[Video] Penat Atau Alami Brain Fog Ketika Berpuasa? Ini Sebabnya
Menurut Dr Azri Aizat Ruhaizan, antara simptom yang berlaku apabila laluan detox seseorang yang kurang sihat menjadi sesak (congested) adalah naik ruam, brain fog, cirit-birit dan banyak lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tinggal beberapa bulan sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan dan pastinya ia merupakan salah satu waktu yang sering dinanti oleh seluruh umat Islam.
Bukan sahaja kerana pahala berganda yang diberikan oleh Allah SWT untuk setiap ibadah yang dilakukan tetapi kemeriahan sewaktu Ramadan turut membuatkan ramai rasa rindu dengan kehadiran bulan mulia ini.
Memandangkan kita sedang menghampiri bulan Ramadan pasti ramai yang mula membuat persediaan seperti mengganti semula puasa yang lepas, melakukan puasa sunat dan banyak lagi.
Namun ada segelintir yang mungkin sedikit ‘struggle’ setiap kali ingin berpuasa seperti alami lesu, sukar berfikir dan banyak lagi.
Doktor jelaskan kenapa ada yang brain fog atau penat sewaktu berpuasa
Baru-baru ini seorang pengamal perubatan, Dr Azri Aizat Ruhaizan telah menerangkan mengapa seseorang yang berpuasa mengalami simptom seperti itu.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, jelasnya berpuasa merupakan cara untuk seseorang menyihatkan semula diri mereka.
Badan tidak ‘metabolically healthy’ jika alami simptom itu
Kebanyakan individu apabila berpuasa mereka merasakan banyak perkara yang baik kepada badan seperti lebih bertenaga, otak semakin berfungsi dan sebagainya.
“Tapi tak semua orang berpendapat macam tu, ada sesetengah orang yang apabila dia mula berpuasa, dia rasa brain fog (lambat berfikir) dan makin teruk, badan semakin penat, rasa kembung perut.
“Kenapa orang-orang macam ni wujud? Jadi ia bukan disebabkan puasa. Tetapi sebelum kita nak mula berpuasa ni, kita kena tahu, kena kenal badan kita ni sihat atau pun tidak.
“Kata kuncinya adalah ‘metabolically healthy’ atau pun tidak, untuk orang yang mempunyai simptom seperti kembung, brain fog, badan makin penat, itu bermaksud badan anda tidak metabolically healthy okay,” jelasnya.
Proses ‘autophagy’ akan makan sel-sel yang berpotensi untuk menjadi jahat atau tua
Menurut Dr Azri lagi, apa yang berlaku dalam badan apabila seseorang itu tidak metabolically healthy adalah apabila berpuasa badan akan mempunyai proses ‘autophagy’ di mana badan akan makan sel-sel yang berpotensi untuk menjadi jahat atau tua.
Perkara itu adalah pada 2016 seorang biologi daripada Jepun telah memenangi ‘nobel prize’ disebabkan penemuannya tentang autophagy.
“Jadi apabila kita berpuasa, autophagy berlaku jadi sel-sel yang dah rosak tu akan dimakan dan sisa-sisa makanan tersebut atau toksin yang terkumpul dalam sel itu akan dibuang.
“Jadi untuk orang yang tak sihat ni apabila dia berpuasa, toksin daripada proses autophagy tu tak dapat nak dikeluarkan. Sebab itu ada orang yang apabila dia berpuasa makin sihat, fokus, bertenaga, tapi ada orang sebaliknya.
“Kenapa? Sebab orang yang sihat tu boleh detox badan dia. Bila badan dia, buat proses autophagy, toksin akan dikeluarkan kan? Jadi untuk orang yang sihat toksin boleh keluar ikut proses detox dia.”
Antara simptom dialami oleh badan apabila laluan detox menjadi sesak
Jelasnya, manakala bagi orang yang kurang sihat laluan detox disekat atau sesak. Maka toksin akan berkumpul dalam badan.
Oleh itu ini antara simptom yang akan berlaku apabila laluan detox seseorang yang kurang sihat menjadi sesak:
- Mula naik ruam
- Brain fog
- Alami cirit-birit
- Sembelit
- Jadi lebih penat apabila berpuasa
Oleh itu Dr Azri meminta mereka yang mengalami perkara itu untuk cuba belajar membaik pulih laluan detox agar lebih seronok apabila berpuasa.
@azriaizatruhaizan Side effects of fasting
♬ original sound – DR JON – DR JON
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â



