Now Reading
Pakar Pemakanan Wanita Kongsi Lima Nutrisi Penting Untuk Rawat Simptom PCOS

Pakar Pemakanan Wanita Kongsi Lima Nutrisi Penting Untuk Rawat Simptom PCOS

Untuk info, Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang dialami para wanita menyukarkan kehamilan kerana ketidakseimbangan hormon.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda selalu baca di laman sosial, ramai juga di kalangan wanita yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan gangguan hormon. Ia bukan sahaja menyukarkan kehidupan seharian tetapi juga membawa masalah kesihatan kepada individu tersebut.

Antara gejala utama dilalui adalah wanita-wanita ini adalah kepenatan melampau meskipun tidak melakukan sebarang aktiviti berat.

Apa yang segelintir individu tidak sedari adalah mereka sebenarnya berkemungkinan mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS).

Apa Itu PCOS?

Baru-baru ini, pakar pemakanan wanita dan pengasas bersama Jomsayheart Diet Centre dikenali sebagai Syaza telah berkongsi beberapa fakta penting bagi golongan wanita untuk memperbaiki masalah hormon iaitu PCOS.

Untuk info, PCOS adalah keadaan di mana ovari seorang wanita mengandungi ‘follicles’ atau sista kecil bersaiz 4mm hingga 9mm. Sista kecil ini mengandungi ovum atau telur yang tidak berkembang kepada saiz yang membolehkan ia disenyawakan oleh sperma.

Sumber: Freepik

Pesakit PCOS mempunyai tahap hormon pituitari luteinizing (LH) dan hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi sehingga mengganggu fungsi normal ovum.

Ia sekaligus menyukarkan kehamilan kerana ketidakseimbangan hormon yang mengganggu proses ovulasi.

Menurut Hospital Pantai, berikut adalah antara simptom PCOS:

  • Haid tidak teratur
  • Pertumbuhan bulu pada muka dan badan yang berlebihan (hirsutisme)
  • Berat badan naik
  • Tompok kulit yang menebal, baldu dan gelap (acanthosis nigricans)
  • Apnea tidur
  • Ketidaksuburan
  • Kemurungan dan kebimbangan
  • Gangguan makan seperti bulimia dan makan berlebihan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haniff Hamzah Kongsi Kisah Didiagnos Sleep Apnea, Tak Cukup Tidur Punca Utama

Nutrisi Penting Patut Diambil Buat Mereka Yang Alami PCOS

Pun begitu, terdapat banyak cara untuk pesakit PCOS mengawal hormon yang tidak teratur itu. Salah satu langkah utama adalah menjaga pemakanan harian.

Menerusi perkongsian Syaza, pakar itu telah menyenaraikan lima jenis nutrisi penting yang diperlukan golongan pesakit PCOS. Jika anda mengalami masalah tersebut, take note!

Antaranya:

#1. Zink

Jelas Syaza, pengambilan zink yang tidak mencukupi boleh menyebabkan rintangan insulin. Selain itu, kekurangan nutrien berkenaan akan mengganggu proses normal tubuh seperti ovulasi atau kesuburan, sehingga menyukarkan kehamilan berlaku secara semula jadi.

Baca Artikel Berkaitan: Pesakit PCOS Saran Ikhtihar Buat Ujian Kesuburan Jika Masih Belum Dapat Anak & Sedang Jalani TTC

Antara makanan yang tinggi kandungan zink adalah seperti:

  • Tiram
  • Shellfish (hidupan laut bercengkerang)
  • Kekacang
  • Kailan
  • Kuning telur
  • Bawang putih
  • Keju
Sumber: Pexels
#2. Magnesium

Nutrien penting seterusnya adalah magnesium. Kekurangan zat ini meningkatkan risiko kemurungan, keresahan, penat melampau, tekanan darah tinggi, dan sukar mendapatkan tidur yang berkualiti.

Berikut adalah contoh makanan yang tinggi dengan kandungan magnesium:

  • Avokado
  • Badam
  • Ikan
  • Kentang
  • Tauhu
  • Chia seed
  • Dark chocolate
  • Pisang
  • Yogurt
  • Bayam
Sumber: Pexels
#3. Vitamin D

Menurut kajian, mereka yang mengalami masalah PCOS kekurangan Vitamin D dalam tubuh badan. Perkara tersebut kemudiannya boleh mengganggu kitaran haid dan rintangan insulin.

Ini adalah antara jenis makanan yang tinggi Vitamin D:

  • Salmon
  • Tuna
  • Tenggiri
  • Telur kuning
  • Ikan kembung
  • Susu
  • Oat
  • Tauhu
  • Cendawan
Sumber: Pexels
#4. Folate

Dalam pada itu, kandungan folate yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu penat melampau, sakit kepala, gangguan pernafasan, dan kulit pucat.

Makanan-makanan yang patut diambil bagi meningkatkan folate dalam badan adalah:

  • Brokoli
  • Sawi hijau
  • Kubis
  • Kailan
  • Kekacang
  • Pisang
  • Buah sitrus
Sumber: Pexels
#5. Vitamin B12

Nutrien terakhir yang diperlukan semua golongan wanita mempunyai masalah PCOS adalah Vitamin B12.

Jika kandungan zat itu tidak mencukupi, anda berkemungkinan mengalami gangguan insulin, keradangan yang teruk, iritasi, dan tubuh menjadi sangat lemah. Antara makanan tinggi Vitamin B12 adalah:

  • Kerang
  • Sardin
  • Tuna
  • Salmon
  • Telur
  • Sayuran hijau
  • Telur
Sumber: Pexels
View on Threads

Individu Berumur 15 Tahun Juga Berkemungkinan Menghidapi PCOS

Kalau anda nak tahu, masalah PCOS ini kebiasaannya dilalui individu berumur di antara 15-49 tahun.

Menurut Perunding Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan Sunway Medical Centre Velocity (SMCV), Dr Ashley Chung Soo Bee, satu daripada 10 orang dari kumpulan umur tersebut menghidapi PCOS.

Bila Patut Periksa Masalah PCOS Dengan Pakar?

Masalah PCOS ini tidak boleh diubati tetapi simptomnya boleh dirawat. Mungkin ada juga yang tertanya, bilakah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan rawatan doktor.

Memetik Hospital Pantai, beberapa tanda yang menunjukkan tanda-tanda utama PCOS adalah:

  • Kitaran haid tidak teratur kurang daripada enam hingga lapan tempoh haid setahun.
  • Ketidakseimbangan hormon seperti jerawat, pertumbuhan rambut berlebihan, atau pengeluaran hormon androgen yang berlebihan.
  • Kesukaran untuk hamil.

Baca Artikel Berkaitan: “Lambat & Tak Teratur” – Ahli Farmasi Kongsi Matcha Boleh Jadi Penyebab Period Tak Stabil

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haid Anda Tak Menentu Lepas Puasa? Ini Penerangan Doktor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd