Now Reading
[Video] Hiking Bagus Untuk Otak & Emosi? Pakar Jelaskan Sebabnya

[Video] Hiking Bagus Untuk Otak & Emosi? Pakar Jelaskan Sebabnya

Menurut Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli aktiviti hiking dapat meningkatkan hormon dopamin dan endorfin disebabkan pergerakan yang dilakukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak dinafikan setiap individu mempunyai hobi yang tersendiri, ada yang suka melukis, membaca, memancing dan ada juga yang sukakan aktiviti sukan lasak atau outdoor seperti memanjat gunung atau bukit yang tinggi.

Melakukan aktiviti yang seronok untuk mengisi masa lapang merupakan satu perkara yang sering digalakkan apatah lagi jika ia bagus untuk kesihatan mental dan fizikal.

Ini kerana ia dapat membuatkan seseorang mengekspresi diri mereka dengan cara yang lebih baik dengan melakukan aktiviti yang disukai selain merangsang hormon gembira.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nak Hiking Tapi Tak Tahu Nak Pakai Kasut Apa? Ini Panduan Untuk Para Hiker

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Lelaki Terakam Entiti Seakan Bertanjak & Bersampin Ketika ‘Hiking’ [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Cute”- Ramai Teruja Lihat Bapa Bawa Bayi 9 Bulan Pergi Hiking [Video]

Pakar dedah hiking bagus untuk otak dan emosi

Baru-baru ini seorang Pakar Kesihatan Mental yang juga Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli telah menjelaskan manfaat baik yang dimiliki sekiranya seseorang suka melakukan aktiviti pendakian atau hiking.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Amirul memaklumkan kajian medapati pendakian merupakan aktiviti yang sangat bagus untuk otak serta emosi seseorang.

Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti pendakian ia secara tidak langsung meningkatkan dopamin dan endorfin kerana pergerakan yang dilakukan.

“Kalau dengan kawan sekali (mendaki bersama) seronok-seronok. Mood pun jadi tenang, serotonin meningkat dan kepada rasa lebih ringan,” ujarnya.

Kortisol dan tekanan menurun, selain buat otak lebih fokus

Bukan hanya itu, aktiviti seperti ini juga dapat membuatkan kortisol menurun dan tekanan juga dapat dilepaskan dengan segera.

Malah aktiviti ini turut membuatkan minda seseorang lebih stabil serta fokus menjadi lebih tajam.

Ini kerana otak perlu mengawal langkah, membuat pengimbangan dan kawal pernafasan.

“Kemudian prefontal cortex (bahagian otak depan) aktif. Bahagian ‘otak berfikir’ (menjadi) kuat sebab anda nak lancar laluan, nak jaga kelajuan (pace), buat keputusan nak panjat mana, pijak batu mana dan kreativiti naik kerana nature ini lah yang reset otak.

“Jadi idea boleh datang dengan lebih jelas, keyakinan diri meningkat, setiap kali anda habiskan satu gunung atau bukit, otak belajar ‘aku boleh buat benda yang susah macam ni.'”

Dapat tidur yang lebih berkualiti, risiko anxiety atau kemurungan menurun

Selain itu, seseorang yang mendaki juga boleh mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Ini kerana mendapatkan matahari pagi selain pergerakan dapat dibetulkan melalui ‘circadian rythm.’

Antara kelebihan lain adalah risiko anxiety dan kemurungan menurun kerana hiking membuatkan emosi lebih stabil.

Oleh itu, aktiviti memanjat gunung atau bukit bukan sekadar satu aktiviti yang bagus untuk mengisi masa lapang bahkan ia adalah terapi fizikal yang baik untuk emosi serta hidup seseorang.

Baru nak mula? Mungkin ini perkara perlu dipertimbangkan jika nak mendaki

Sekiranya anda ingin atau baru sahaja mula untuk melakukan aktiviti pendakian, pilih lokasi mendaki yang tidak terlalu susah seperti bukit yang rendah terlebih dahulu.

Selain itu, lakukan aktiviti tersebut mengikut kemampuan diri sendiri dari segi kelajuan dan sebagainya. Alah kata orang ‘biar lambat asal selamat’, yelah anda pun baru nak bermula apa yang penting adalah jaga pernafasan.

Tidak perlu terburu-buru, nikmati keindahan alam semula jadi yang segar. Jika tak larat, cari tempat yang selamat dan berehat seketika sebelum sambung semula misi untuk sampai ke puncak.

Jika anda dah selalu buat aktiviti ini, lama kelamaan pace pun jadi semakin laju dan korang akan ‘gian’ nak hiking ke tempat lain dan lebih mencabar.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Kongsi Pengalaman Hiking Bersama 5 Ekor Anjing Raih Perhatian Netizen [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Minyak Masak Tiba-Tiba Beku? Antara 6 Fakta Penting Perlu Kita Tahu Sebelum ‘Hiking’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd