Now Reading
Pakar Perjelas Senarai Ubat Yang Ibu Ayah Perlu Elak Jika Anak-anak Positif Influenza

Pakar Perjelas Senarai Ubat Yang Ibu Ayah Perlu Elak Jika Anak-anak Positif Influenza

Sebagai info, pemberian antibiotik tidak akan memberi sebarang kesan dalam mengurangkan simptom yang disebabkan oleh jangkitan influenza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum Malaysia kini sedang dilanda gejala influenza dengan sebanyak 97 kluster dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, majoritinya membabitkan institusi pendidikan.

Seorang ejen insurans sebelum ini mendedahkan bahawa banyak wad kanak-kanak di sekitar Lembah Klang telah dipenuhi dengan pesakit positif influenza.

Malah seorang petugas hospital Subang Jaya Medical Centre juga berkata kebanyakan hospital kini sedang berdepan ‘high census’ yang didorong oleh kes influenza, RSV (respiratory syncytial virus) dan Rotavirus.

Baca Artikel Berkaitan: Ejen Insurans Dedah Wad Kanak-kanak Di Hospital Sekitar Lembah Klang Penuh Akibat Influenza

Baca Artikel Berkaitan: “Kes Influenza Makin Meningkat Tapi Bekalan Ubat Berkurangan” – Pakar Pediatrik Dato’ Dr Musa Nordin

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Digesa Ambil Suntikan Vaksin Influenza

Doktor Jelaskan NSAID Tidak Boleh Diberi Kepada Kanak-Kanak Positif Influenza

Dalam mengubati gejala influenza, mungkin ada sesetengah ibu ayah yang memilih untuk memberi ubat sendiri kepada anak-anak, terutamanya bagi simptom tidak serius.

Doktor perubatan Dr Rusydina, bagaimanapun mengingatkan ibu ayah agar tidak memberi ubat dalam kategori Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug (NSAID) yang bertujuan untuk mengurangkan sakit, keradangan dan demam.

Ini termasuklah ubat supositori Voren atau Diclofenac serta sirap Ibuprofen seperti Nurofen.

Sumber: FB Klinik Adibah

NSAID Boleh Sebabkan Masalah ANEC

Dia menerangkan bahawa penggunaan NSAID bagi melawan demam yang disebabkan oleh virus terutamanya influenza, boleh menyebabkan Acute Necrotizing Encephalopathy Childhood (ANEC).

Menurut Dr Rusydina, ANEC ialah satu komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan virus khususnya influenza, yang boleh menyebabkan keradangan pada otak.

Antara simptom ANEC ialah:

  • Demam tinggi
  • Muntah
  • Mengantuk dan kurang sedar
  • Sawan

Katanya lagi, kanak-kanak yang mengalami ANEC dikhuatiri akan mengalami kesan jangka masa panjang pada bahagian otaknya.

Dapatkan Ubat Antiviral Bagi Pesakit Positif Influenza

Sebaliknya, Dr Rusydina menerangkan bahawa ibu ayah boleh memberi anak-anak ubat demam dalam kategori Paracetamol.

Dia juga menegaskan ibu ayah agar segera membawa anak ke klinik atau hospital bagi menjalani ujian influenza sekiranya mengalami demam panas yang luar biasa.

Tambahnya lagi, ibu ayah juga boleh mendapatkan rawatan anti virus jika anak didapati positif influenza.

@dr.rusydina Jangan beri ubat demam dalam kategori NSAIDS jika anak kena Influenza #influenza #influenzatest #kesihatankanakkanak #tiktokhealth #acutenecrotizingencephalopathychildhood ♬ Vlog ・ Stylish city pop(1275391) – orino

Tonton video penuh [DI SINI].

3 Ubat Lain Yang Tak Patut Diberi Kepada Anak Positif Influenza

Mengulas lanjut, doktor perubatan Dr Low Dy-Win juga berkata, NSAID tidak boleh diberi kepada kanak-kanak kerana boleh mengganggu kesihatan buah pinggang dan perut terutamanya ketika badan kekurangan air.

Dia turut menyenaraikan beberapa lagi ubat-ubatan yang tidak boleh diberi kepada kanak-kanak positif influenza.

#1. Aspirin

Selain NSAID, dia menegaskan aspirin tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak mahupun remaja.

Ini kerana ia boleh mengakibatkan penyakit Reye’s Syndrome yang menyerang hati dan otak, malah boleh menyebabkan kematian.

#2. Ubat batuk Codeine

Ubat batuk jenis Codeine juga perlu dielakkan kerana berpotensi melemahkan pernafasan sekaligus membahayakan nyawa kanak-kanak.

US Food & Drug Administration (FDA) melarang penggunaan codeine bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun serta ibu yang sedang menyusukan bayinya.

#3. Antibiotik

Pesakit influenza juga tidak perlu diberikan antibiotik memandangkan simptom disebabkan oleh jangkitan virus.

Pemberian antibiotik tidak akan memberi sebarang kesan dalam mengurangkan simptom.

Sebaliknya seperti yang dinyatakan Dr Rusydina, ubat anti virus (antiviral) boleh diberikan dalam kes simptom teruk dan individu yang berisiko mengalami komplikasi akibat jangkitan.

View on Threads

Ubat Tamiflu Disarankan Untuk Golongan Berisiko Tinggi Positif Influenza

Tambah Dr Low, salah satu ubat antiviral bagi influenza ialah Tamiflu (oseltamivir) yang disarankan buat golongan berisiko tinggi termasuk:

  • Kanak-kanak bawah lima tahun.
  • Warga emas atau lebih 65 tahun.
  • Wanita hamil atau selepas bersalin.
  • Pesakit kronik seperti asma, kencing manis, penyakit jantung dan hati.
  • Imun lemah antaranya pesakit kanser serta HV, dan mengambil ubat imunosupresif.
  • Pesakit yang mengalami gejala teruk atau dimasukkan ke hospital.

Katanya, ubat Tamiflu paling berkesan jika diambil dalam tempoh 48 jam selepas menunjukkan gejala.

Kesan Tamiflu akan berkurangan jika lambat diberi kepada pesakit, tetapi masih perlu diteruskan bagi pesakit berisiko tinggi.

Sebaliknya, individu dengan simptom ringan kebiasaannya tidak memerlukan ubat ini.

“Badan boleh lawan virus sendiri dalam beberapa hari dengan rehat, air cukup, dan kawalan simptom,” kata Dr Low.

Ibu ayah diingatkan agar mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberi sebarang ubat kepada anak anda.

Gambar sekadar hiasan

Baca Artikel Berkaitan: Musim Influenza Kembali, Ini Penjelasan Pakar Tentang Waktu Sesuai Ambil Vaksin

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tanda -Tanda Influenza A Dan Cara Mencegahnya

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Undang Maut, Ramai Tak Sedar Alami Influenza Kerana Gejala Seakan Covid-19


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd