Now Reading
“Bukan Sekadar Adab, Tetapi Kebijaksanaan Biologi” – Doktor Jelaskan Keburukan Minum Berdiri

“Bukan Sekadar Adab, Tetapi Kebijaksanaan Biologi” – Doktor Jelaskan Keburukan Minum Berdiri

Doktor perubatan Dr Bishr Al Dabagh menjelaskan bahawa minum ketika berdiri boleh membawa kesan buruk kepada perut dan buah pinggang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat seorang Muslim, melakukan sebarang perkara harian mempunyai adabnya yang tersendiri, yakni meminum air sekalipun.

Seperti yang tertera dalam hadis, Rasulullah SAW melarang seseorang daripada minum air secara berdiri, antaranya:

لا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائِمًا فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ

Maksudnya: “Jangan sekali-kali kalian minum sambil berdiri; siapa yang terminum sambil berdiri dalam keadaan terlupa hendaklah dia memuntahkannya kembali.”

Sahih Muslim (2026)

Siapa sangka, sebenarnya ada penjelasan dari sudut sains bagi larangan minum sambil berdiri ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Nasihat Jangan Minum Air Kosong Sahaja Ketika Sahur, Ini Sebabnya

Doktor Jelaskan Sains Menyokong Larangan Minum Sambil Berdiri

Menerusi hantaran di TikTok (@islamwithbishr), doktor perubatan Dr Bishr Al Dabagh telah mengulas mengenai perkara ini dengan berkata sains sememangnya menyokong sunah berkenaan.

Katanya, apabila seseorang minum sambil berdiri, graviti akan memaksa air turun melalui esophagus (saluran dari tekak ke perut) dengan laju.

Perkara ini akan menyebabkan air yang deras menghentam dinding perut dengan tekanan, seterusnya boleh menimbulkan masalah keradangan, refluks malah kembung perut.

Bukan itu sahaja, minum air ketika sedang berdiri juga dapat memberi kesan terhadap buah pinggang apabila mengalami beban cecair secara tiba-tiba.

“(Situasi ini) mengubah kepekatan larut (osmolariti) plasma dan menegangkan proses penapisan selama beberapa minit,” ujarnya.

Minum Sambil Duduk Buatkan Proses Hidrasi Lebih Berkesan

Sebaliknya, Dr Bishr menerangkan bahawa minum dalam keadaan duduk akan mengubah keadaan itu.

Ini termasuklah diafragma dan otot teras yang mengendur (relax) serta sistem saraf parasimpatetik yang penting bagi penghadaman akan diaktifkan. Malah kadar degupan jantung juga akan semakin perlahan.

“Perut anda menerima air minuman dengan perlahan serta hidrasi menjadi lebih berkesan dan seimbang,” jelasnya.

Dr Bishr juga berkata bahawa buah pinggang turut menerima kebaikan jika minum sambil duduk, membolehkan organ itu menapis cecair secara setara sekali gus mengekalkan keseimbangan elektrolit.

“Apabila Nabi Muhammad SAW menggalakkan kita minum secara duduk, ia bukan sekadar adab. Ia adalah kebijaksanaan biologi. 14 abad sebelum fisiologi perubatan menerangkan tentangnya,” katanya.

@islamwithbishr The science behind sitting and drinking #prophetmuhammad #islam #muslim #islamic #sunnah ♬ original sound – islamwithbishr

Tonton video penuh [DI SINI].

Rasulullah SAW Minum Berdiri Sebagai Tanda Ia Tidak Haram

Dalam masa sama, Dr Bishr turut menyatakan bahawa Rasulullah SAW juga pernah minum sambil berdiri. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat dan turut disaksikan oleh para sahabat sendiri.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, katanya:

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ

Maksudnya: “Aku pernah menghidangkan air zam-zam kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW minum dalam keadaan berdiri.”

Sahih Muslim (2027)

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar RA:

كُنَّا نَأْكُلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَمْشِي وَنَشْرَبُ وَنَحْنُ قِيَامٌ

Maksudnya: “Pada zaman Nabi SAW, kami biasa makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri.”

Sunan Tirmizi (1880)

Dr Bishr berkata tindakan ini dilakukan oleh Baginda bagi menunjukkan bahawa minum sambil berdiri tidaklah haram sama sekali, tetapi adalah lebih beradab dan bagus untuk kesihatan jika minum ketika duduk.

“Bila anda minum, tolong duduk. Ia sunah, sains dan penjagaan kesihatan diri,” katanya.

Ulama Berbeza Pendapat Dalam Hukum Minum & Makan Sambil Berdiri

Bercakap mengenai hukum meminum air mahupun makan sambil berdiri, wujudnya perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama berdasarkan hadis-hadis berlainan.

Berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Anas bin Malik RA dalam riwayat hadis menyatakan:

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا ‏.‏ قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْنَا فَالأَكْلُ فَقَالَ ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)? Anas menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela.”

Sahih Muslim (2024)

Pun begitu seperti yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Nabi SAW sendiri pernah minum sambil berdiri.

Malah para sahabat juga pernah makan dan minum sambil berdiri atau berjalan. Diriwayatkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma:

كُنَّا نَأْكُلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَمْشِي وَنَشْرَبُ وَنَحْنُ قِيَامٌ

Maksudnya: “Pada zaman Nabi SAW, kami biasa makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri.”

Sunan Tirmizi (1880)

Mengikut tarjih Imam al-Nawawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan hukum makan dan minum sambil berdiri ialah makruh tanzihi iaitu elok ditinggalkan tetapi tidak sehingga berdosa mahupun menjadi haram.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minum Air Halal Guna Botol Arak, Apa Hukumnya?

Baca Artikel Berkaitan: Suka Minum Kopi? Doktor Dedah Boleh Tingkatkan Risiko Osteoporosis Pada Wanita

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Minuman Yang Perlu Dielakkan Untuk Pesakit GERD, Bimbang Simptom Makin Teruk


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd