Betul Ke Matcha Ada Bahan Yang Boleh Elak Penyerapan Zat Besi?
Jarakkan pengambilan matcha dengan waktu makan agar kadar penyerapan zat besi oleh tubuh badan kurang terkesan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Matcha kini menjadi sebahagian daripada lifestyle bagi orang ramai, terutamanya dalam kalangan Gen Z.
Minuman ini dikatakan mempunyai kandungan kafein yang lebih rendah berbanding kopi, menjadikan ia sebagai alternatif yang lebih bersesuaian.
Pun begitu, matcha boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan dan dengan cara yang salah.
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Pakai Susu Unta Ke?” – Lelaki Kagum Dengan Rasa Matcha Latte Di Mekah
Baca Artikel Berkaitan: Tak Suka Kopi? Jom Cuba 5 Minuman Matcha Jenama Lokal Sekitar Lembah Klang
Matcha Boleh Halang Penyerapan Zat Besi Oleh Badan
Berdasarkan perkongsian di Instagram oleh satu jenama matcha di Indonesia, Heed Matcha, minuman itu sebenarnya boleh menghalang badan daripada mendapatkan kadar zat besi yang mencukupinya.
Ini kerana matcha mengandungi kompaun tanin dan EGCC yang akan terikat pada zat besi dalam sistem pencernaan, menjadikan kompleks itu tidak dapat diserap oleh tubuh badan.
Memetik kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, penyerapan zat besi berasaskan tumbuh-tumbuhan (non heme) berkurang antara 60% hingga 90% jika diambil bersama teh.

Wanita Lebih Banyak Alami Anemia Akibat Kurang Zat Besi
Wanita memerlukan pengambilan zat besi harian yang lebih tinggi berbanding lelaki. Tetapi boleh dikatakan kaum hawalah yang lebih gemar minum matcha!
Secara umum, wanita memerlukan 18mg zat besi sehari, berbanding hanya 8mg bagi lelaki. Kadar ini adalah lebih tinggi bagi wanita hamil iaitu 27mg zat besi sehari.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Centers for Disease Control and Prevention mendapati hampir 1 per 4 remaja dan dewasa wanita berusia 12 ke 21 tahun kekurangan zat besi dalam badan.
Di wilayah negara Kenya yang banyak meminum teh, 86% wanita menunjukkan tanda-tanda anemia, dengan hampir separuh daripada mereka mengalami kekurangan zat besi.
Dalam kes tertentu, wanita mengalami anemia hanya tiga bulan selepas meminum teh hijau setiap hari.
Untuk info, anemia adalah masalah kekurangan sel darah merah sihat yang seterusnya mengurangkan kadar oksigen yang dibawa ke organ-organ dalam badan. Ia boleh menyebabkan simptom-simptom seperti:
- Penat yang melampau.
- Kabut otak (brain fog).
- Imuniti yang lemah.
- Rambut gugur.
- Sindrom kaki resah (restless leg).
- Mengganggu tumbesaran janin dalam wanita hamil.

Baca Artikel Berkaitan: Badan Kerap Rasa Penat & Lesu Tanda Anda Alami Anemia, Jangan Ambil Mudah!
Pengambilan Teh Dengan Makanan Sebabkan Kurang Zat Besi Diserap Badan
Walaupun matcha mengandungi bahan yang dapat menghalang penyerapan zat besi, ini tidak bermakna minuman itu perlu dielakkan sama sekali.
Sebaliknya, ia bergantung pada bila seseorang mengambil makanan lain selepas atau sebelum minum matcha.
Kajian mendapati penyerapan zat besi dalam individu yang minum teh ketika makan berkurang sehingga 3.6%.
Namun jika mereka minum teh satu jam setelah makan, penyerapan zat besi adalah sebanyak 5.7% iaitu menghampiri kadar normal.
Oleh yang demikian, orang ramai dicadangkan agar mengambil matcha, teh lain atau mana-mana minuman berkafein satu hingga dua jam setelah makan.
Selain itu, makan daging haiwan dengan lebih banyak untuk meningkatkan pengambilan zat besi.
Tambah Heed Matcha, kualiti matcha juga memainkan peranan. Gred tertinggi matcha atau ‘ceremonial grade’ mengandungi lebih banyak L-theanine yang dapat mengawal ikatan dengan zat besi. Manakala teh berkualiti rendah selalunya memiliki tanin yang lebih agresif.

Ambil Vitamin C Untuk Tingkatkan Penyerapan Zat Besi
Di samping itu, pengambilan vitamin C juga dapat membantu dalam meningkatkan kadar penyerapan zat besi sehingga empat kali ganda.
Pengambilan vitamin C dengan makanan yang tinggi kandungan zat besi yang dijarakkan dengan masa minum matcha dapat mengekalkan zat besi pada kadar normal.
Perkara ini berfungsi apabila vitamin C mengubah zat besi kepada bentuk yang lebih mudah diserap oleh tubuh badan

Bukan Semua Orang Sesuai Minum Matcha Dengan Banyak
Minuman matcha sudah menjadi seolah satu ‘ritual’ buat sesetengah individu. Namun golongan tertentu perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan teh agar tidak mengalami masalah kekurangan zat besi.
Bagi wanita hamil, cuba kurangkan pengambilan matcha kepada hanya satu cawan sehari. Jarakkan pengambilan matcha dengan makanan lain agar badan dapat menyerap zat besi secukupnya.
Individu yang tidak makan daging haiwan (vegetarian atau vegan) juga perlu berhati-hati. Memandangkan mereka hanya mengambil sayur-sayuran dan kekacang, zat besi yang diterima oleh tubuh badan adalah dalam bentuk non-heme.
Bukan itu sahaja, mereka yang aktif secara fizikal seperti atlet lebih banyak kehilangan zat besi menerusi peluh dan aktiviti berimpak tinggi. Oleh itu, jangan ambil mudah tentang pengambilan matcha pada masa yang betul.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Yang Geli, Tapi Hati Lembu Sebenarnya Banyak Khasiat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



