Now Reading
[Video] Selalu Malas Mandi Sebab Badan Terlampau Letih? Ini Kesan Buruknya Yang Anda Perlu Tahu

[Video] Selalu Malas Mandi Sebab Badan Terlampau Letih? Ini Kesan Buruknya Yang Anda Perlu Tahu

Menurut doktor perubatan dikenali sebagai Dr Ulfa, selain badan berbau, isu malas mandi ini juga boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius dari sudut kesihatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah badan berbau bukan satu perkara asing dan ramai juga di kalangan masyarakat yang melaluinya. Kadangkala ia berlaku disebabkan pemilihan deodoran yang tidak sesuai, gaya hidup kurang aktif, atau tidak menjaga kebersihan diri secara konsisten.

Namun antara punca utama yang menyebabkan badan bau tengik adalah tabiat tidak suka mandi. Ada sahaja alasannya, sebagai contoh air sejuk, badan penat, rasa diri tidak berpeluh, atau pun disebabkan terlalu yakin badan berbau wangi.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tujuh Jenis Fabrik Yang Buatkan Badan Cepat Berbau

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ketiak Bau Busuk? Ini Cara Terbaik Untuk Atasinya

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dipaksa Bayar RM1,200 Gara-gara Bau Badan ‘Melekat’ Pada Gaun Pengantin Yang Dicuba

Ini Keburukan Jika Malas Mandi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr Ulfa dari Mediklinik Ulfa, Taiping berkongsi apakah yang akan berlaku kepada tubuh badan dari aspek kesihatan jika seseorang itu malas untuk mandi. 

Jelasnya, antara perkara yang akan berlaku adalah jangkitan kulat pada badan atau celah paha. 

Sumber: Canva

Tetapi bagaimana ia berlaku? 

#1. Kotoran Yang Terkumpul

Yang pertama adalah kotoran yang melekat serta terkumpul lama akibat tidak mandi. Ia kemudiannya menyebabkan pembiakan kulat dan spora yang akhirnya akan melekat pada kulit badan masing-masing.

Menurut Dr Ulfa, ia lebih mudah terbentuk di kawasan celahan anggota badan.

“Bila berkumpul di kawasan gelap dan lembap, celah paha, punggung dan bawah perut, kulat (akan) cepat membiak. Kulat suka kulit yang tidak dibersihkan. Bakteria pula tambah keradangan. Sebab tu kadang-kadang gatal jadi pedih dan berair,” katanya.

Sumber: Pexels
#2. Kulit Yang Lembap

Ujar Dr Ulfa, peluh yang tidak dibersihkan dalam tempoh masa lama akan menyebabkan badan berbau. Seperti yang selalu orang kata, bau masam. Ia juga antara penyebab kemunculan kulat Trichophyton dan Candida.

Menerusi carian kami, doktor perubatan, Dr Zubaidi Haji Ahmad turut berkata kulat Trichophyton kebiasaannya terbentuk di celah jari kaki akibat kulat air. Sama seperti penjelasan Dr Ulfa, pembiakan kulat ini disebabkan kewujudan permukaan lembap pada kulit badan.

Sumber: Vitamin Organik
#3. Peluh Yang Tidak Dibersihkan & Diperam

Bukan semua, tetapi ada sesetengah individu yang terus baring atas katil selepas seharian berada di luar. Oleh disebabkan badan yang terlampau letih, mereka sanggup tutup sebelah mata dan melelapkan mata tanpa mandi terlebih dahulu.

Namun jika rutin itu berulang, bimbang ia akan dijadikan tabiat pada setiap hari. Jelas Dr Ulfa, perkara tersebut menyebabkan peluh anda melekat pada badan dan meningkatkan pembentukan bakteria serta kulat.

Sumber: Pexels
@dr_ulfa_mediklinik_ulfa Siapa sini malas mandi? 🙈 Jangan selalu malas mandi, kalau taknak terkena jangkitan kulat di celah celah badan @mediklinikulfataiping #jangkitankulat #Fungus #fungalinfection #tineacorporis #tineapedis ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Tonton video penuh [DI SINI].

Elak Beli Krim Viral Tanpa Pantauan Untuk Hilangkan Kulat Badan

Buat mereka yang sedang mengalami keadaan ini, usah risau. Terdapat langkah bagi mengatasi masalah kulat pada badan. Jelas Dr Ulfa, ramai yang bertindak membeli krim rawatan viral menerusi media sosial seperti yang disyorkan orang ramai.

Namun doktor itu tidak menyarankan perbuatan tersebut. Sebaiknya, lakukanlah pemeriksaan di klinik dan dapatkan ubat dengan dos yang tepat seperti dinasihatkan oleh pakar.

Kongsinya, dia pernah menerima seorang pesakit yang mengadu masalah kulat pada badan tidak sembuh walaupun sudah mencuba pelbagai jenis krim.

Selepas melakukan pemeriksaan, Dr Ulfa mendapati pesakit itu sebenarnya turut menghidap penyakit herpes. Oleh disebabkan itu, krim yang dipakai selama ini tidak berkesan.

https://www.tiktok.com/@dr_ulfa_mediklinik_ulfa/video/7579993177990401298

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Untuk Wanita Kekal Wangi Sepanjang Hari

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Agar Badan Kekal Segar & Harum Walau Semasa Bersukan

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Ceddy Selar Dakwaan Bangsa Cina Tak Mandi Pagi Kerana Mahu Buang ‘Ong’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd