Pakar Jelaskan Vitamin D3 Penting Untuk Wanita TTC, Namun Lemak Perut Boleh Ganggu Penyerapan
Menurut pakar pemakanan Syaza Lyana, pengalamannya mendapati hampir 90% wanita yang kurang subur (subfertil) di dalam negara mempunyai kadar vitamin D3 rendah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sama ada vitamin C, vitamin D atau asid folik, setiap nutrien mempunyai kepentingannya yang tersendiri buat tubuh badan untuk berfungsi dalam keadaan optimum.
Namun begitu sesetengah individu tidak menerima kadar nutrien yang mencukupi, seterusnya boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.
Buat kaum hawa pula, kekurangan zat dan vitamin tertentu juga boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan, malah keguguran dalam kalangan mereka yang hamil.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sedang Ikhtiar Hamil? Doktor Ini Kongsi 4 Makanan Utama Matangkan Telur Wanita
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Kena Tahu! Apa Itu Anemia & Tips Mudah Atasinya Hanya Melalui Pemakanan
Vitamin D Penting Untuk Wanita TTC, Namun 90% Tidak Memiliki Kadar Mencukupi
Salah satu nutrien yang amat penting bagi wanita yang ingin menghamilkan bayi atau ‘trying to conceive’ (TTC) ialah vitamin D3.
Pun begitu, pakar pemakanan berdaftar Syaza Lyana berdasarkan pengalamannya, berkata hampir 90% wanita yang kurang subur (subfertil) di dalam negara mempunyai kadar vitamin D3 rendah.
Sekada info, sebenarnya bukan dalam kalangan wanita subfertil sahaja, Public Health Malaysia (PHM) sebelum ini mendedahkan bahawa sekitar 60% ke 70% kaum hawa di Malaysia mengalami masalah sama.
Lemak Visceral Di Perut Boleh Sebabkan Kadar Vitamin D Kurang
Apabila bercakap tentang vitamin D, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan pendedahan terhadap cahaya matahari.
Namun memetik satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrients, Syaza berkata paras vitamin D rendah juga mungkin cenderung disebabkan oleh lemak yang banyak di bahagian perut, digelar lemak visceral.
Dia yang juga pengasas bersama Jomsayheart Diet Centre menjelaskan hal ini berlaku disebabkan oleh sifat vitamin D yang larut lemak (fat-soluble).
Oleh itu, kandungan berlebihan lemak dalam badan boleh menjadikan vitamin D3 terikat dengan kuat pada tisu lemak dan tidak dapat bergerak bebas dalam aliran darah.
“Maknanya walaupun ambil suplemen atau makan cukup, badan tak dapat guna (vitamin D3) sepenuhnya,” katanya.

Obesiti Boleh Ganggu Penyerapan Vitamin D Menerusi Keradangan
Di samping itu, Syaza menjelaskan bahawa vitamin D juga tidak dapat diproses dengan optimum oleh sel lemak dalam individu obes.
Ini kerana kadar enzim yang mengaktifkan vitamin D seperti CYP27B1 dan CYP2J2 semakin berkurangan.
Manakala reseptor vitamin D (VDR) pula meningkat, namun fungsinya akan terganggu disebabkan oleh keradangan yang sering berlaku dalam individu obes.
Sebagai info, lemak badan (adipose tissue) merupakan organ endokrin aktif metabolik yang boleh mengakibatkan keradangan.
Keadaan ini seterusnya menyebabkan vitamin D tidak dapat diserap secara optimum oleh tubuh badan, menjadikan kadar vitamin itu kekal rendah walaupun seseorang telah berjemur atau mengambil supplemen.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Lemak Di Bahagian Perut Bahaya Untuk Kesihatan? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Tips Kurangkan Lemak Di Perut
Vitamin D Kurang Boleh Sebabkan Berat Badan Kekal Tinggi
Syaza menyifatkan keadaan ini sebagai satu ‘kitaran yang berbahaya’ dan boleh dirumuskan secara berikut:
- Lemak berlebihan kurangkan vitamin D aktif dalam darah.
- Kekurangan vitamin D pula tingkatkan keradangan dan ganggu pembakaran lemak.
- Berat badan kekal atau sukar diturunkan.
Jelasnya, kitaran ini juga boleh meningkatkan kerintangan insulin, seterusnya mewujudkan risiko penyakit diabetes, PCOS dan masalah kesuburan.
Tambahnya lagi, kerana itulah wanita TTC yang mendapatkan rawatan kesuburan bukan sahaja diukur kadar kalori, tetapi juga perlu disemak hormon dan mikronutrien dalam badan.
View on Threads
Tidur Lewat & Makan Lepas 9 Malam Boleh Ganggu Penyerapan Vitamin D
Dalam masa sama, pakar nutrisi itu turut berkongsi beberapa perkara yang boleh menyebabkan tubuh badan kekurangan sumber vitamin D.
Salah satunya adalah tidur lewat pada sebelah malam yang boleh mengganggu penyerapan vitamin itu.
Malah, kajian juga mendapati bahawa tabiat makan malam selepas jam 9 malam boleh menyebabkan risiko kekurangan vitamin D sebanyak 10 kali ganda.
“Sebab patutnya waktu tu kita dah tidur. Tapi bila makan, ia akan paksa badan kita bekerja dan beri kesan pada enzim dalam hati dan buah pinggang.
“Enzim ni peranan untuk jadikan vitamin D3 senang diserap. Bila dihalang enzim itu, dia akan halang penyerapan vitamin D,” katanya.
View on Threads
Cahaya Matahari Ubah Vitamin D Jadi Bentuk Boleh Serap
Dia juga menegaskan bahawa vitamin D perlu diambil selepas makan memandangkan ia larut dalam lemak dan dimakan pada waktu pagi.
Ini kerana, vitamin D terhasil daripada pendedahan kepada cahaya matahari apabila radiasi UVB menembusi kulit dan mengubah kolestrol 7-Dehydrocholesterol (7-DHC) atau provitamin D3 dalam kulit kepada vitamin D3.
Sebagai info, nilai harian (DV) bagi vitamin D ialah 800 IU (20 mcg) dan boleh didapatkan daripada pelbagai sumber makan termasuk:
- Ikan berlemak seperti sardin dan salmon
- Kuning telur
- Cendawan (satu-satunya bahan bukan haiwan dengan vitamin D2)
- Makanan diperkaya seperti susu lembu dan keju

Baca Artikel Berkaitan: 70% Wanita Di Malaysia Kurang Vitamin D, Dipercayai Kurang Terdedah Pada Cahaya Matahari
Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Bagi Pastikan Anak Dapat Vitamin D Mencukupi, Ibu Ayah Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Kongsi ‘Vitamin’ Sebenar Yang Perlu Diambil Sebelum Masuk Usia 40-an
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.