Jangan Paksa Anak Cepat Dewasa, Ini Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Sindrom ‘Hurried Child’
Ada segelintir kanak-kanak yang tidak suka bermain dengan rakan sebaya mereka tetapi memilih untuk melakukan tugasan di rumah sama seperti kelakuan orang dewasa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang tidak dapat dinafikan, zaman kanak-kanak adalah antara fasa paling seronok dilalui seseorang sepanjang kehidupan mereka. Waktu itulah kita baru belajar mengenali dunia. Bak kata orang, santai dan carefree. 🌈
Bagaimanapun, tidak semua golongan anak kecil yang melalui perkara sama. Ada yang hidup dalam keadaan tertekan kerana harapan tinggi orang sekeliling.
Jika tidak dibendung daripada awal, ia boleh menjejaskan kesihatan mental si kecil itu.
Apa Itu Sindrom Hurried Child?
Baru-baru ini, tular satu hantaran apabila seorang pengguna Threads membincangkan tentang ciri-ciri personaliti yang dilalui oleh sesetengah golongan anak kecil dipanggil sebagai sindrom ‘Hurried Child’.
Ada sesetengah kes yang membuatkan orang dewasa salah anggap dengan karakter anak kecil.
Sebagai contoh seseorang murid sekolah itu sangat cemerlang dalam akademiknya. Secara umumnya, kita akan berpandangan bahawa dia seorang yang sangat bijak dan pandai menguruskan masanya.

Namun begitu, ia boleh jadi tanda mereka menghidap sindrom tersebut. Ia berlaku apabila mereka terlalu cemas, tertekan untuk menjadi yang terbaik, dan takut melakukan kesilapan mungkin disebabkan tekanan ibu ayah atau situasi yang memaksa seperti kesempitan hidup keluarga.
Dalam erti kata mudah sindrom Hurried Child ini boleh disimpulkan sebagai anak yang dibesarkan terlalu cepat.
Menurut kajian diterbitkan Journal of Evidence-Based Social Work pula, keadaan tergesa-gesa ini berpunca daripada faktor dasar sekolah yang lemah, ibu bapa yang sibuk, serta tekanan masyarakat untuk berjaya dengan cepat.

Sindrom Hurried Child Buatkan Anak Pendam Emosi
Dalam usaha untuk kelihatan sempurna, kanak-kanak memendam emosi sendiri sehingga orang lain tidak perasan mereka sebenarnya tidak sempat menikmati zaman muda sama seperti kanak-kanak lain.
“Bila anak dibesarkan terlalu cepat, disuruh matang sebelum waktunya. Dia belajar, tapi tak sempat merasa seronok jadi anak kecil.
“Tekanan ni buat mereka cepat cemas, takut salah, kurang keyakinan diri. Kadangkala bukan salah anak, tapi sistem dan cara kita mendidik,” kata pemilik akaun Threads.

Tanda-tanda Anak Mengalami Sindrom Hurried Child
Sebagai penjaga, penting untuk sentiasa memerhatikan kelakuan anak tidak kira di rumah atau cara mereka berinteraksi bersama rakan sebaya mereka.
Antara tanda-tanda si kecil melalui sindrom Hurried Child ini adalah:
- Susah nak bermain dengan spontan
- Takut membuat kesilapan
- Cepat risau dan menangis
- Tidak suka masa rehat
- Cakap seperti orang dewasa

Jika dibiarkan berlarutan, sindrom Hurried Child ini boleh membawa kepada masalah kesihatan iaitu sakit perut dan sakit kepala atau keadaan yang lebih serius seperti kemurungan atau cubaan membunuh diri.
Jangan Bandingkan Si Kecil Dengan Anak Orang Lain!
Perkara-perkara ini boleh dipengaruhi tekanan sistem pembelajaran atau didikan ibu ayah di rumah.
“Tengok anak jiran sebelah tu, semua subjek dapat A, cemerlang je dalam semua mata pelajaran.”
Pernah tak anda dengar ayat ni atau seumpamanya? Ya, ini juga boleh menjadi puncanya. Anak akan rasa terbeban untuk ‘menjadi orang lain’ sehingga rasa sebersalah untuk berseronok dengan rakan seumurnya.
View on Threads
Ada Segelintir Kanak-kanak Mula Berfesyen Seperti Golongan Dewasa
Bukan sahaja dari aspek akademik, malah kalau anda sedar ada segelintir anak kecil kini yang selesa berfesyen seperti orang dewasa sebagai contoh memakai makeup dan berkasut tumit tinggi.

Bahkan ada juga individu yang menggelar mereka ‘mini adults’. Ia boleh berlaku disebabkan trend yang semakin membimbangkan di media sosial.
Itu adalah antara punca mengapa anak kecil tidak sesuai menggunakan platform tersebut. Hal ini kerana, mereka masih belum mengetahui apa perkara yang betul dan juga yang salah.
Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil
Beri Si Manja Ruang Untuk Nikmati Zaman Kanak-kanak
Memetik Mental Health Center Kids, mendesak kanak-kanak melalui proses pendidikan tanpa memberi mereka masa dari segi emosi serta sosial boleh menyebabkan mereka tidak bersedia untuk menempuh kehidupan alam dewasa.

Oleh disebabkan itu, penting untuk ibu ayah membiarkan anak-anak menjadi diri mereka sendiri. Beri ruang untuk main, membuat kesilapan, dan belajar mengikut rentak masing-masing.
Ingat, anak bukanlah projek atau eksperimen tetapi jiwa yang perlu dibimbing. Apabila tiba masanya, insya-Allah mereka akan matang secara semula jadi.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Psikologi Jelaskan Kenapa Ramai Remaja Masa Kini Gagal Kawal Emosi
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Ayah Jangan Stres! Ini Tanda Bila Si Kecil Dah Ready Untuk ‘Potty Train’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.