Ini Manfaat ‘Purring’ Kucing Kepada Tubuh Badan Manusia Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Purring adalah bunyi hasil dengkuran kucing yang mampu bergetar 25 hingga 150 kali dalam masa sesaat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat pemilik kucing, sudah tentu anda tahu perangai dan pe’el haiwan berbulu masing-masing. Sama seperti manusia, setiap satunya mempunyai tingkah lakunya sendiri. Ada kucing yang aktif dan tidak boleh duduk diam, tetapi sesetengah daripadanya hanya suka tidur sepanjang hari.
Selain itu, antara tabiat kucing lain yang popular anda boleh perhatikan pada setiap hari adalah ‘purring’ kucing. Purring atau pur merupakan bunyi yang dihasilkan kucing semasa berdengkur.
Tidak terhad semasa waktu tidur sahaja, malah bunyi pur itu juga boleh didengari semasa mereka berjaga, terutamanya ketika sedang sedap berbaring di port selesanya.
Baca Artikel Berkaitan: 65% Kucing Tidur Di Sebelah Kiri Badannya, Ada Kaitan Dengan Fungsi Hemisfera Otak Kanan – Kajian
Baca Artikel Berkaitan: 5 Sebab Kenapa Kucing Suka Lepak Dalam Kotak, Lebih Sempit Lagi Suka
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!
Ada Masanya Kucing ‘Purring’ Ketika Mereka Stres
Memetik CP Petindo, purring adalah bentuk komunikasi yang paling umum dihasilkan kucing ketika ia dalam posisi yang nyaman. Kalau anda nak tahu, bunyi dengkuran itu berlaku apabila terdapat aktiviti di dalam otak si bulus.
Otak kucing menghantar isyarat berulang kali di kerongkong, dan perkara itu yang membuatkan otot tersebut bergetar antara 25 hingga 150 kali sesaat.
Untuk pengetahuan semua, dengkuran kucing tidak semestinya bermaksud ia sedang gembira. Walaupun kucing biasa melakukannya apabila berasa tenang atau selesa, mereka juga boleh mendengkur ketika sakit atau tertekan.
Sementara itu, ramai pakar berpendapat bahawa dengkuran adalah cara kucing menenangkan diri. Dengan berdengkur, kucing dapat menurunkan tahap tekanan dan membuat diri mereka rasa lebih tenang.

Ada Kucing Hasilkan Bunyi ‘Purring’ Ketika Sedang Sakit
Dengkuran kucing juga sebenarnya boleh menjadi satu bentuk terapi untuk mereka.
Kajian menunjukkan bahawa getaran yang terhasil daripada purring kucing boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan keradangan.
Ini sebabnya mengapa kucing anda mungkin lebih kerap berdengkur ketika sedang pulih daripada penyakit atau sebarang kecederaan.

Ini Kebaikan Purring Kepada Tubuh Badan Individu
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa frekuensi dengkuran kucing memberi manfaat kepada tubuh badan manusia secara tidak langsung.
Menurut Hospital Veterinar Virginia Beach (VBVH), kajian menunjukkan bahawa getaran yang terhasil daripada dengkuran kucing dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan stres, dan bahkan membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Memetik Jabatan Veterinar Malaysia pula, kajian mendapati purring dalam julat frekuensi antara 25 hingga 140 hertz dapat merangsang pengeluaran hormon endorfin dikenali sebagai ‘hormon kebahagiaan’ yang membantu mengurangkan kegelisahan.
Kajian Dedah Memiliki Kucing Mengurangkan Risiko Serangan Jantung
Berbicara tentang kebaikan kucing kepada manusia, para penyelidik dalam persidangan American Stroke Association’s International Stroke Conference mendapati memelihara si bulus mungkin dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
Kajian tersebut merupakan hasil utama daripada penyelidikan selama 10 tahun yang melibatkan lebih 4,000 rakyat Amerika, dijalankan oleh penyelidik di University of Minnesota’s Stroke Institute di Minneapolis.

Kata Dr Adnan Qureshi dari institut berkenaan, memiliki haiwan peliharaan berkemungkinan membantu mengurangkan tekanan.
Para penyelidik juga menjelaskan bahawa anjing mungkin memberikan kesan yang sama, namun jumlah pemilik anjing dalam kajian tersebut tidak mencukupi untuk membuktikannya secara pasti.
Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing & Bakal Sambut Kelahiran Si Kecil? Ini Kebaikan Mereka Membesar Bersama
Baca Artikel Berkaitan: Tidur Merata-Rata, Ekor Tinggi & 4 Lagi Tanda Si Bulus Bahagia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.