Now Reading
Anak Baru Belajar Makan? Dietitian Ingatkan Jangan Mulakan Dengan Bubur Kosong Sahaja!

Anak Baru Belajar Makan? Dietitian Ingatkan Jangan Mulakan Dengan Bubur Kosong Sahaja!

Untuk info, kandungan nutrisi seperti zink, zat besi dan protein penting untuk tumbesaran bayi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas enam bulan menyusukan bayi, pastinya ibu ayah tidak sabar dan teruja menantikan saat si kecil mula menikmati makanan pejal.

Namun tidak dapat dinafikan masih ada segelintir penjaga keliru tentang jenis makanan yang sesuai untuk diberikan kepada si manja bagi memastikan mereka mendapatkan zat dan nutrisi mencukupi.

Lebih membimbangkan ada yang bergantung kepada nasihat atau petua dikongsi di media sosial, sedangkan tidak semua maklumat tersebut adalah tepat atau disahkan pakar.

via GIPHY

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Dah Masuk Fasa Makan Makanan Pejal? Ini Panduan Penting Buat Ibu Ayah Di Luar Sana

Baca Artikel Berkaitan: Anak Masih Liat Nak Makan Sayur? Ini Petua Tarik Selera Si Manja Dengan Hidangan Sihat

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Ayah Risau Anak Asyik Nak Makanan Yang Sama? Ini Penjelasan Pakar Pediatrik

Ada Penjaga Tidak Mahu Beri Si Manja Hidangan Selain Bubur Kerana Risau Alahan

Baru-baru ini, seorang pakar diet dikenali sebagai Dietitian Aliah, Cilik Thrive mengingatkan para ibu ayah agar tidak memberikan bubur kosong sahaja kepada si kecil yang baru sahaja belajar makan.

Jelasnya, ada ibu ayah yang mengelak memberikan anak mereka protein atau lauk lain kerana risau dengan reaksi alahan.

“Awal dulu waktu saya kongsi hantaran ‘Jangan mula dengan bubur kosong sahaja’, ada juga yang kecam, katanya saya ni nak buat anak makin senang dapat alahan. Sekarang panduan terbaharu memang tak galakkan mula (makan) dengan bubur kosong sahaja,” kata Aliah.

Bubur kosong sahaja tidak mencukupi kerana ia kurang zat penting seperti zat besi, zink dan protein untuk tumbesaran anak.

Sumber: Daily Meal

Panduan itu dipetik dari perkongsian Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan di Facebook. Untuk info, keperluan kalori setiap anak berbeza mengikut usia. Malah jantina juga memainkan peranan dalam menentukan jumlah kalori harian si manja.

Berikut adalah panduan penting yang perlu ibu bapa ambil maklum:

6 hingga 8 bulan:

  • Lelaki: 630 kcal
  • Perempuan: 570 kcal

9 hingga 11 bulan:

  • Lelaki: 720 kcal
  • Perempuan: 660 kcal

1 hingga 2 tahun:

  • Lelaki: 990 kcal
  • Perempuan: 900 kcal

Secara keseluruhannya, anak lelaki memerlukan jumlah kalori yang lebih tinggi berbanding perempuan.

Perkenal Makanan Risiko Alergi Pada Usia 6 Bulan

Kajian juga menunjukkan bahawa memperkenalkan makanan alergi seawal anak berumur 6-12 bulan mampu mengurangkan risiko alahan apabila mereka besar nanti.

Antaranya seperti:

  • Telur (masuk secara keseluruhan)
  • Kekacang dalam bentuk mentega
  • Produk bijirin
  • Makanan laut
  • Produk tenusu
  • Soya

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi Selepas Usia 6 Bulan

Contoh gejala alahan makanan kepada anak-anak pula adalah seperti berikut:

  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Ekzema
  • Bengkak
  • Rasa sesak di bahagian tekak
Sumber: Kabrita

NOTA: Jika anak mempunyai sejarah alergi teruk, eczema aktif, dan ibu ayah berasa bimbang, boleh berbincang dahulu dan dapatkan nasihat dari doktor atau dietitian.

View on Threads

Ini Cara Elakkan Si Kecil Alami Alahan Kepada Makanan

Sebenarnya ada beberapa kaedah bagi mengelakkan anak kecil berdepan dengan sebarang alahan terhadap makanan diambil. Antaranya:

  • Susukan anak sekurang-kurangnya hingga usia 6 bulan
  • Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat semasa tempoh kehamilan
  • Elakkan makanan bergoreng di kedai kerana minyak sama berkemungkinan digunakan untuk menggoreng pelbagai jenis makanan
  • Memantau reaksi si kecil ketika memperkenalkan makanan baru kepada mereka
  • Beri hidangan dengan hanya satu bahan sahaja tanpa garam atau gula. Ini penting bagi memantau sekiranya bayi mengalami tindak balas alergi (tunggu tiga hingga lima hari antara setiap makanan baru)
Sumber: Freepik

Bila Waktu Terbaik Untuk Beri Si Kecil Cuba Makanan Pejal?

Penting juga untuk anda mendedahkan si kecil dengan tekstur makanan yang pelbagai agar mereka terbiasa menjamahnya sewaktu meningkat usia. Ia dalam masa sama mengelakkan si kecil memilih makanan.

Memetik Hello Doktor, memperkenalkan makanan pejal terlalu awal bukan satu cadangan yang baik kerana ia akan mendorong pelbagai isu kesihatan kepada bayi.

Bagaimanapun, menunggu sehingga 8 atau 9 bulan juga adalah terlalu lambat. Tabiat pemakanan bayi sukar untuk diubah apabila sudah mencecah usia tersebut.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Secara amnya, si kecil bersedia untuk makan makanan pejal apabila mereka sudah mampu:

  • Menegakkan kepala
  • Duduk dengan bantuan ibu bapa atau penjaga
  • Menunjukkan minat terhadap makanan
  • Menelan makanan tanpa paksaan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!

Baca Artikel Berkaitan: “Memanglah Tengah Hype Tapi..” – Wanita Kesal Ada Ibu Bapa Beri Si Kecil Tiramisu Berkafein


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd