Now Reading
Suka Makan Nasi Kerabu Lemak Bakar? Doktor Ini Tampil Beri Teguran

Suka Makan Nasi Kerabu Lemak Bakar? Doktor Ini Tampil Beri Teguran

Menurut doktor perubatan estetik Dr Kenneth Wong, semakin ramai yang menjual lemak 100% tanpa daging di laman TikTok Shop.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai di kalangan masyarakat kini yang mula mengamalkan gaya hidup sihat. Namun tidak dapat dinafikan juga ada sesetengah yang masih hanyut dengan makanan viral tidak berkhasiat.

Selalu kita dengar istilah nak bakar lemak untuk kesihatan tubuh yang lebih baik, tetapi ramai pula suka makan lemak bakar pada ketika ini.

Ia menjadi satu isu apabila pengambilan makanan sebegitu tidak dikawal oleh individu.

Semakin Ramai Suka Makan Lemak Sebagai Lauk Hidangan

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan estetik dikenali sebagai Dr Kenneth Wong tampil menegur golongan masyarakat yang gemar makan lemak dalam hidangan seharian mereka.

Ada yang makan lemak yang digoreng begitu sahaja, namun ia lebih popular dipadankan dengan hidangan klasik negeri Kelantan iaitu Nasi Kerabu Lemak Bakar.

Lemak bakar ini mempunyai tesktur lembut dan sedikit garing di bahagian luarnya. Dalam masa sama, rasanya seperti disalai dan berlemak, bergantung pada cara ia dipanggang.

Memang ia kedengaran lazat, tetapi sebenarnya menu lemak ini boleh memudaratkan kesihatan seseorang.

Sumber: Facebook

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Kerabu, Laksa Penang & Lima Lagi Makanan Tradisional Yang Berkhasiat

Malah Dr Kenneth juga mendakwa ada peniaga mula menjual lemak menerusi platform atas talian.

“Sakit kepala tengok. Saya nampak dekat TikTok Shop ada orang yang jual lemak, 100% lemak. Mereka (peniaga) kata tiada langsung daging dan cakap ia sangat sedap. Mana diorang dapat idea jual lemak untuk makan?

“Trend orang zaman ni memang semakin melampau. Memang sangat bahaya untuk kesihatan,” kata Dr Kenneth.

Risiko Penyakit Berbahaya Jika Amalkan Makan Lemak Dalam Rutin Harian

Menurut pakar itu, pengambilan lemak secara kerap akan meningkatkan kolesterol badan hingga menyebabkan saluran darah tersumbat dan tidak dapat mengalir dengan lancar.

Lebih parah lagi apabila anda berisiko mengalami serangan jantung tidak kira golongan muda atau tua.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Ingatkan Sakit Dada Sebab Angin, Rupanya Boleh Jadi ‘Silent Heart Attack’

Baca Artikel Berkaitan: Tak Semestinya Secara Mengejut, Doktor Kongsi Tanda Penyakit Jantung Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Bukan itu sahaja, pengambilan menu kurang berkhasiat tersebut juga akan membuatkan hati berlemak dan keradangan.

“Kamu akan kena gastrik, GERD dan juga sakit perut. Jangan kata nak makan sekali-sekala, benda ini (lemak) memang tidak sihat untuk kesihatan kamu,” kata Dr Kenneth di akhir perkongsian.

Sumber: Freepik
@dr.kennethwongcf Trend makan lemak? Bahaya untuk kesihatan! #drkenneth #sakitjantung #kolesteroltinggi #anginahmar #matikejut ♬ original sound – Dr Kenneth Wong

Tonton video penuh [DI SINI].

Namun menurut pandangan pakar kardiologi Dr Onn Akbar Ali pula, hati berlemak bukanlah semata-mata disebabkan makan lemak tetapi juga pengambilan gula yang melampau.

Tonton video [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Betul Ke Gaya Hidup Boleh Jadi Punca Penyakit GERD? Ini Penjelasan Doktor Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Minuman Yang Perlu Dielakkan Untuk Pesakit GERD, Bimbang Simptom Makin Teruk

Ramai Bimbang Dengan Penjualan Lemak Atas Talian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa bimbang dengan kesihatan individu yang makan lemak tanpa kawalan.

“Lemak bakar ni dari dulu lagi memang ada jual dan makan dengan nasi kerabu. Entah kenapa jadi trend. Orang luar Kelantan kot yang hype pasal ni,” kata seorang wanita.

Sementara itu, warganet juga yang menasihati orang ramai agar mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelakkan penyakit berbahaya.

“Kena ambil protein seperti telur, ayam, ikan, minum susu, yogurt, dan kerap bersenam barulah kekal sihat dan bertenaga selalu,” ujar seorang lelaki.

Pesakit Gerd Setuju Lemak Buatkan Keadaan Badan Lebih Lemah

Ada juga pesakit GERD dan gastrik yang bersetuju dengan pandangan Dr Kenneth.

“Untuk saya yang memang ada GERD bila makan macam ni tak lama lepas tu sakit kepala migrain. Rasa nak pitam anxiety malam sebelum tidur,” kata seorang individu.

“Anak saya beli, dia makan sikit terus pening. Memang tak digalakkan langsung makan benda macam tu. Pelik-pelik makanan sekarang,” tambah seorang lagi netizen.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Yang Buat Rakyat Malaysia Makin Tak Sihat” – Coach Fitness Bimbang Lihat Trend Koktail Jellyball Cheese

Baca Artikel Berkaitan: Korang Pernah Alami? Doktor Kongsi 5 Tanda Kolesterol Jahat Tinggi Dalam Darah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kanak-kanak Habiskan Semangkuk Gulai Ayam, Doktor Beri Peringatan Tentang Obesiti [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd