Now Reading
Ini Cara Bagi Pastikan Anak Dapat Vitamin D Mencukupi, Ibu Ayah Take Note!

Ini Cara Bagi Pastikan Anak Dapat Vitamin D Mencukupi, Ibu Ayah Take Note!

Antara nutirisi penting yang diperlukan si kecil untuk tujuan tumbesaran adalah vitamin A, B, C, D, dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, pertumbuhan dan perkembangan adalah antara aspek terpenting yang perlu diutamakan dalam golongan kanak-kanak.

Oleh disebabkan itu, pengambilan nutrien yang betul dan secukupnya memainkan peranan utama dalam tumbesaran si manja.

Memetik Health Pulse, vitamin yang diperlukan si kecil adalah vitamin A, B (terutamanya B-12), C, D, E dan K. Selain itu, mineral seperti kalsium, magnesium, fosfat, zink, besi, fluorida dan iodin juga sama pentingnya.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi Selepas Usia 6 Bulan

Baca Artikel Berkaitan: Jangkitan Kuman Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Anak Hidap Autisme – Pakar

Baca Artikel Berkaitan: 4, 5 Atau 6 Tahun? Pakar Kongsi Waktu Terbaik Untuk Hantar Anak Ke Pusat Asuhan & Tadika

90% Kanak-kanak Tak Mempunyai Vitamin D Mencukupi

Baru-baru ini, doktor perubatan terkenal Dr Malar menerusi satu perkongsian di laman TikTok telah mendedahkan bahawa lebih 90% kanak-kanak tidak mencapai pengambilan nutrien vitamin D yang disyorkan.

Fakta tersebut dipetik dari kajian keratan rentas SEANUTS II yang melibatkan kira-kira 2,989 anak kecil berumur 6 bulan hingga 12 tahun di Semenanjung Malaysia.

“Kajian ini adalah sebagai sumber saintifik yang kukuh dan jelas untuk mengesahkan kenyataan kanak-kanak di Malaysia tak cukup pengambilan vitamin D,” kongsi pakar itu.

Sumber: Freepik

Tambah beliau, vitamin D adalah penting untuk menguatkan tulang serta meningkatkan imuniti si manja.

Buat ibu bapa di luar sana, di sini antara petua disarankan Dr Malar bagi membekalkan vitamin D dalam tubuh badan anak:

#1. Dedahkan Anak Kepada Cahaya Matahari

Kaedah yang pertama adalah amalkan pendedahan cahaya matahari kepada anak.

Walaupun Malaysia dikenali dengan iklim khatulistiwa, gaya hidup masyarakat yang lebih banyak tertumpu di dalam bangunan seperti sekolah, rumah dan pejabat menyebabkan penyerapan vitamin D dari cahaya matahari agak terhad.

Apa yang ibu bapa perlu lakukan adalah dengan menggalakkan si manja melibatkan diri dalam aktiviti luar sekurang-kurangnya 10-15 minit sehari sebagai contoh membawa mereka ke taman untuk beriadah.

Sumber: Freepik
#2. Galakkan Sarapan Dengan Produk Tenusu

Usaha kedua bagi meningkatkan nutirisi vitamin D dalam tumbesaran si kecil adalah dengan mengambil sarapan bersama produk tenusu.

Kajian SEANUTS II mendapati bahawa sarapan yang mengandungi tenusu boleh meningkatkan pengambilan vitamin D dan juga kalsium.

“Malah ada sesetengah susu yang lengkap dengan vitamin D, kalsium, protein dan DHA. Sebab tu pengambilan susu boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak dan kepada remaja terutamanya,” jelas Dr Malar.

Saranan disyorkan bahagian dietetik adalah pengambilan satu gelas susu untuk dua kali sehari sehinggalah kanak-kanak tu berusia 12 tahun.

Sumber: Freepik
#3. Pengambilan Makanan Kaya Dengan Vitamin D

Langkah ketiga bagi meningkatkan vitamin D si kecil adalah dengan memberikan mereka makanan-makanan yang kaya dengan nutrisi tersebut.

Kalau anda perasan, segelintir golongan ibu bapa kerap memberikan anak makanan berproses khususnya ketika waktu bersarapan seperti nuget atau sosej.

Daripada membekalkan mereka makanan tidak berkhasiat sebegitu, anda boleh menukarkannya kepada telur, ikan, keju, brokoli yang mengandungi vitamin D secara semula jadi.

Sumber: Freepik
@drmalarss Lebih 90% kanak-kanak di Malaysia tak cukup pengambilan Vitamin D? 😱 Vitamin D penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan sistem imun yang kuat — jadi macam mana kita boleh pastikan anak-anak mendapat cukup Vitamin D setiap hari? 🤔 Haaa mak ayah yang ada anak kecil tu, uoll kena tengok video ni sampai habis tau! Jangan lupa share juga ya! ✨ #celotehdrmalar #fyp #viral ♬ original sound – CelotehDrMalar

Tonton video penuh [DI SINI].

Selain cadangan diberikan Dr Malar, berikut adalah antara makanan lain yang tinggi vitamin D:

  • Minyak hati ikan kod
  • ⁠Yogurt
  • ⁠Cendawan
  • ⁠Bijirin
  • Salmon
Sumber: Freepik

Kenapa Anak Kecil Perlukan Sistem Imun Badan Yang Baik?

Seperti semua sedia maklum, kita sedang hidup dalam dunia di mana populasi mikrob baharu dan variannya semakin bertambah setiap hari.

Kalau dahulu virus covid-19 menjadi tumpuan masyarakat serata dunia, kini penularan influenza pula semakin berleluasa terutamanya dalam golongan kanak-kanak.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 6,000 murid di seluruh negara telah dijangkiti wabak influenza pada ketika ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata, beberapa sekolah telah diarahkan tutup sementara atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), antaranya sebuah sekolah di Johor.

Oleh disebabkan kes influenza yang semakin melonjak, ibu bapa dinasihati untuk memantau anak sekaligus memberikan mereka nutrisi bagi meningkatkan imunisasi badan.

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Perjelas Senarai Ubat Yang Ibu Ayah Perlu Elak Jika Anak-anak Positif Influenza

Baca Artikel Berkaitan: Musim Influenza Kembali, Ini Penjelasan Pakar Tentang Waktu Sesuai Ambil Vaksin

Baca Artikel Berkaitan: Ejen Insurans Dedah Wad Kanak-kanak Di Hospital Sekitar Lembah Klang Penuh Akibat Influenza


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd