Now Reading
Alami Batuk Berpanjangan Hingga 2 Minggu Atau Lebih? Ini Antara Punca Dijelaskan Pakar

Alami Batuk Berpanjangan Hingga 2 Minggu Atau Lebih? Ini Antara Punca Dijelaskan Pakar

Menurut Doktor Pernafasan Dr Nik Nuratiqah, definisi batuk berpanjangan adalah apabila seseorang itu mengalami masalah batuk sehingga lapan minggu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila seseorang dah batuk, memang rasa tak selesa tekak. Kadangkala sekali dah mula tak henti-henti pula sampai rasa nak muntah pun ada.

Selalunya batuk yang biasa akan hilang dengan sendiri dalam masa yang singkat sahaja.

Namun terdapat juga batuk berpanjangan yang berlaku disebabkan oleh masalah tertentu terutamanya pada bahagian paru-paru.

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Yang Batuk” – Dakwaan Anggur Shine Muscat Ada Bahan Kimia Bahaya Secara Berlebihan Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Batuk Boleh Jadi Berbahaya Buat Pesakit Jantung

Baca Artikel Berkaitan: Musim Jerebu Kembali, Amalkan Latihan Pernafasan Untuk Kuatkan Paru-paru

Batuk Berpanjangan Adalah Yang Dialami Sehingga 8 Minggu

Menerusi hantaran di TikTok (@drmalarss), doktor perubatan dan pempengaruh Dr Malar, telah menemu bual Doktor Pernafasan Dr Nik Nuratiqah dari Hospital Columbia Asia.

Dalam temu bual itu, Dr Malar bertanyakan tentang batuk berpanjangan dan berapa lamakah tempoh batuk yang dianggap sebagai panjang.

Menurut Dr Nik, definisi batuk berpanjangan adalah apabila seseorang itu mengalami masalah batuk sehingga lapan minggu, yakni sekitar dua bulan.

Namun katanya, pesakit sudah perlu mula berjaga-jaga apabila batuk telah mencecah lebih dua minggu.

Tambah Dr Nik lagi, batuk boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu batuk berkahak dan batuk kering.

Katanya, batuk berkahak mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman dan selalunya akan hilang dalam masa lima hari sahaja.

Namun bagi batuk berpanjangan, kebiasaannya ia disebabkan oleh kuman yang agresif seperti tuberculosis (TB), dan boleh menyebabkan batuk sehingga berbulan lamanya.

Sumber gambar: Pexels

Paru-Paru Berparut Boleh Sebabkan Batuk Berpanjangan Apabila Sentiasa Dijangkiti Kuman

Mengulas punca batuk yang berpanjangan, Dr Nik berkata batuk lama yang disebabkan oleh jangkitan kuman mungkin terjadi akibat paru-paru yang telah berparut.

Katanya, paru-paru yang berparut akan menyebabkan kuman sentiasa masuk ke dalamnya, satu keadaan yang dikenali sebagai bronchiectasis.

Perkara ini terjadi apabila terdapat kerosakan dan parut pada paru-paru, terutamanya di bahagian saluran pernafasan (bronkus).

Sebagai contoh, penyakit paru-paru interstitial di mana berlakunya keradangan pada organ itu dan membentuk parut (fibrosis) di sekitar alveoli.

Batuk Kering Berlaku Dalam Kalangan Pesakit Asma & COPD

Selain itu, Dr Nik menjelaskan batuk kering berpanjangan yang berserta dengan ‘wheezing’ kebiasaanya adalah disebabkan oleh masalah asma.

Malah, perkara itu juga boleh terjadi ke atas mereka yang merokok atau vape apabila mengalami Penyakit Paru-paru Tersumbat Kronik (COPD).

Apabila mengalami COPD, berlakunya keadaan emphysema iaitu kerosakan alveolus serta bronkiol yang sempit dan tersumbat dengan lendir (mucuous).

Ini menjadikan saluran udara tersumbat, seterusnya menyebabkan seseorang mengalami masalah pernafasan.

Dalam keadaan ini, Dr Nik berkata pesakit perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami batuk terlalu lama.

Di samping itu, sindrom Covid berpanjangan (Long Covid Syndrome) juga boleh menyebabkan batuk yang lama.

Baca Artikel Berkaitan: Kenali Simptom Long Covid & Apa Anda Perlu Lakukan. Jangan Panik!

Sumber gambar: Pexels

Jumpa Semula Doktor Yang Sama Jika Batuk Tak Hilang Selepas Ambil Ubat

Tambah Dr Nik, jika seseorang baru batuk selama tiga hari, doktor akan merawat dengan memberi ubat-ubatan terlebih dahulu.

Namun jika batuk berpanjangan sehingga mencecah dua minggu, pesakit disarankan agar berjumpa dengan doktor yang sama dan meminta untuk menjalani ujian imbasan sinar X dada.

