Now Reading
Nampak Macam Kena Tindik, Mungkin Ramai Tak Tahu Kesan Buruk Lubang Kecil Pada Telinga

Nampak Macam Kena Tindik, Mungkin Ramai Tak Tahu Kesan Buruk Lubang Kecil Pada Telinga

Dalam istilah perubatan, lubang kecil yang terbentuk pada bahagian depan cuping telinga itu dipanggil sebagai sinus preauricular.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai di antara anda yang pernah berdepan dengan ulser mulut. Kadangkala ia berlaku disebabkan badan yang terhidrasi, namun ada masanya ia terjadi apabila individu tergigit bahagian dalam mulut terutamanya apabila sedang makan.

Tetapi mesti ada yang tidak tahu bahawa telinga juga boleh mengalami ulser. Ya, ia bukanlah satu situasi yang normal. Sama seperti ulser di bahagian tubuh badan yang lain, ulser ini akan menyebabkan rasa sakit, tidak selesa dan juga jangkitan kuman.

Namun apakah sebenarnya nama keadaan ini?

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Terkena Ulser Dalam Mulut? Ini 11 Jenis Ubat Untuk Merawatnya

Wanita Kongsi Si Manja Ada Lubang Kecil Pada Telinga

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Anne berkongsi bahawa bayinya turut mempunyai lubang kecil pada pada bahagian depan kedua-dua cuping telinga seakan-akan ditindik.

Selepas melakukan pemeriksaan, pakar memaklumkan bahawa individu yang mempunyai lubang berkenaan berkemungkinan mengalami masalah pendengaran atau masalah buah pinggang.

Namun tidak semua yang akan berdepan dengan masalah tersebut.

View on Threads

Tidak Semua Sinus Preauricular Mempunyai Gejala Serius

Dalam istilah perubatan, keadaan itu dipanggil sebagai sinus preauricular. Mungkin masalah ini kedengaran janggal bagi sesetengah orang, tetapi sinus preauricular bukan satu kes asing yang dirujuk pada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Klinik ENT Dr Ezairy Bandar Dato’ Onn Johor Bahru, Dr Ezairy M Sallih, isu telinga bengkak yang dirujuk antaranya berpunca daripada mereka yang memiliki sinus preauricular.

“Sinus Preauricular kecacatan kongenital biasa yang pertama kali dikenal pasti pada 1864. Biasanya berlaku di kawasan depan telinga.

“Lazimnya masalah telinga ini dikenal pasti ketika pemeriksaan fizikal rutin. Kebanyakan yang mempunyai sinus preauricular tiada apa-apa gejala atau masalah. Justeru, tiada keperluan menjalani rawatan,” kata beliau.

Lubang Kecil Telinga Mampu Dijangkiti Kuman

Dalam kes tertentu, ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius hingga telinga bengkak. Kantung dalam lubang tersebut pula boleh membentuk cyst.

Selain itu, pesakit juga berisiko mengalami keradangan pada muka atau bisul di hadapan telinga disebabkan jangkitan kuman terbabit.

Antara simptom lubang kecil di telinga dijangkiti kuman adalah:

  • Kesan bengkak
  • Rasa sakit
  • Kemerahan
  • Keluar nanah dari lubang
  • Timbul ulser di sekitar lubang
  • Demam

Keturunan Adalah Antara Faktor Lubang Kecil Pada Permukaan Telinga

Memetik Harian Metro, sinus preauricular diwarisi secara autosomal dominan (penyakit keturunan yang hanya diwarisi salah satu gen, ibu atau bapa) atau muncul secara tiba-tiba.

Untuk info, ia berisiko berlaku di kedua-dua belah telinga dengan kebarangkalian antara 25%-50% dan boleh juga berlaku pada bahagian sebelah telinga sahaja. 

“Sinus di sebelah kiri telinga adalah lebih kerap berlaku berbanding kanan bagi individu yang mempunyai sinus pada sebelah telinga sahaja (unilateral). Pembabitan lelaki dan wanita adalah sama untuk masalah telinga ini,” tambah Dr Ezairy.

Rawatan Bagi Masalah Sinus Preauricular

Kebiasaannya pesakit sinus preauricular diberikan antibiotik untuk merawat jangkitan kuman. Jika terdapat nanah di dalam lubang, prosedur pembedahan kecil akan dilakukan.

“Namun untuk sesetengah pesakit, pembedahan membuang semua cyst berkenaan mesti dilakukan sebaik sahaja jangkitan pada lubang itu sembuh.

“Prosedur pembedahan ini penting bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang,” jelas pakar ENT itu.

Penghidap Sinus Preauricular Perlu Kerap Bersihkan Lubang Kecil Pada Telinga

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Amy Amira turut berkongsi anaknya mempunyai masalah bengkak pada buah pinggang. Namun dia baru tahu bahawa lubang kecil pada telinga si kecil berkemungkinan berkait dengan lubang kecil pada telinga.

Selain itu, salah seorang penghidap sinus preauricular ini berkata dia perlu membersihkan bahagian lubang telinga pada setiap hari akibat bau kurang menyenangkan daripada nanah yang terbentuk.

“Saya sendiri pun ada (lubang kecil pada telinga). Selalu picit sebab dalam tu ada nanah dan busuk ya amat! Hari-hari picit bersihkan sendiri,” katanya.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Hati-hati Boleh Jadi Pekak” – Doktor Kongsi Cara Betul Bersihkan Telinga Guna Cotton Bud

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kena Pakai ‘Ear Plugs’ Kalau Pergi Konsert? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd