Now Reading
Ini Amaran ‘Senyap’ Suri Rumah Sedang Lalui Fasa Burnout

Ini Amaran ‘Senyap’ Suri Rumah Sedang Lalui Fasa Burnout

Ramai juga di kalangan suri rumah yang tidak dapat membezakan antara kepenatan biasa dan keletihan melampau (burnout) kerana sudah terbiasa dengan rutin harian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selalunya kita akan dengar, segelintir pekerja meluahkan rasa penat akibat tugasan tanpa henti. Dari siang ke malam, ada sahaja perkara yang belum selesai. Isu ini juga boleh dilihat melalui platform media sosial apabila golongan itu bercerita tentang kepenatan masing-masing kepada orang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan

Namun begitu, ramai juga di kalangan suri rumah yang berdepan dengan situasi sama. Sebelum ini, pakar kewangan, Faiz Azmi berkata segelintir individu tidak sedar bahawa tanggungjawab suri rumah adalah sangat besar dan bukan hanya goyang kaki menunggu suami pulang dari kerja.

Ia juga dikatakan sebagai satu mitos yang perlu dihapuskan di kelompok masyarakat.

Isu Burnout Di Kalangan Suri Rumah Kini

Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian di laman Facebook ada mengulas tentang masalah dilalui suri rumah kini. Jelas PHM, sesetengah daripada mereka mempunyai masalah susah untuk tidur, tidak dapat mengawal emosi, dan sebagainya.

Mungkin ada individu menganggapnya sebagai kepenatan biasa, namun ia juga berkemungkinan tanda-tanda kepada burnout iaitu keletihan melampau yang orang sekeliling anda tidak nampak.

Sumber: Canva

Baca Artikel Berkaitan: Apa Beza Stres & Burnout? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

“Ramai suri rumah masih nampak biasa di mata orang. Pagi tetap bangun awal, siapkan sarapan, urus anak, kemas rumah. Tetapi dalam kepala, macam ada suara yang tidak pernah berhenti.

“Fikir apa hendak dimasak, cukup atau tidak duit dapur, kerja sekolah anak, emosi pasangan, hal keluarga dan mertua. Semua datang serentak sampai tumpah sedikit air pun boleh jadi punca marah. Lepas itu hati sendiri rasa sangat bersalah,” kata PHM.

Selain itu, suri rumah ini juga berkemungkinan tidak lagi berasa seronok melakukan perkara yang menggembirakan hati mereka selama ini. Seperti yang selalu kita dengar, “Dah hilang spark.”

Tanda-tanda Burnout Di Kalangan Suri Rumah

Berikut adalah antara perkara-perkara yang berlaku dalam rutin harian berkemungkinan disebabkan keletihan melampau:

  • Selalu lupa tentang perkara kecil
  • Mandi dalam tempoh masa yang lama dengan harapan mahu lari daripada masalah
  • Ketawa tetapi rasa kosong di dalam hati
  • Sengaja melambatkan kerja melipat baju
  • Badan kerap rasa sakit
  • Berharap agar hari esok tidak akan datang

“Kalau banyak perkara dalam tulisan ini terasa dekat dengan diri anda, itu bukan tanda anda lemah. Itu tanda badan dan jiwa sudah lama sangat cuba bertahan seorang diri.”

Sumber: Canva

Burnout Boleh Mendatangkan Kemurungan Jika Tidak Diatasi

Memetik Mental Health UK, burnout bukan sesuatu yang akan hilang dengan sendirinya. Jika diabaikan atau tidak ditangani, ia boleh menjadi semakin teruk dan membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental yang kronik sebagai contoh penyakit jantung atau kemurungan.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: 6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya

Cara Tangani Masalah Burnout

Namun usah risau, terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh golongan suri rumah bagi mengelakkan masalah tersebut. Antaranya:

  • Berhenti sebentar daripada melakukan kerja yang membuatkan anda penat
  • Minum air dan lakukan teknik pernafasan yang betul
  • Bercerita masalah kepada orang yang anda percayai sebagai contoh kenalan rapat, ahli keluarga, atau petugas kesihatan di klinik
  • Ucapkan kata-kata positif kepada diri sendiri
  • Makan makanan berkhasiat

Jika perkara ini berlaku, orang sekeliling juga memainkan peranan bagi membantu suri rumah mengawal emosi dan keletihan mereka.

“Jangan tunggu dia meletup baru kita ambil peduli. Cuba tanya elok elok, ‘Hari ini saya boleh tolong bahagian mana?’ atau, ‘Anda nak rehat sekejap, biar saya sambung kerja rumah?’

“Rasa dihargai dan tidak dibiarkan sendirian selalunya jauh lebih melegakan daripada hadiah atau pujian di media sosial. Suri rumah bukan robot yang dicipta untuk tahan semua benda. Mereka manusia yang setiap hari jaga rumah, jaga anak, jaga kita,” memetik hantaran PHM.

Baca Artikel Berkaitan: “Wanita Bukan Tak Nak Kerja Tapi..” – Pakar Kewangan Kongsi Realiti Suri Rumah Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Khas Buat Wanita, Ini Info Tentang Skim Suri Rumah PERKESO

Baca Artikel Berkaitan: “Yang Bitter Duduk Diam-diam” – Intan Najuwa Bidas Komen Negatif Netizen Yang Pertikai Suaminya Minta Jadi Suri Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd