Now Reading
“Lambat & Tak Teratur” – Ahli Farmasi Kongsi Matcha Boleh Jadi Penyebab Period Tak Stabil

“Lambat & Tak Teratur” – Ahli Farmasi Kongsi Matcha Boleh Jadi Penyebab Period Tak Stabil

Ahli farmasi dikenali sebagai Syah itu berkata ramai anak muda kini yang mengambil minuman matcha untuk meningkatkan tenaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, golongan wanita mempunyai tempoh tertentu di mana mereka akan datang darah haid pada setiap bulan. Namun setiap individu melaluinya dengan cara yang berbeza.

Ada yang normal, dan ada juga sebaliknya. Jangan pelik kalau anda dengar segelintir kaum Hawa yang tidak keluar darah haid hampir setahun. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor sebagai contoh tahap kesihatan diri atau jenis pengambilan makanan.

Pada masa kini, golongan masyarakat lebih terdedah dengan makanan berproses yang mampu memudaratkan kitaran haid itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Period 2 Hari Normal Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Obesiti Dialami Para Wanita Boleh Jadi Punca Hormon Terganggu

Kenapa Matcha Boleh Ganggu Kitaran Haid Wanita?

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang ahli farmasi dikenali sebagai Syah (@syahfarmasi) berkongsi tentang punca lain yang boleh menyebabkan tempoh datang bulan bagi golongan wanita tidak teratur.

Jelas Syah, minuman matcha yang semakin popular di kalangan anak muda kini juga mampu membawa kemudaratan sehingga menyebabkan period menjadi tidak stabil.

Menurut ahli farmasi itu, ramai yang mengambil minuman berasaskan teh hijau tersebut untuk meningkatkan tenaga dan mendapatkan kulit yang cantik.

Tetapi ia mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid sekiranya pengambilannya tidak terkawal.

Sumber: Pexels

Hal ini kerana ia terdiri dengan jumlah kafein yang tinggi. Menurutnya, secawan matcha bersamaan dengan lebih kurang 70 miligram (mg) kafein.

“Kalau diambil berlebihan, ia boleh mengganggu hormon progestron dan estrogen,” tambah Syah.

Beberapa Kesan Negatif Pengambilan Matcha Yang Melampau

Antara kesan buruk pengambilan kafein yang melampau dari minuman matcha ini adalah:

  • Period datang lambat atau tidak teratur.
  • Senggugut semakin teruk.
  • Perubahan emosi secara mendadak.
  • Emosi sebelum tempoh datang bulan tidak stabil.
Sumber: Freepik

Memetik Hello Doktor, kafein dipercayai menyumbang kepada kesakitan dan kekejangan haid kerana ia boleh bertindak sebagai pemvasocerut (vasoconstrictor) iaitu mengehadkan aliran darah yang boleh mengakibatkan kesakitan.

Tetapi kesannya adalah sementara dan tidak lazim bagi pengguna kafein biasa.

Namun begitu, Syah berkata pengambilan minum matcha itu bukanlah satu kesalahan tetapi orang ramai perlu lebih mengawal semasa meneguk minuman berkenaan.

@syahfarmasi Matcha buat period tak stabil ? Betul ka? Aduhh habislah lepasni tak boleh lepak minum matcha dah 😭 #matcha #matchastrawberry#matchaataukopi #KesihatanDalaman #kesihatan #wanita ♬ BIRDS OF A FEATHER – Billie Eilish

Tonton video penuh [DI SINI].

“Sekiranya period tak teratur dan kerap jadi macam tu, cuba hentikan dulu minum matcha seminggu atau dua minggu dan tengok perubahan pada diri sendiri,” jelas Syah di akhir perkongsian.

Perlu diingatkan juga bahawa matcha ini bukan sahaja dalam bentuk minuman, tetapi juga di dalam manisan seperti kek matcha, tart keju matcha dan banyak lagi.

Sumber: Dessert for Two/Uncle Tetsu NZ

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Matcha Ada Bahan Yang Boleh Elak Penyerapan Zat Besi?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd