Now Reading
Penggunaan Bedak Talkum Jadi Amalan, Namun Betul Ke Ada Risiko Kesihatan?

Penggunaan Bedak Talkum Jadi Amalan, Namun Betul Ke Ada Risiko Kesihatan?

Bedak talkum boleh tercemar dengan asbestos memandangkan kedua-dua mineral itu boleh ditemui di tempat yang sama dan tercampur ketika proses penggalian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan bedak bayi sudah menjadi satu amalan dalam kalangan orang ramai, lebih-lebih lagi bedak yang mengandungi talkum.

Selalunya bedak ini akan diletakkan pada punggung, lipatan paha, leher dan ketiak bayi untuk mengelakkan melecet atau menyerap peluh. Malah orang dewasa juga gemar menggunakan bedak bayi.

Namun siapa sangka bahan yang kelihatan remeh ini mungkin mempunyai kesan besar terhadap kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kongsi Kebaikan Bedak Sejuk Untuk Kulit Cantik, Harga Pun Murah!

Bedak Talkum Boleh Dicemari Asbestos Yang Menyebabkan Kanser

Berdasarkan artikel oleh WebMD, talkum merupakan mineral semula jadi yang terdiri daripada magnesium, silikon dan oksigen.

Selain terkandung di dalam bedak bayi, talkum juga digunakan bagi kosmetik seperti blush dan eye shadow.

Menurut Public Health Malaysia, masalah terjadi apabila terdapat talkum yang tercemar dengan asbestos iaitu satu bahan yang diketahui menyebabkan kanser (karsinogen).

Ini kerana asbestos kebiasaannya ditemui di kawasan sama talkum dijumpai dan boleh tercampur sewaktu proses penggalian.

WebMD menyatakan bahawa penting untuk membezakan antara talkum yang dicemari asbestos dengan yang tidak tercemar apabila membincangkan tentang risiko kanser.

Saintis mendapati bahawa individu yang menghidu talkum dicemari asbestos lebih berkemungkinan menghidap kanser, terutamanya jika tindakan itu dilakukan secara berterusan.

American Academy of Pediatrics (AAP) bagaimanapun mencadangkan agar bedak bayi yang mengandungi talkum tidak digunakan kerana risiko tersedut di samping potensi kanser.

Sumber gambar: Skin Politic

Penggunaan Bedak Talkum Di Kawasan Genital Mungkin Boleh Sebabkan Kanser Ovari

Di samping itu, penggunaan bedak talkum yang disapu di kawasan genital dipercayai boleh menyebabkan partikel halus memasuki melalui faraj sehingga tiba ke ovari.

Food & Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat menyatakan bahawa kajian saintifik yang dijalankan pada 1960-an mencadangkan kewujudan hubung kait antara penggunaan bedak talkum di kawasan genital dan kanser ovari.

Pun begitu, kajian berkenaan masih tidak dapat mengesahkan kaitan secara konsisten di antara kedua-duanya serta faktor risiko yang mungkin terlibat.

International Agency for Research on Cancer (IARC) bagaimanapun mengklasifikasikan penggunaan bedak talkum di kawasan kemaluan sebagai Kumpulan 2B iaitu mungkin boleh menyebabkan kanser (possibly carcinogenic to humans).

Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Ini Faktor Risiko Kanser Ovari, Jalankan Pemeriksaan Segera Jika Ada Salah Satu Simptom

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Kerana Kerap Makan Makanan Pedas

Menghidu Bedak Talkum Tidak Terbukti Sebabkan Kanser Paru-Paru

Tambah WebMD lagi, tiada bukti bahawa seseorang boleh menghidap kanser paru-paru jika menghidu bedak talkum.

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa individu terlibat dengan penggalian dan pemprosesan talkum mempunyai risiko kanser paru-paru sedikit tinggi.

Namun tidak pasti sama ada risiko ini disebabkan oleh mineral itu sendiri atau penyebab lain seperti gas radioaktif radon di kawasan lombong.

Tukarkan Bedak Talkum Dengan Alternatif Yang Diyakini Lebih Selamat

Dalam pada itu, PHM mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dalam penggunaan bedak talkum termasuk:

  • Elakkan penggunaan bedak talkum di kawasan kemaluan, terutama untuk bayi dan wanita.
  • Pilih alternatif yang lebih selamat.
  • Sentiasa peka dengan perubahan sains dan saranan kesihatan awam.

Sebaliknya, gunakan alternatif yang dipercayai lebih selamat untuk seperti bedak berasaskan tepung jagung, bedak bayi bebas talkum dan krim ruam (berasaskan zink oksida).

Malah, lebih elok juga untuk biarkan kulit bayi bernafas tanpa meletakkan sebarang bahan dan tukar lampin dengan lebih kerap.

Baca Artikel Berkaitan: Cuma Tukar Pampers Bayi 2 Kali Sehari, Review Jenama Lampin Ini Buat Orang Ramai Marah

Pakar Saran Elak Penggunaan Bedak Sama Sekali

Menerusi laporan Time, Naib Presiden di Texas Children’s Pediatrics and Texas Children’s Urgent Care, Dr. Stanley Spinner, sebelum ini berkata utamakan bedak berasaskan tepung jagung berbanding talkum.

Namun katanya lagi, lebih baik untuk mengelakkan kedua-duanya sama sekali disebabkan oleh risiko berkaitan pernafasan.

“Jika ibu bapa masih mahu menggunakan bedak bayi, letakkan sedikit pada tangan dan sapukan kepada kulit bayi dengan berhati-hati untuk meminimumkan risiko ia berterbangan di udara dan disedut,” jelasnya.

Dia menjelaskan bahawa apa-apa yang boleh disedut boleh menyebabkan kerengsaan pada paru-paru.

Situasi ini kemudiannya menyebabkan masalah pernafasan termasuk batuk, sesak nafas dan asma, dengan risiko tertentu dalam kalangan bayi.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sesak Nafas Terhidu Bau Campuran Pencuci Tandas & Peluntur

Baca Artikel Berkaitan: Musim Jerebu Kembali, Amalkan Latihan Pernafasan Untuk Kuatkan Paru-paru


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd