Krisis Kesihatan Malaysia: Separuh Populasi Rakyat Alami Masalah Berat Badan Berlebihan
Untuk info, kadar obesiti atau berat badan berlebihan di negara ini menunjukkan peratusan membimbangkan iaitu dari 44.5% (2011) kepada 54.4% pada tahun 2023.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, rakyat Malaysia terdedah dengan pelbagai makanan viral yang boleh membuatkan anda rambang mata. Tidak kira siang atau malam, pasti ada sahaja snek manis atau mengiurkan yang anda boleh dapati terutamanya di kawasan bandar.
Bagaimanapun, segelintir individu tidak mengawal pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan garam dan gula itu sehinggakan ia menjejaskan kesihatan.
Seperti sebelum ini, Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran menggesa orang ramai terutamanya para peniaga untuk menghentikan trend menu berasaskan keju yang melimpah.
‘Cheese leleh’ ini dikatakan perangkap yang boleh mengundang penyakit kronik.
Baca Artikel Berkaitan: PHM Gesa Hentikan Trend Makan ‘Cheese Leleh’, Perangkap Yang Boleh Jejaskan Kesihatan
Kadar Obesiti & Berat Badan Berlebihan Di Malaysia Melonjak Lebih 50%
Selari dengan perkara tersebut, Malaysia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin membimbangkan yang mana seorang daripada dua orang dewasa kini mengalami berat badan berlebihan atau obesiti dengan peratusannya melonjak daripada 44.5% pada 2011 kepada 54.4% pada 2023.
Keadaan ini jadi lebih serius apabila ia dilalui oleh kumpulan tertentu sebagai contoh, kaum India mencatat kadar obesiti tertinggi iaitu 63.9%, diikuti wanita pada 54.7%, dan mereka yang berumur 50-59 tahun sebanyak 60.9%.

Bagaimanapun, isu ini bukan sekadar tentang angka berat badan semata-mata.
Data kesihatan terbaharu menunjukkan rakyat Malaysia kini semakin menjalani gaya hidup kurang aktif iaitu sebanyak seorang dari tiga orang dewasa tidak melakukan aktiviti fizikal sama sekali.
Baca Artikel Berkaitan: “Jadikan Senaman Sebagai Tabiat, Bukan Alasan” – Pakar Pemakanan LAC Malaysia
Dalam masa sama, 84% daripadanya tidak melibatkan diri dalam sebarang jenis sukan atau berjalan kaki serta menggunakan basikal sebagai pengangkutan harian.
Rakyat Malaysia Tak Ambil Makanan Berkhasiat Mencukupi
Kalau anda nak tahu cara pemakanan individu menyumbang kepada masalah berat badan melampau ini.
Kajian mendapati 95.1% rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya pada setiap hari dengan purata hanya dua hidangan berbanding lima hidangan yang disarankan.

Sementara itu, seorang daripada lima orang dewasa pula tidak minum air kosong dalam kuantiti sepatutnya.
Kesemua statisktik kesihatan warga Malaysia yang membimbangkan ini dibentangkan di Universiti Monash dalam satu majlis bersempena dengan kerjasama penyelidikan baharu.
Menyedari krisis kesihatan ini, syarikat nutrisi Amway Malaysia bekerjasama bersama Universiti Monash bagi menjalankan projek penyelidikan selama tiga tahun, memfokuskan kepada kesihatan usus dan kaitannya dengan penyakit kronik.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Langkah Untuk Pastikan Kesihatan Usus Anda Terjamin
Usaha sama ini turut disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dalam mengkaji bagaimana nutirisi tertentu termasuk protein tumbuhan, serat probiotik, dan postbiotik untuk membantu perkara berikut:
- Meningkatkan fungsi penghadaman
- Mengurangkan keradangan
- Menguatkan sistem imun
Kerjasama Penyelidikan Melalui Inovasi Dijalankan Bagi Tangani Krisis Kesihatan
Pengurus Besar Amway Malaysia & Brunei, Jason Leng turut menekankan betapa pentingnya menangani cabaran kesihatan di Malaysia melalui inovasi berasaskan sains.
“Kita berada di sini hari ini kerana penyakit tidak berjangkit (NCD) masih menjadi antara cabaran kesihatan paling kritikal di Malaysia. Kesnya meningkat pada kadar yang membimbangkan, memerlukan bukan sahaja perubahan gaya hidup, tetapi juga pemahaman saintifik lebih mendalam dan langkah intervensi yang lebih kukuh,” jelas beliau.
Beliau menekankan bahawa kesihatan usus kini telah berkembang daripada sekadar minat khusus kepada satu bidang kajian yang kritikal, dan diiktiraf sebagai kaedah bagi mengurus masalah keradangan, imuniti, fungsi metabolik, malah kesejahteraan emosi.

Dengan menggabungkan kepakaran saintifik Universiti Monash dan pelaburan berterusan Amway dalam bidang nutrisi serta inovasi, ia membina asas kepada penyelidikan yang mampu memberi impak dengan tumpuan khusus kepada mikrobiom usus dan profil kesihatan rakyat Malaysia.
Leng turut berkongsi bahawa Amway Malaysia telah melalui transformasi besar ketika syarikat itu menghampiri ulang tahun ke-50 pada tahun hadapan.
Kenapa Kesihatan Usus Penting?
Para saintis kini cakna bahawa kesihatan usus bukan sekadar melibatkan penghadaman tetapi juga mempengaruhi imuniti, metabolisme serta kesejahteraan mental.
Penyelidikan dijalankan oleh Amway Malaysia dan Universiti Monash ini akan menggunakan model makmal berteknologi tinggi untuk mengkaji bagaimana gabungan makanan tertentu mampu memperbaiki dan mengekalkan lapisan pelindung usus yang sihat.

Untuk info, Dr Chong Chun Wei dan Dr Lim Wei Meng dari universiti terbabit akan mengetuai kajian terbabit dengan meneliti bagaimanana nutrisi yang disasarkan dapat membantu mencegah serta mengurus gaya hidup tidak sihat.
Dalam pada itu, usaha mencari strategi pencegahan kini menjadi semakin mendesak memandangkan penyakit tidak berjangkit (NCD) menelan kos sebanyak RM64.2 bilion pada tahun 2021 sahaja termasuk RM12.4 bilion untuk kos rawatan kesihatan.
Penyelidikan ini bertujuan membangunkan strategi pemakanan yang dapat membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan lebih sihat.
Ia sekaligus berpotensi memperbetulkan corak kesihatan kurang baik yang muncul sejak sedekad lalu.
Epal Mengandungi Pektin Yang Bagus Untuk Usus
Terdahulu, seorang pakar perubatan dikenali sebagai Dr Karan Raj menjelaskan bahawa epal mentah tidak dimasak mengandungi bahan pektin iaitu serat boleh larut yang bagus untuk usus.
Dr Karan berkata, memandangkan serat di dalam menu stew epal telah separa terurai, ia menjadi lebih mudah untuk dihadam. Perkara ini dapat mengurangkan masalah kembung perut dan angin terutamanya buat mereka yang menghidap sindrom usus rengsa (IBS) atau mempunyai usus sensitif.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Jelaskan Bagaimana Stew Epal Dapat Bantu Kesihatan Usus
Selain stew epal, anda juga boleh mengambil probiotik seperti berikut untuk kesihatan usus anda. Antaranya:
- Tempe
- Tapai Ubi
- Tempoyak
- Acar Timun
- Budu
- Yogurt
- Kombucha
- Miso
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.