Now Reading
Doktor Kongsi Sebab Tangan Penuh Lebam Selepas Terima Suntikan

Doktor Kongsi Sebab Tangan Penuh Lebam Selepas Terima Suntikan

Sebelum ini, seorang pesakit mendakwa petugas hospital telah memberi suntikan terhadapnya beberapa kali sehingga lengan tangan dipenuhi kesan lebam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Harus diakui ramai dari kita tidak suka ke hospital. Antara perkara yang digeruni sesetengah individu adalah jarum halus yang dicucuk pada anggota badan untuk tujuan perubatan.

Bukan sahaja menyakitkan tetapi ia boleh meninggalkan kesan lebam dalam tempoh beberapa hari.

Pun begitu, masih ramai yang beranggapan bahawa kesan lebam itu merupakan 100% kesilapan dilakukan petugas klinik atau hospital sepenuhnya.

Wanita Nak Saman Petugas Hospital Kerana Kesam Lebam Suntikan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pesakit mengadu tentang lengan tangannya yang dipenuhi kesan lebam selepas mendakwa dirinya disuntik beberapa kali oleh petugas hospital.

Wanita itu kemudiannya bertanya kepada orang ramai sama ada dia boleh membuat aduan dan saman pihak terlibat akibat kesan lebam tersebut.

Namun menerusi semakan kami, pesakit berkenaan telah pun memadam hantaran itu di akaun Threads miliknya.

Punca Anggota Badan Lebam Teruk Selepas Terima Suntikan

Perkongsian itu dalam masa sama mendapat perhatian ramai termasuklah seorang pakar perubatan dikenali sebagai Dr Azue Hamdan. Menurut Azue, ramai yang akan berasa seriau melihat tangan dipenuhi lebam (Hematoma) lebih-lebih lagi selepas menerima suntikan.

Namun begitu, ia bukanlah tiket untuk anda sesuka hati mengambil tindakan saman terhadap jururawat atau doktor yang bertugas.

Jelasnya, kesan lebam itu boleh terjadi disebabkan beberapa faktor.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Back in Action Physiotherapy

“Bayangkan salur darah kita ni macam paip air. Bila jarum cucuk, ia tebuk satu lubang kecik kat paip tu. Badan kita ni bijak, dia terus hantar pasukan pertama untuk tutup lubang tu sementara. Pasukan ni dipanggil Platelet.

“Selepas team Platelet buat sekatan sementara, datang pula ‘jurubina’ (clotting factors) untuk membina ‘simen konkrit’ (fibrin) yang lebih kukuh. Gabungan kerja berpasukan inilah yang kita panggil proses pembekuan darah,” jelas beliau.

Terdapat juga punca-punca lain yang menyebabkan kesan lebam bertambah besar dan teruk. Antaranya:

#1. Keadaan Salur Darah Atau Kondisi Badan Pesakit

Menurut Azue, salur darah setiap individu adalah berbeza. Ada yang tebal dan ada juga yang sedikit nipis. Kebiasaannya salur darah nipis ini terdiri daripada golongan warga emas.

Selain itu, pengambilan ubat cair darah seperti Aspirin dan Warfarin juga merupakan faktor utama mengapa darah anda lambat membeku. Oleh disebabkan itu, Platelet mengambil masa untuk membekukan darah tersebut.

Seterusnya apabila seseorang itu mempunyai penyakit yang mengganggu fungsi Platelet atau faktor pembekuan darah.

Sumber: Tirta Medical Centre
#2. Cara Penjagaan Selepas Terima Suntikan

Jika anda perasan, pasti jururawat atau doktor akan meminta untuk menekap bahagian badan yang disuntik menggunakan kapas selama beberapa minit. Namun ramai yang mengabaikan langkah tersebut.

“Salah (kalau) tak tekan, terus lipat siku. Ini akan bagi tekanan dan buat (hasilkan) lubang pada salur darah hingga menyebabkannya susah nak tertutup rapat.

“Betul (yang sepatutnya) tekan dengan kapas atau kain kasa betul-betul di tempat cucuk. Tekan lurus, jangan bengkokkan lengan. Tahan tekanan tu 3-5 minit (atau lebih lama jika anda ambil ubat cair darah). Bagi masa untuk team Platelet comel kita buat kerja!” ujar Azue.

Sumber: Pexels

Apa Perlu Buat Jika Tangan Semakin Bengkak Lepas Suntikan?

Buat mereka yang berdepan dengan isu tersebut, usah risau kerana ia tidak berbahaya. Bagi membantu proses pemulihan, ini apa yang anda perlu lakukan:

  • Tuam pek ais semasa 24-48 jam pertama untuk mengurangkan pendarahan dan bengkak.
  • Bagi membantu badan serap balik darah yang terkumpul, anda perlu tuam pek panas selepas tempoh 48 jam. Mengangkat tangan lebih tinggi dari paras jantung juga boleh membantu.
Sumber: Freepik

“Lebam besar memang nampak menakutkan, tapi ia tak semestinya bermakna ada kecuaian. Banyak faktor dari badan kita sendiri yang memainkan peranan. Kalau anda ada lebam besar, sakit melampau, rasa kebas atau sejuk pada tangan, sila rujuk kembali kepada doktor atau jururawat yang merawat anda,” nasihat Azue di akhir perkongsian.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Siapa Yang Sebenarnya Perlukan Suntikan Epidural Ketika Bersalin?

Baca Artikel Berkaitan: Disoal Mengenai Suntikan Typhoid, Respon Peniaga Kedai Viral Bikin Ramai Geram

Baca Artikel Berkaitan: KKM Saran Suntikan Booster Ketiga Susulan Kes Covid-19 Meningkat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd