Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital? Ini Panduan Buat Anda
Menurut Hospital Tunku Jaafar (HTJ) Seremban, separuh daripada pengunjung harian jabatan kecemasan tersebut adalah kurang kritikal dan tidak memerlukan rawatan di sana.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mungkin anda pernah dengar bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma di mana-mana hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibanjiri dengan pengunjung yang ramai.
Fungsi utama unit yang beroperasi sepanjang 24 jam itu adalah untuk memberi rawatan segera kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal atau berpotensi menjadi kritikal.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang belum cakna tentang peranan sebenar jabatan berkenaan.
Hal ini menyebabkan ramai pesakit mengunjungi unit tersebut setiap kali mempunyai masalah atau mengalami kecederaan ringan yang sepatutnya boleh dirawat di klinik biasa.
Baca Artikel Berkaitan: “Seorang Doktor, 75 Pesakit” – Notis Di Hospital Sungai Buloh Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: KJRI Cadang Jururawat Indonesia Berkhidmat Di Malaysia, Atasi Masalah Tenaga Kerja
Kes Yang Tidak Perlu Dirujuk Di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital
Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Ina telah berkongsi beberapa foto papan tanda mengenai kes di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.
Untuk info, pada setiap hari separuh daripada pengunjung HTJ di unit kecemasan tersebut tidak sepatutnya berada di situ. Dalam erti kata mudah, tidak kritikal.

Sumber: Malay Mail
“Berilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan kecemasan,” dalam satu kenyataan terpapar pada papan tanda itu.
Berikut adalah kes-kes yang tidak memerlukan anda mengunjungi Jabatan Kecemasan dan Trauma.
- Bisul
- Batuk dan selsema
- Sakit-sakit badan
- Sakit kepala yang biasa
- Mata merah yang tidak berkait dengan kecederaan atau terkena bahan kimia
- Ruam kulit yang biasa atau kronik
- Sakit perut yang tidak teruk atau gastrik
- Demam biasa
- Muntah
- Luka kecil dan kesan lebam
- Gigitan serangga atau dari haiwan yang tidak serius
- Pendarahan hidung yang tidak serius
- Penyakit berjangkit seperti campak, beguk dan cacar air
- Cucian luka harian
- Najis berdarah sekali-sekala
- Sakit ketika buang air kecil
- Rawatan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi
- Pemeriksaan perubatan atau kesihatan
- Terlepas temu janji klinik pakar
- Rujukan daripada doktor swasta untuk penyakit yang tidak kritikal
- Ambil cuti sakit (MC)

Bila Perlu Terus Ke Jabatan Kecemasan & Trauma?
Di bawah ini pula kami kongsikan kes-kes yang memerlukan anda bergegas ke unit kecemasan dengan kadar segera. Perlu diingatkan bahawa jabatan tersebut adalah untuk tujuan kecemasan sahaja.
- Strok atau angin ahmar
- Pengsan
- Keracunan
- Serangan jantung
- Sawan
- Pendarahan tidak henti
- Tidak sedarkan diri atau koma
- Dehidrasi yang serius
- Sakit dada secara berterusan
- Kesukaran untuk bernafas
- Tulang badan patah
- Melecur atau kecederaan disebabkan kebakaran
- Kecederaan serius akibat kemalangan atau terjatuh
- Sakit bahagian abdomen
- Pendarahan ketika hamil
- Kecederaan kepala yang menyebabkan muntah atau pendarahan di bahagian hidung, telinga dan mulut

View on Threads
Keutamaan Pesakit Diberikan Berlandaskan Tahap Kecemasan
Sekiranya terlibat dalam kes selain yang dinyatakan, anda diminta untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pesakit Luar (Outpatient) yang berdekatan.
Untuk info, ubat-ubatan yang terdapat di Jabatan Kecemasan bagi kes bukan kecemasan adalah sama dengan yang berada di Klinik Kesihatan (KK). Oleh itu, jangan susahkan diri menunggu dalam tempoh yang lama, dan terus ke KK untuk urusan mengambil ubat.
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dalam satu hantaran sebelum ini turut mengingatkan bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma bukan berlandaskan ‘siapa datang dulu’ atau giliran, tetapi keutamaan diberikan berdasarkan tahap kecemasan pesakit.
Wanita Bergegas Ke Unit Kecemasan Hospital Ketika Alami Tanda Serangan Jantung
Contoh situasi sebenar yang pernah berlaku sebelum ini adalah apabila seorang wanita dikenali sebagai Alya bergegas ke Jabatan Kecemasan dan Trauma sebuah hospital selepas mengalami tanda serangan jantung iaitu sakit pada bahagian dada.
Dalam video itu, kelihatan Alya sedang memandu untuk ke hopsital sambil diiringi Unit Kereta Peronda (MPV) polis. Difahamkan, wanita itu telah meminta bantuan polis untuk membuka laluannya bagi mendapatkan rawatan dengan pantas.
Menurut pesakit itu, anggota PDRM pada awalnya telah menawar untuk menghantarnya ke hospital tetapi Alya menolaknya kerana beranggapan dia mampu memandu secara bersendirian.
“Terima kasih kepada anggota polis bernama Deshan dan rakan kerana membantu mengiringi saya ke hospital secepat yang mungkin. Allah SWT hadirkan mereka di saat saya sangat memerlukan bantuan,” ujar Alya.
Baca Artikel Berkaitan: “Allah Beri Peluang Bernafas” – Wanita Syukur Ada Polis Bantu Escort Ke Hospital Ketika Kena Serangan Jantung
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