“Bila kita pergi doktor yang berlainan, dia dah tak tahu kita punya simptom sebelum ini. Kadang-kadang kita tak bagitahu yang sebenarnya batuk dah lama.

“Lebih baik sebenarnya kita pergi tempat yang sama supaya boleh monitor. Bila doktor tengok dua minggu dah batuk, dia tahu sepatutnya kena buat X-ray,” jelasnya.

Sumber gambar: Pexels

Imbasan CT Bantu Kenal Pasti Kaviti Atau Mass Dalam Paru-Paru

Menerusi imbasan sinar X, sebarang masalah di dalam paru-paru seperti kaviti, dapat dikenal pasti oleh doktor.

Dr Nik menjelaskan jika terdapat kaviti dalam paru-paru, pemeriksaan lanjut boleh dilakukan menerusi imbasan CT.

Dia menegaskan bahawa satu lagi punca batuk berpanjangan adalah disebabkan oleh kanser paru-paru, terutamanya dalam kalangan perokok dan pengguna vape.

“Kalau ada mass kat dalam paru-paru, benda itu kemungkinan kanser. Kena jalankan pemeriksaan lebih lanjut,” katanya.

Ujian Spirometri Dijalankan Bagi Batuk Kering Atau Asma

Sebaliknya dalam keadaan batuk kering atau asma, ujian spirometri (fungsi paru-paru) perlu dijalankan.

Untuk info, ujian spirometri mengukur jumlah dan kelajuan udara yang boleh dihembus keluar dari paru-paru.

Menerusi ujian ini, doktor dapat mengenal pasti jika terdapat sebarang sekatan atau salur pernafasan menjadi ketat, yang mungkin menunjukkan masalah asma. Oleh itu, doktor akan memberi ubat asma termasuk inhaler.

Selain itu, ujian darah juga boleh dijalankan dalam keadaan paru-paru dijangkiti bakteria bagi menilai tahap darah putih.

“Kalau darah putih tinggi, bermakna memang ada jangkitan kuman dan antibiotik perlu pada waktu itu,” katanya.

Sumber gambar: Pexels

Bronchiectasis & Penyakit Paru-Paru Interstitial Didiagnosis Oleh Doktor Pakar

Dalam pada itu, Dr Malar bertanyakan punca-punca batuk berpanjangan yang biasanya terlepas pandang oleh doktor biasa dan hanya berjaya dikesan oleh Doktor Pernafasan seperti Dr Nik.

Kata Dr Nik, masalah paru-paru berparut (bronchiectasis) biasanya akan didiagnosis oleh pakar setelah imbasan CT dijalankan. Sebaliknya imbasan sinar X tidak dapat menunjukkan masalah ini dengan jelas.

“Bila berparut maknanya dah banyak kali dia kena jangkitan. Lama-lama jadi parut dekat situ. Makin lama, makin berat dan makin batuk,” jelasnya.

Penyakit paru-paru interstitial juga hanya boleh didiagnosis oleh pakar. Dr Nik berkata kebiasaannya penyakit ini terjadi disebabkan oleh sistem imun auto seperti yang berlaku pada pesakit SLE dan rheumatoid arthritis.

Sebaliknya keadaan seperti asma dan jangkitan kuman biasa boleh dikenal pasti oleh doktor di klinik harian menerusi imbasan sinar X.

Jumpa Doktor Segera Jika Batuk Lebih 2 Minggu

Secara ringkasnya, Dr Nik telah menjelaskan beberapa punca yang boleh menyebabkan batuk berpanjangan iaitu:

  • Jangkitan kuman
  • Paru-paru berpatu
  • Long Covid Syndrome
  • Asma
  • COPD
  • Kanser paru-paru

Dalam pada itu, Dr Malar memberi peringatan kepada orang ramai bahawa batuk berpanjangan bukanlah sesuatu yang normal.

Dalam keadaan batuk sudah melebihi dua hingga lapan minggu, pesakit perlu berjumpa doktor pakar dengan segera.

@drmalarss "Saya dah lama batuk Doc 😮‍💨" Bila kita tanya dah berapa lama batuk? 👩‍⚕️ Ada yang kata 3 hari, ada yang kata 3 minggu… 3 bulan pun ada 😱 Jadi kalau uoll pernah atau sedang mengalami batuk yang lama, uoll kena dengar sampai habis penjelasan doktor pakar berkenaan dengan Batuk Berpanjangan. 🤩 Jangan lupa like dan share! ☺️✨ #celotehdrmalar #fyp #viral #columbiaasiahospitalcheras #batuk ♬ original sound – CelotehDrMalar

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Musim Batuk Kembali! Ini Nasihat Pakar Paediatrik Buat Ibu Bapa & Cara Pencegahannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 9 Petua Yang Berkesan Untuk Hilangkan Batuk & Sakit Tekak

Baca Artikel Berkaitan: “I Terus Halau Dia” – Dr Malar Suruh Staf Balik Sebab Hidap Selesema


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd