[Video] Betul Ke Stres Kronik Ketika Ibu Hamil Beri Kesan Kepada Bayi? Ini Penjelasan Pakar
Menurut pakar psikologi Amirul Ramli, ibu yang mengalami stres kronik ketika hamil akan meningkatkan tahap hormon kortisol yang seterusnya memberi kesan terhadap bayi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila seorang wanita hamil, penting baginya menjaga kesihatan diri agar dapat membesarkan bayi dalam kandungan dengan selamat.
Ini termasuklah dalam mengamalkan diet harian yang sihat dan tinggi nutrisi buat janin, serta mengelakkan bahan kimia berbahaya seperti yang terkandung dalam bahan pencuci, skincare dan minyak wangi.
Tapi jangan tak tahu, bukan sahaja dari segi kesihatan fizikal, namun kesihatan mental ibu juga penting untuk kesejahteraan bayi kelak.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Positif GBS Ketika Hamil, Ini Yang Ibu Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!
Pakar Kongsi 3 Kesan Stres Kronik Ibu Hamil Terhadap Bayi
Pakar psikologi yang juga pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli, menerusi hantaran di TikTok (@amirul.ramli), telah mengulas berkenaan isu ini.
Dia pada mulanya menegur para suami yang tidak menjaga tahap tekanan yang dihadapi oleh isteri sewaktu sedang hamil.
Katanya, terdapat tiga kesan terhadap bayi sekiranya ibu mengalami tahap stres yang kronik.
#1. Gigi Bayi Tumbuh Lebih Awal
Mungkin kedengaran pelik, namun tahap stres tinggi dalam ibu ketika hamil boleh menyebabkan bayi tumbuh gigi dengan lebih awal berbanding biasa.
Amirul berkata keadaan ini terjadi akibat tahap hormon kortisol yang tinggi apabila ibu mengalami stres.
Jelasnya, hormon ini boleh mengganggu organ plasenta yang menghantar nutrisi pada bayi, seterusnya mempercepatkan perkembangan tisu gigi dan tulang rahang.
“Hasilnya, gigi bayi tu keluar awal. Bukan bahaya. Tapi itu tanda bayi itu berada dalam mod fast forward,” ujarnya.
Berdasarkan satu kajian dalam jurnal Frontiers Oral Health, kadar kortisol yang lebih tinggi ketika ibu sedang hamil dikaitkan dengan lebih banyak gigi yang tumbuh sewaktu bayi berusia enam bulan, yakni sekitar empat biji lebih banyak berbanding ibu tanpa tahap kortisol tinggi.
Malah, 25% daripada jumlah bayi yang terlibat dalam kajian itu telah tumbuh kesemua 20 gigi susu utama menjelang usia dua tahun.

#2. Risiko Masalah Psikotik
Bukan itu sahaja, tambah Amirul lagi, bayi yang dikandungkan oleh ibu dengan tahap stres tinggi mempunyai risiko masalah psikotik yang meningkat ketika membesar.
Ini kerana keadaan stres kronik ibu sewaktu hamil menyebabkan plasenta menjadi lemah, seterusnya hormon kortisol tidak dapat ditapis dengan baik.
Amirul berkata peningkatan kortisol boleh mengubah epigenetik (perubahan kimia dalam DNA dan protein berkaitan) pada otak bayi terutamanya di bahagian prefrontal cortex, hippocampus dan sistem dopamin.
“Ini antara rangkaian otak yang terlibat dengan gangguan mental kronik dan psikosis bila dewasa,” jelasnya.
Memetik satu kajian, terdapat hubungan yang kuat antara proses metilasi DNA (penambahan kumpulan metil (-CH3) kepada struktur molekul) dan masalah kesihatan mental seperti schizophrenia, bipolar, dan kemurungan major.
Bukan sahaja gangguan mental, ketidakseimbangan epigenetik dalam bayi juga boleh menyebabkan masalah sosio-emosi dan tingkah laku, kelewatan kognitif dan bahasa serta kekurangan dalam pembelajaran dan memori.

#3. Amygdala Bayi Jadi Lebih Besar
Di samping itu, bahagian otak bayi yang memproses emosi iaitu amygdala, akan menjadi lebih besar disebabkan oleh tahap stres kronik dialami ibu ketika hamil.
Jelas Amirul, keadaan ini akan membuatkan amygdala menjadi lebih sensitif, seterusnya bayi mudah berasa cemas.
Katanya kajian menerusi imbasan MRI menunjukkan ibu yang stres membuatkan amygdala bayi membesar lebih awal.
“Bayi lahir dalam sistem yang rasa macam lebih takut, lebih sensitif. Bila anak membesar, dia takut benda-benda yang kecil, cepat risau, mudah menangis, susah tidur, lebih gelisah.
“Ni bukan salah bayi. Otak dia diprogramkan untuk hidup dalam dunia yang penuh tekanan sebab ibu stres semasa mengandung,” ujarnya.
Selain itu, saintis mendapati bahawa saiz amygdala bayi yang cepat membesar antara enam ke 12 bulan juga dapat dikaitkan dengan diagnosis autisme.
@amirul.ramli ♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth
Tonton video penuh [DI SINI].
Ibu Hamil Perlu Dapat Tidur 7 Jam Ke Atas Setiap Malam
Selain tahap kesihatan mental, Public Health Malaysia (PHM) sebelum ini pernah menjelaskan bahawa ibu hamil yang tidur kurang dari tujuh jam juga membawa risiko pada bayi.
Katanya, satu kajian mendapati ibu yang tidur kurang dari 7 jam setiap malam berisiko tinggi melahirkan anak yang lambat berkembang dari segi sosial, emosi, dan percakapan.
Bukan sahaja boleh memudaratkan perkembangan fizikal dan emosi si anak, malah ibu yang mengalami Short Sleep Duration (SSD) juga berisiko mengalami diabetes sewaktu hamil, sekaligus boleh menjejaskan perkembangan otak kandungan.
“Untuk mengelakkan risiko ini, ibu hamil disarankan menjaga corak tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.
“Tidur yang mencukupi bukan hanya penting untuk kesihatan ibu, tetapi juga untuk perkembangan optimum anak dalam kandungan,” ujar PHM.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Tidur Kurang 7 Jam Boleh Sebabkan Anak Lambat Cakap – PHM
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Kena Tahu! Apa Itu Anemia & Tips Mudah Atasinya Hanya Melalui Pemakanan
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Cepat Rasa Lesu Dalam Rutin Harian? Ini Tips Tingkatkan Imun Badan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



