Now Reading
Ingatkan Selesema Biasa, Rupanya Influenza! Ini Cara Kenal Pasti Simptomnya

Ingatkan Selesema Biasa, Rupanya Influenza! Ini Cara Kenal Pasti Simptomnya

Antara gelaja influenza adalah selesema, batuk, sakit tekak, cirit-birit, sesak nafas dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti semua sedia maklum, musim influenza sudah pun kembali dan menular secara cepat terutamanya di kalangan pelajar sekolah. Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan kira-kira 6,000 murid di sekolah di bawahnya dijangkiti virus influenza.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad, terdapat beberapa sekolah melaksanakan penutupan sementara susulan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Untuk info, virus ini terbahagi kepada dua jenis iaitu influenza A dan juga B. Influenza A dikatakan lebih serius dan boleh berjangkit melalui manusia serta haiwan. Manakala influenza B hanya mampu merebak melalui manusia sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Perjelas Senarai Ubat Yang Ibu Ayah Perlu Elak Jika Anak-anak Positif Influenza

Gejala Virus Influenza Yang Boleh Diperhatikan

Berikutan kes positif influenza yang melonjak, penting bagi setiap individu mengetahui simptom-simptom virus terbabit supaya boleh mendapatkan rawatan awal jika dijangkiti.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa gejala virus ini adalah lebih kurang seperti Covid-19. Antaranya:

  • Demam
  • Selesema
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sesak nafas
  • Telinga bernanah
  • Radang paru-paru
  • Jangkitan kuman dalam paru-paru (pneumonia)
Sumber: Pexels

Beza Antara Flu Influenza & Selesema Biasa

Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara nak membezakan antara selesema influenza (juga dikenali sebagai flu) dan selesema biasa. Walaupun nampak sama, tetapi sebenarnya influenza boleh memberi kesan lebih teruk dan ambil masa lebih lama untuk pulih.

Bagaimanapun ia mengikut keadaan tubuh masing-masing. Individu dengan imuniti badan yang lemah berisiko mengalami simptom dalam tempoh masa agak panjang.

Baca Artikel Berkaitan: Ejen Insurans Dedah Wad Kanak-kanak Di Hospital Sekitar Lembah Klang Penuh Akibat Influenza

Buat yang tidak pasti, di sini kami kongsikan perbezaan antara dua jenis selesema ini. Take note!

Punca?

  • Selesema influenza (flu): Virus influenza
  • Selesema biasa: Virus lain seperti rhinovirus, adenovirus atau Virus Sinisial Pernafasan (RSV)

Bila berlaku?

  • Selesema influenza (flu): Datang secara tiba-tiba
  • Selesema biasa: Gejala selesema selalunya muncul secara beransur-ansur dan tidak mendadak

Simptom utama:

  • Selesema influenza (flu): Suhu badan tinggi, rasa sejuk menggigil, sakit otot, rasa lesu dan batuk kering
  • Selesema biasa: Bersin, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak dan batuk ringan

Kekerapan & suhu demam:

  • Selesema influenza (flu): Biasa dan suhu 37.8°C atau lebih
  • Selesema biasa: Jarang atau suhu sederhana

Sakit kepala:

  • Selesema influenza (flu): Biasa berlaku
  • Selesema biasa: Jarang dilalui oleh pesakit

Keletihan:

  • Selesema influenza (flu): Teruk dan boleh berlarutan sehingga dua ke tiga minggu
  • Selesema biasa: Keletihan ringan

Komplikasi:

  • Selesema influenza (flu): Boleh membawa kepada radang paru-paru, radang jantung, jangkitan otak, atau masalah serius lain
  • Selesema biasa: Jarang berlaku komplikasi serius tetapi boleh menyebabkan jangkitan sinus atau telinga

Pencegahan:

  • Selesema influenza (flu): Vaksin tahunan, jaga kebersihan tangan dan elakkan kontak rapat dengan individu sakit
  • Selesema biasa: Kebersihan tangan dan elakkan kontak rapat dengan individu sakit lain

Siapa Berisiko Alami Risiko Kesihatan Akibat Influenza?

Menurut Sunway Medical Centre, berikut adalah antara golongan yang lebih berisiko tinggi untuk dijangkiti simptom influenza:

  • Kanak-kanak bawah umur 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berusia 65 tahun dan ke atas
  • Pesakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kanser, HIV atau keletihan melampau
  • Individu obes
  • Individu dengan imun sistem yang lemah
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik/Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Digesa Ambil Suntikan Vaksin Influenza

Baca Artikel Berkaitan: “Kes Influenza Makin Meningkat Tapi Bekalan Ubat Berkurangan” – Pakar Pediatrik Dato’ Dr Musa Nordin

Punca Utama Peningkatan Kes Influenza Di Malaysia

Pakar Penyakit Berjangkit Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Prof Madya Dr Wan Nurliyana Wan Ramli memaklumkan bahawa musim influenza di kawasan tropika seperti Malaysia boleh berlaku sepanjang tahun.

Beberapa punca utama yang mendorong kepada lonjakan kes jangkitan influenza pula disebabkan pola bermusim, penularan dalam populasi tertutup atau pergerakan manusia yang tinggi.

Sumber: Malay Mail

Kongsi beliau, peningkatan kes akan berlaku ketika musim puncak apabila perubahan iklim seperti musim hujan dan cuaca lembap seperti kebelakangan ini.

“Penularan dalam populasi tertutup seperti kluster di sekolah, tadika dan institusi pendidikan berlaku kerana mereka berkumpul di dalam ruang tertutup dan berinteraksi rapat. Ia akan memudahkan penyebaran virus influenza yang dapat menjangkiti ramai orang dalam tempoh masa singkat,” jelas beliau, lapor Harian Metro.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd