Now Reading
“Hati-hati Boleh Jadi Pekak” – Doktor Kongsi Cara Betul Bersihkan Telinga Guna Cotton Bud

“Hati-hati Boleh Jadi Pekak” – Doktor Kongsi Cara Betul Bersihkan Telinga Guna Cotton Bud

Segelintir masyarakat menggunakan cotton bud secara salah hingga menyebabkan telinga mengalami kecederaan serius.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak dengar ada individu pekak di usia muda? Ia bukanlah berlaku secara tiba-tiba.

Menurut pakar kesihatan Dr Ahmad Samhan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia di kalangan umur antara 12 sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran.

Kalau anda nak tahu, tabiat harian merupakan antara penyebab masalah pendengaran itu berlaku.

Sebagai contoh masalah pendengaran boleh berpunca daripada pemakaian earbuds atau headphones. Bukan itu sahaja, ia juga boleh berlaku akibat kekerapan mengorek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud).

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Elak Pekak Pada Usia Muda, Jangan Selalu Pakai Headphone Salah Satunya!

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kena Pakai ‘Ear Plugs’ Kalau Pergi Konsert? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Grab Perkenal Fungsi ‘Scan To Order’ Khas Buat Golongan Kurang Pendengaran (OKU)

Bahaya Penggunaan Cotton Bud Untuk Telinga

Sebelum ini, seorang doktor perubatan estetik dikenali sebagai Dr Kenneth Wong, ada berkongsi tentang bahaya menggunakan cotton bud sekiranya tidak berhati-hati.

Menurut pendapat beliau, cotton bud atau dalam bahasa Melayunya putik kapas merupakan antara alatan yang paling ‘teruk’ untuk digunakan bagi membersihkan atau mengeluarkan tahu telinga yang terkumpul.

Hal ini kerana, tekanan semasa memasukkan putik kapas ke dalam telinga itu mampu mencederakan saluran telinga.

Sumber: Freepik

“Saya faham kamu ada tahi telinga, tapi bila kamu pusing-pusing cotton bud ni, ia akan tolak tahi semua ke dalam sampai saluran telinga tersumbat,” kata Dr Kenneth.

Jelas doktor ini, saluran yang tersumbat akhirnya menyebabkan pendengaran anda berkurangan.

Gegendang Telinga Boleh Pecah Hingga Sebabkan Pekak

Ada kalanya, sesetengah individu mengorek telinga menggunakan cotton bud sambil melakukan tugasan lain sehinggakan mereka tidak fokus.

Aksi tersebut sebenarnya berbahaya kerana putik kapas yang ditolak dengan kuat mampu memecahkan gegendang telinga.

Lebih parah lagi ia boleh mengakibatkan anda pekak meskipun pada usia muda.

Foto: Perbandingan gegendang telinga yang normal dan sudah pecah
Sumber: KlikDokter

Tanda-tanda Jangkitan Di Bahagian Saluran Telinga

Sekiranya saluran telinga anda cedera pula, ia akan mengundang jangkitan kuman. Memetik Hello Doktor, jangkitan telinga ini memang menyakitkan kerana keradangan dan pembentukan cecair di telinga tengah.

Sumber: Freepik

Antara simptom-simptom jangkitan telinga adalah seperti berikut:

  • Telinga rasa pedih
  • Sukar untuk tidur
  • Demam
  • Cecair kuning, jernih atau berdarah keluar dari telinga
  • Hilang imbangan badan
  • Pening dan muntah
  • Ciri-birit
  • Tiada selera makan
  • Rasa cecair tersumbat dalam telinga

Cara Betul Bagi Menggunakan Cotton Bud

Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap individu mengetahui cara betul bagi menggunakan cotton bud untuk tujuan membersihkan telinga.

Menurut Dr Kenneth, anda hanya perlu memasukkan cotton bud di bahagian depan telinga dan tidak terlalu ke dalam.

Alternatif lain yang lebih bagus adalah menggunakan ubat titis telinga (eardrops). Ia berfungsi untuk melembutkan atau mencairkan tahi telinga yang keras sekaligus memudahkan ia keluar secara semula jadi.

Jika ia sudah tersumbat hingga mengganggu pendengaran, anda perlu segera melakukan pemeriksaan doktor.

“Jangan main-main tau, boleh jadi pekak,” tegasnya lagi di akhir perkongsian.

@dr.kennethwongcf Bahaya putik kapas (Cotton bud)! #drkenneth #telingasakit #telingarosak #gegendangpecah #gegendangtelingabocor ♬ original sound – Dr Kenneth Wong

Tonton video penuh [DI SINI].

Lima Fungsi Sebenar Tahi Telinga Anda

Untuk pengetahuan semua, setiap individu sebenarnya tidak perlu mengorek tahi telinga kerana ia mempunyai mekanisma tersendiri untuk menolak keluar tahi tersebut sebagai contoh kunyahan mulut, pergerakan rahang serta pertumbuhan kulit dalam telinga.

Menurut doktor Pakar Bedah Telinga, Hidung, dan Tekak (ENT) Dr Mohd Shaiful Nizam, tahi telinga mempunyai kebaikannya tersendiri iaitu:

  • Bersifat kalis air yang mana ia mencegah air dari meresap masuk ke dalam saluran telinga
  • Tahi telinga bersifat anti-bakteria untuk melindungi telinga daripada jangkitan dan pembiakan bakteria serta kulat
  • Bersifat asid untuk melembabkan kulit halus yang ada di sekitar saluran telinga
  • Menghalang serangga-serangga kecil seperti semut, lalat dan nyamuk dari masuk ke dalam telinga
  • Mengeluarkan kotoran dan habuk dari dalam saluran telinga.

Baca Artikel Berkaitan: Hentikan Tabiat Mengorek Telinga, Ketahui Lima Fungsi Tahi Telinga Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd