Now Reading
“Daun Ketumbar Anti-Anxiety”- Pakar Dedah Boleh Bantu Untuk Tenangkan Sel Otak

“Daun Ketumbar Anti-Anxiety”- Pakar Dedah Boleh Bantu Untuk Tenangkan Sel Otak

Menurut Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramil sekitar 10% manusia di dalam dunia akan merasai daun ketumbar seperti sabun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut mengenai daun ketumbar pasti ramai yang tahu ia merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan.

Malah bukan daunnya sahaja yang digunakan bahkan akarnya turut digunakan dalam masakan untuk memberikan aroma yang lebih enak.

Namun tak dinafikan mungkin ada segelintir yang kurang mengemari rasanya kerana ia turut memberikan rasa yang sedikit keras pada lidah.

Pakar dedah 10% manusia di seluruh dunia rasa daun ketumbar macam sabun

Baru-baru ini seorang Pakar Kesihatan Mental yang juga Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli mendedahkan daun ketumbar yang sering digunakan dalam masakan itu sebenarnya boleh menenangkan sel otak.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Amirul memaklumkan dalam dunia lebih kurang 10% manusia akan merasai daun ketumbar seperti sabun.

Jelasnya, di dalam daun berkenaan ia mempunyai satu kompaun yang boleh berfungsi untuk menenangkan sel otak.

“Dalam daun ketumbar ni dia ada satu kompaun yang boleh tenangkan sel otak tau dengan cara kurangkan over excited neuron tu.

“Teorinya mungkin sebab daun ketumbar ni ada anti-anxiety secara semula jadi. Makanan yang mungkin bantu untuk redakan ‘hyperactive brain’,” jelasnya.

Menurut Amirul lagi, ia berkhasiat namun jika seseorang itu tergolong di dalam kategori individu yang merasai daun ketumbar seperti sabun mungkin ia sedikit menyukarkan.

Terdapat 9 manfaat dalam daun ketumbar untuk kesihatan

Memetik laporan Hello Doktor, terdapat banyak manfaat yang baik untuk kesihatan yang ada dalam daun ketumbar, antaranya:

  • Mengurangkan keradangan kulit, ini kerana cineole merupakan salah satu dari 11 komponen minyak pati dan asid linoleat yang ada dalam rempah ini. Selain itu ia juga dapat mengurangkan keradangan.
  • Melegakan gangguan pada kulit, daun ketumbar mempunyai ciri seperti disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat, dan antioksidan dan ia sesuai dalam melegakan sakit kulit seperti ekzema, kekeringan dan jangkitan kulat.
  • Dapat membantu dalam menurunkan tahap kolestrol, menurut jurnal Environmental Biology, asid yang ada dalam daun ini seperti asid linoleik, olek, palmitik, stearik, askorbat (vitamin C) berkesan dalam menurunkan kolestrol dalam darah. Selain itu ia juga membantu meningkatkan kadar kolestrol baik atau HDL yang berfungsi untuk pertahankan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang bahaya.
  • Bagus untuk cirit-birit, komponen minyak pati yang ada dalam rempah semula jadi ini mengandungi komponen seperti borneil dan linalool yang boleh membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
  • Kawal tekanan darah.
  • Boleh melawan daripada bahaya Salmonella. Ini kerana ia mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa.
  • Bantu sistem pencernaan kerana rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
  • Ketumbar boleh membantu merawat cacar ini kerana ia mempunyai vitamin C dan zat besi yang membantu menguatkan sistem imun.
  • Ketumbar juga antara tumbuhan yang membantu dalam membasmi kuman dengan baik. Ini kerana ia mempunyai sifat antimikroba yang dapat melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.

Ramai kongsi pendapat masing-masing terhadap rasa daun ketumbar

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pendapat mereka terhadap rasa daun ketumbar ada yang mengatakan ia wangi, tidak sedap dan banyak lagi.

Bahkan ada mengakui mereka juga antara yang tergolong dalam 10% individu yang merasai daun tersebut seperti sabun.

“Mula-mula belajar makan ketumbar rasa macam kumbang”

“Patutlah nak makan tomyam setiap kali stres”

“Aku lah tu tergolong golongan 10% tu, tapi bukan rasa sabun tapi rasa pelik yang susah digambarkan”

“Aku anti daun ketumbar, serius. Rasa dia macam ada satu ulat tu.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd