Betul Ke Stimming Hanya Berlaku Dalam Individu Autistik?
Antara contoh stimming adalah menggigit kuku, bermain dengan rambut dan menjengketkan kerusi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Autisme atau Gangguan Spektrum Autisme (ASD) merupakan salah satu daripada gangguan perkembangan neuro yang sering berlaku ke atas individu.
Masalah ini biasanya boleh dikenal pasti menerusi diagnosis ke atas interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku yang berbeza berbanding individu bukan autistik.
Salah satu ciri-ciri yang kebiasaannya ada pada mereka yang mempunyai autisme ialah stimming, iaitu tingkah laku rangsangan diri yang melibatkan pergerakan, bunyi atau aksi berulangan.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Ciri-Ciri Autisme Pada Orang Dewasa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Dia Cuma Tak Matang” – Lelaki Autisme Miliki PHD Terangkan Tentang Fiqh Autism Raih Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja
Stimming Bukan Hanya Dilakukan Oleh Individu Austistik
Mungkin ramai yang menganggap stimming hanya dilakukan oleh individu autistik, namun berdasarkan perkongsian oleh Pusat Terapi Nurani Insan, ia sebenarnya pernah dilakukan oleh semua orang.
Menurut Healthline, stimming selalunya tidak menimbulkan masalah. Namun ia menjadi satu isu jika mengganggu pembelajaran, menyebabkan pengecualian sosial atau membahayakan.
Antara contoh stimming yang selalu dilakukan adalah:
- Mengunyah objek selain makanan.
- Berpusing-pusing.
- Menggigit kuku.
- Bermain dengan rambut.
- Pergerakan tangan (Finger flicking/ hand flapping).
- Bercakap benda sama berulang kali.
- Menghidu bau.
- Menggoyang kaki.
- Menghayun badan.
- Menjengketkan kerusi.
Lain-lain tingkah laku berulangan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal termasuk:
- Menghentak kepala.
- Menumbuk atau menggigit.
- Menggosok atau menggaru kulit secara berlebihan.
- Mengopek kuping luka.
- Menelan barang yang membahayakan.

Stimming Akibat Autisme Lebih Kerap & Ekstrem
Pun begitu, stimming yang dilakukan oleh individu normal adalah berbeza berbanding individu dengan autisme.
Mereka melakukannya dengan lebih kerap disebabkan oleh sensori berlebihan (sensory overload) dan sukar untuk berhenti.
Di samping itu, individu autistik juga berbuat demikian tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling seperti menjerit di tengah orang ramai atau stimming walaupun dalam keadaan yang membahayakan.
Malah stimming yang dilakukan adalah lebih ekstrem, sebagai contoh mengunyah baju sehingga koyak dan menghantukkan kepala dengan kuat.
Stimming Berfungsi Sebagai Cara Mengawal Diri
Semua orang pasti tahu mengenai stimming, tapi sebenarnya apakah fungsi tingkah laku ini?
Menurut Pusat Terapi Nurani Insan, stimming merupakan salah satu cara untuk mengawal diri (self-regulate) apabila berlakunya rangsangan dan tekanan emosi berlebihan sama ada gembira, sedih, marah, takut, malu, gementar mahupun bosan.
Tambah Healthline, tidak mudah untuk mengenal pasti sebab seorang autistik melakukan stimming dan mungkin disebabkan untuk:
- Merangsang deria atau mengurangkan sensori berlebihan.
- Menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu.
- Mengurangkan kegelisahan dan menenangkan diri.
- Menunjukkan kekecewaan, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai bermasalah untuk berkomunikasi secara efektif.
- Mengelakkan aktiviti atau jangkaan tertentu.
Jika tingkah laku stimming sebelum ini berjaya mendapatkan perhatian yang diinginkan, ia mungkin menjadi salah satu cara untuk terus mencapai matlamat itu.
Dalam sesetengah kes, stimming dilakukan sebagai usaha untuk mengurangkan rasa sakit atau ketidakselesaan lain.
Penting juga untuk kenal pasti jika apa yang dianggap sebagai stimming itu sebenarnya berlaku secara tidak sengaja disebabkan oleh keadaan perubatan, seperti sawan.

Tidak Sepatutnya Dilarang Sepenuhnya, Stimming Boleh Bantu Individu Autistik Lebih Tenang
Jadi tingkah laku stimming ini sepatutnya perlu dihentikan atau tidak? Berdasarkan beberapa kertas kajian, individu autistik yang dibiarkan stimming adalah lebih fokus, tenang dan produktif.
Ini bermakna, orang ramai tidak patut meminta individu autistik berhenti stimming sepenuhnya. Sebaliknya, hanya hentikan jika kaedah stimming tersebut menyebabkan mudarat atau kecederaan.
Stimming juga boleh dibantu agar dilakukan dengan cara yang lebih selamat, sebagai contoh menggunakan chew tags untuk menggigit, mencubit permainan squishy dan mengopek gam kering.
“Bagi mereka sokongan, bukan paksa mereka perkelakuan ‘normal’ sebab ini adalah identiti mereka,” kata Pusat Terapi Nurani Insan.
Dalam masa sama, dapatkan bantuan pakar autism atau tingkah laku untuk mengenal pasti sebab stimming dilakukan.
Antara saranan yang mungkin diberi untuk mengawal tingkah laku tersebut adalah:
- Menghilang atau mengurangkan pencetus dan mengurangkan stres.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat dan tenang.
- Mengikut rutin bagi tugasan harian.
- Galakkan tingkah laku yang boleh diterima dan kawalan diri.
- Elakkan menghukum tingkah laku tersebut tanpa menerangkan sebabnya, kerana ia mungkin digantikan dengan stimming lain.
- Ajar tingkah laku alternatif untuk membantu memenuhi keperluan yang sama.
- Masuk campur ketika tempoh yang tidak selamat.
- Mengetahui bila untuk tidak memberi respon.
- Menasihati ahli keluarga lain tentang bagaimana mereka boleh membantu.
- Memberi idea aktiviti alternatif yang dapat memenuhi keperluan sama.
- Berkerjasama dengan terapi pekerjaan, pendidik dan sistem pendidikan.
- Mendapatkan bantuan perubatan apabila diperlukan.
Baca Artikel Berkaitan: Jangkitan Kuman Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Anak Hidap Autisme – Pakar
Baca Artikel Berkaitan: Emirates Jadi Airline Pertama Di Dunia Yang Mesra Autisme
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2025: Kanak-Kanak Autistik Fokus Kerajaan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.