Suka Tonton Phone Dalam Gelap? Doktor Jelaskan Boleh Sebabkan Masalah Mata
Menurut doktor perubatan Dr Khaw, cahaya dari skrin pada waktu malam juga boleh menyebabkan kesukaran tidur apabila penghasilan hormon melatonin terganggu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi ramai orang, menonton skrin merupakan salah satu cara meluangkan masa atau ‘me time’ selepas seharian sibuk dengan pelbagai urusan.
Sama ada menonton filem atau skrol media sosial, sesetengah individu kerap melakukan aktiviti ini pada waktu malam sebelum tidur.
Malah satu laporan oleh Electronics Hub pada 2024 mendedahkan bahawa rakyat Malaysia adalah antara yang paling ketagihan skrin di dunia.
Baca Artikel Berkaitan: Ketagihan Skrin: Rakyat Malaysia Di Tempat Ke-8 Dunia, Luang Hampir Separuh Waktu Berjaga
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kerap Tonton Skrin? Perhatikan Tanda-Tanda Ini Untuk Kenal Pasti ‘Brain Rot’
Doktor Nasihat Tidak Lihat Skrin Dalam Persekitaran Gelap
Itulah juga yang dilakukan oleh segelintir ibu ayah lebih-lebih lagi pada waktu malam selepas anak masuk tidur.
Namun doktor perubatan Dr Kent Khaw, menasihati orang ramai agar tidak melihat skrin dalam keadaan persekitaran gelap.
Katanya tindakan itu boleh merosakkan mata dan menyebabkan masalah lain termasuk:
- Mata cepat kering.
- Sakit kepala.
- Sukar tidur di waktu malam.
- Meningkatkan rabun dan silau.
- Risiko katarak.
Cahaya Dari Skrin Pada Waktu Malam Boleh Ganggu Penghasilan Melatonin
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Khaw berkata anak mata (pupil) akan membesar dalam keadaan gelap, seterusnya cahaya dari skrin terus memasuki ke dalam retina.
Tambahnya lagi, cahaya pada waktu malam juga akan mengganggu penghasilan hormon tidur melatonin.
Keadaan ini menyebabkan seseorang sukar untuk tidur dan akan bangun terasa penat pada keesokan harinya.
“Kadang-kadang, kita sangka tengok phone itu relaxing. Tapi sebenarnya badan kita sedang jerit, “Cukuplah”.
“Rehat yang sebenar bukan tengok skrin sampai mata pedih, tapi tutup mata, tarik nafas, dan bagi otak dan hati kita ruang untuk tenang,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tidur Sebaiknya Dalam Keadaan Gelap, Doktor Ini Kongsi Sebabnya
View on Threads
Tonton Skrin Dalam Keadaan Gelap Boleh Sebabkan Kabur Sementara
Berdasarkan artikel di laman web Medium, menonton skrin pada waktu malam dalam keadaan gelap boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur buat sementara waktu.
Namun keadaan ini akan kembali seperti biasa setelah berhenti menggunakan telefon buat beberapa minit.
Kajian juga mendapati penggunakan komputer selepas sejam boleh membuatkan penglihatan kabur, mata tegang dan mata kering.
Tambahan pula, memandangkan skrin telefon lebih kecil berbanding monitor komputer, kebiasaannya ia akan dilihat dengan lebih dekat seterusnya meningkatkan risiko mata tegang.
Malah menonton skrin dengan terlalu dekat buat jangka masa lama juga boleh menyebabkan rabun jauh.
Ia juga berisiko menyebabkan masalah glaucoma iaitu penyakit yang boleh menyebabkan buta apabila saraf mata rosak.

Langkah-Langkah Jika Tonton Skrin Dalam Keadaan Gelap
Jika anda masih juga mahu menonton skrin buat seketika sebelum tidur, pastikan ia tidak dilakukan dalam keadaan yang gelap sepenuhnya.
Selain itu, ambil langkah-langkah bagi mencegah masalah mata antaranya:
- Kurangkan pencahayaan skrin.
- Guna Night mode atau Reading mode.
- Tetapkan latar belakang kepada warna hitam.
- Hadkan masa menonton skrin.
- Kerap berhenti sebentar daripada menonton skrin.
- Pasangkan sumber cahaya di belakang skrin.
Elakkan juga daripada memandang skrin telefon dengan jarak yang terlalu dekat dan ambil masa untuk merehatkan mata sebentar.
Di samping itu, anda boleh melakukan dua jenis senaman mata termasuklah kaedah ‘Rule 20-20-20‘, iaitu melihat ke suatu tempat yang terletak 20 kaki (6.1 meter) jauhnya selama 20 saat selepas setiap 20 minit.
Satu lagi senaman pula dilakukan dengan meletakkan ibu jari 20cm dari mata dan pandang selama 20 saat agar fokus penglihatan diubah daripada dekat dengan mata kepada tempat jauh (fokus jauh dan dekat).
Baca Artikel Berkaitan: Ini 2 Senaman Mata Ibu Ayah Boleh Lakukan Jika Anak Kerap Tonton Skrin
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kebaikan Cermin Mata Hitam Yang Ramai Tak Tahu, Jangan Pakai Untuk OOTD Je!
Baca Artikel Berkaitan: Cermin Mata Anti-Blue Light Hanyalah Mitos? Ini Penjelasan Ahli Optometri
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.