bulan, tapi dia faham kita cakap sambil sengih-sengih.”

“Anak saya hari-hari teroka kawasan rumah sampai kulitnya mula gelap dan tapi saya suka sebab bila dia banyak bergerak, dia banyak makan. Berbanding duduk dalam bilik tak berpeluh tak banyak gerak dan ya kurang tempoh skrin bermasud kurang tantrum..”

“Ya anakku awal bercakap ya, sekarang dua tahun enam bulan setiap saat bercakap pengsan pula nak layah tapi takpelah saya gembira”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd