Ibu Jari Kaki Kelihatan Pelik? Mungkin Salah Satu Simptom Bunion
Bunion merupakan masalah yang berlaku pada sendi metatarsofalangeal (MTP) di ibu jari kaki, yang menyebabkan kedudukannya lari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pernah tak anda berasa sakit pada bahagian tapak kaki atau ibu jari kaki sewaktu berjalan atau melakukan aktiviti yang perlu bergerak? Kadangkala, tak buat apa-apa pun ada rasa sakit tu!
Bila perhatikan bahagian yang sakit dengan teliti, mungkin bentuk ibu jari kaki nampak macam sedikit pelik dan terjojol (tersembul) keluar.
Sebenarnya, perkara ini mungkin disebabkan oleh kedudukan ibu jari kaki yang lari daripada penjajaran asal iaitu simptom bunion.
Menurut pakar, sekurang-kurangnya satu per tiga daripada rakyat Amerika Syarikat mengalami bunion, menjadikan ia simptom yang biasa berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Are There Any Benefits Of Walking Barefoot All The Time? Here’s Why It Might Hurt Your Feet More Instead
Benjolan & Kematu Pada Kulit Kaki Antara Simptom Masalah Bunion
Menurut Cleveland Clinic, bunion berlaku pada bahagian sendi ibu jari kaki digelar sendi metatarsofalangeal (MTP), yang menyambungkan hujung ibu jari dengan kaki.
Juga dikenali sebagai hallux valgus, bunion boleh dikenal pasti jika terdapat benjolan pada ibu jari kaki terutamanya yang menyebabkan kesakitkan, kaku atau kebas pada kaki dan jari.
Di samping bunion pada ibu jari kaki, terdapat juga tiga jenis bunion lain iaitu:
- Bunion kongenital yang dialami bayi sejak lahir lagi.
- Bunion kanak-kanak atau remaja yang berlaku kepada individu di bawah 18 tahun.
- Bunion Tailor juga digelar bunionette yang terbentuk pada bahagian jari kelingking kaki, kebiasaannya berlaku kerana memakai kasut yang tidak sesuai dan melakukan aktiviti yang menolak jari ke dalam.
Simptom utama bunion adalah anda akan dapat melihat dan merasakan benjolan tulang pada bahagian ibu jari kaki. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan atau kekakuan pada ibu jari, serta bengkak.

Lain-lain simptom termasuk:
- Perubahan warna pada ibu jari kaki atau kemerah-merahan.
- Tidak boleh menggerakkan atau membengkokkan ibu jari kaki yang boleh menyebabkan sakit atau sensasi terbakar.
- Sukar memakai jenis kasut tertentu atau terasa lebih sakit apabila memakai kasut.
- Kematu atau kulit menjadi tebal.
- Hammertoes iaitu tendon dan sendi ibu jari kaki yang sakit dan ketat.
- Kekebasan pada dan sekitar ibu jari kaki.
Bunion Disebabkan Oleh Gabungan Pelbagai Faktor Termasuk Pilihan Kasut
Bunion boleh terjadi apabila tekanan lebihan dikenakan pada sendi ibu jari kaki bagi tempoh yang sangat lama. Tekanan ini akan menolak sendiri keluar daripada penjajaran semulajadinya, seterusnya menjadikan masalah bunion.
Oleh yang demikian tiada hanya satu faktor bagi simptom bunion, sebaliknya ia boleh berlaku disebabkan oleh gabungan pelbagai faktor seperti sejarah keluarga, struktur tulang yang tidak normal, lebih banyak pergerakan dan pilihan kasut.
Antara perkara lain yang boleh mengenakan tekanan tambahan pada sendi termasuk:
- Memakai kasut dengan hujung sempit yang menyesakkan jari kaki.
- Cara anda berjalan.
- Masalah kesihatan yang menyebabkan kerengsaan seperti rheumatoid arthritis atau lupus.
- Berdiri terlalu lama termasuk ketika bekerja.
Baca Artikel Berkaitan: Vivy Dedah Alami Masalah Lupus SLE, Ini Simptom, Punca & Komplikasinya
Tambahan pula, terdapat individu tertentu yang didapati lebih berkemungkinan mengalami bunion iaitu:
- Wanita.
- Individu dengan ibu ayah asal yang mempunyai bunion atau masalah dengan mekanik kaki (lebih 70% kes).
- Individu dengan sejarah kecederaan kaki termasuk atlet.

Masalah Bunion Perlu Dirawat Untuk Elak Komplikasi Lain
Selain melihat secara luaran, masalah bunion boleh dikenal pasti menerusi imbasan sinar X yang akan memerhatikan penjajaran keseluruhan tulang dan sendir MTP.
Masalah pada kaki ini bagaimanapun tidak akan hilang dengan sendiri dan rawatan perlu dijalankan. Antaranya adalah:
- Menukar kasut yang bersesuaian.
- Menggunakan pelapik dan pelekat bunion.
- Penggunaan alat ortotik yang diletakkan di dalam kasut.
- Pengambilan ubat tahan sakit NSAID.
- Tuam dengan ais.
- Pengambilan kortikosteroid untuk kurangkan kerengsaan.
- Terapi fizikal untuk menguatkan kaki.
- Pembedahan bunion (Bunion correction surgery).
Jika bunion tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi lain yang lebih besar seperti:
- Bursitis – Kerengsaan pada pelapik berisi cecair yang melindungi tulang berhampiran sendi yang menyebabkan kesakitan.
- Hammertoe – Bengkok tidak normal yang berlaku pada tengah sendi jari kaki, selalunya pada jari di sebelah ibu jari, menyebabkan sakit dan tekanan.
- Metatarsalgia – Sakit dan bengkak pada bahagian depan tapak kaki.

Pilih Kasut Dengan Betul Untuk Elak Masalah Bunion Bertambah Teruk
Memandangkan bunion boleh disebabkan oleh penggunaan jenis kasut yang tidak bersesuain dengan kaki, penting untuk membuat pilihan kasut dengan betul agar bunion tidak menjadi lebih teruk.
Cuba beberapa saiz kasut sebelum membelinya. Ini kerana lain jenama dan style mungkin mempunyai saiz yang berbeza.
Cuba duduk, berdiri dan berjalan ketika mencuba kasut tersebut bagi memastikan sebarang pergerakan atau posisi tidak menyebabkan kesakitan, memicit atau menolak jari kaki.
Cleveland Clinic juga menjelaskan bahawa kaki akan sedikit mengembang secara semula jadi pada sebelah petang atau malam, menjadikannya lebih besar. Jadi boleh cuba kasut yang hendak dibeli menjelang malam agar lebih sesuai dengan kaki.
Paling penting, elakkan kasut dengan hujung yang sempit dan tajam (seperti heels), lebih-lebih lagi jika ia sehingga menekan kesemua jari kaki anda.
Di samping itu, terdapat juga kasut yang direka khas bagi mereka dengan masalah bunion, selalunya dengan bahagian depan (toe box) yang lebih luas.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jalan Seret Kaki, Murid Sumbat Kertas Dalam Kasut Kerana Saiz Terlalu Besar Bikin Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penjual Terus Bagi Free!” – Ramai Kagum Lihat Usaha Kanak-Kanak Kumpul Duit Beli Kasut Idaman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.