Now Reading
[Video] Ikan Masin, Keropok Ikan & Tiga Lagi Jenis Ikan Perlu Elak Jika Tengah Diet

[Video] Ikan Masin, Keropok Ikan & Tiga Lagi Jenis Ikan Perlu Elak Jika Tengah Diet

Secara umumnya, ikan adalah sumber protein yang baik kerana kandungan omega tinggi namun ada segelintir dimasak atau disediakan dengan kaedah kurang sihat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mempunyai BMI (Indeks Jisim Badan) tidak normal, antara perkara perlu difokuskan adalah cara untuk menurunkan berat badan.

Namun begitu, segelintir daripada golongan tersebut dilihat bergelut untuk berdiet kerana kekurangan disiplin diri dan selera makan yang begitu tinggi.

Kadangkala, mereka tidak menyedari bahawa makanan yang diambil pada setiap hari itu mampu meningkatkan nafsu makan sehingga tidak boleh berhenti menjamah hidangan di depan mata.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Hilang 20KG” – Perjalanan Rutin Diet Khairul Aming Jadi Inspirasi Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kevin Zahari Dedah 5 Tips Mudah Untuk Turun 5kg Bulan Ramadan

5 Jenis Ikan Tak Bagus Diambil Bagi Mereka Yang Sedang Diet

Baru-baru ini, seorang seorang pelatih kecergasan (coach fitness) dikenali sebagai Haslina Nasir telah berkongsi beberapa jenis ikan yang tidak sesuai diambil ketika seseorang sedang menjaga berat badan atau berdiet.

Walaupun secara umumnya hidupan laut ini adalah bagus kerana kandungan nutrisi Omega yang tinggi, tetapi ada beberapa yang tidak disarankan pengambilannya atas faktor tertentu.

Berikut kami senaraikan antaranya:

#1. Ikan Masin

Jenis ikan yang tidak bagus dimakan adalah ikan masin. Walaupun segelintir individu suka mengambil ikan masin setiap kali makan bersama nasi putih dan lauk lain, tetapi hidangan tersebut sangat tinggi dengan kandungan garam yang tinggi.

Ia sekaligus menyebabkan peningkatan sodium di dalam tubuh badan.

Sumber: MNN

Apabila seseorang makan garam secara berlebihan, ia akan buat anda kerap rasa lapar dan juga dahaga. Dalam masa sama, ikan masin akan meningkatkan rasa mengidam dan membuatkan seseorang itu ingin makan tanpa henti.

#2. Ikan Dalam Tin

Seterusnya adalah ikan dalam tin atau pun sudah diproses. Antara contoh mudah yang popular di kalangan masyarakat adalah ikan sardin tin.

Bukan itu sahaja, sardin tin ini juga dikhuatiri mempunyai cacing atau parasit di dalamnya. Boleh untuk dimakan namun jangan diambil secara kerap.

Sumber: Pexels

Jika ingin mengambil juga ikan dalam tin, ikan tuna ‘chunk in the water’ adalah pilihan yang lebih baik. Hal ini kerana ia terdiri daripada kalori yang rendah dan tidak mengandungi minyak dan kalori tersembunyi.

#3. Keropok Ikan

Jenis ikan yang berikut adalah keropok ikan tidak kiralah dari spesis apa. Apabila sedang berdiet, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah jumlah kalori dalam sehari.

Memetik Hello Doktor, keropok ikan mengandungi bahan tambahan seperti garam, minyak dan bahan pengawet yang boleh menjadi kurang sihat jika dimakan secara berlebihan.

Sumber: Gvado

Jelas Haslina, lima keping keropok ikan bersamaan dengan 150 kalori.

Justeru itu, anda disarankan untuk mengambilnya dalam kuantiti sederhana dan memilih sumber makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein berkualiti.

#4. Ikan Yang Digoreng

Ikan yang digoreng atau deep fry adalah antara lauk paling popular di kalangan rakyat Malaysia dalam rutin harian lebih-lebih lagi buat mereka yang sukakan makanan laut.

Meskipun ia lazat dan kulitnya rangup, tetapi kaedah itu akan menyerap kandungan minyak yang terlalu banyak ke dalam ikan.

Sumber: Freepik

Alternatif lain lebih sihat bagi orang yang sedang menjaga berat badan adalah ikan dimasak secara gril, di dalam ketuhar (oven) atau air fryer (penggoreng udara).

#5. Ikan 3 Rasa

Jenis ikan yang tidak bagus diambil ketika berdiet adalah ikan 3 rasa yang mengandungi pelbagai jenis sos dalam kuantiti banyak. Menurut coach fitness itu, sos terdiri dengan gula dan kalori yang tinggi.

Untuk info, satu sudu besar sos cili boleh mengandungi 4-6 gram (g) gula yang juga bersamaan dengan satu sudu teh gula.

Sumber: Mudim

Bukan itu sahaja, kandungan sodium di dalamnya juga adalah tidak sihat. Individu hanya akan menyerap sos-sos yang diserap di dalam hidangan tersebut berbanding nutrien ikan itu sendiri.

@coachcarakurus #onthisday posting lama tapi blh ambik note ok 🔥 MENCARI 9 ORANG WANITA yang dah PENAT & BOSAN dengan badan GEM*OK Lagi-lagi yang usia 40-an ke atas, rasa macam: “Semua dah try, tapi tak jadi-jadi…” “Berat statik je, makin naik ada la…” Nak turun 3-5kg sebulan ✅ Tanpa senaman teruk ✅ Sesuai untuk yang sibuk & tak sempat ✅ Ada sistem & coaching support Serius ke ni?! YES! 👇 Kalau you salah seorang yang tengah baca ni dan rasa “aku la tu…” Komen atau DM: “CANTIK” 💖 Saya akan terangkan detail program + step untuk bermula. Let’s transform sama-sama ✨ #WeDoT#WeDoTransformationsh#CoachHaslinaTeams#kurusr#programkurus ♬ original sound – coach.haslina.nasir

Tonton video [DI SINI].

Jenis Ikan Yang Lulus Diet

Namun usah risau, sebenarnya banyak sahaja ikan lain yang selamat dan sesuai dimakan untuk diet. Untuk pencinta ikan di luar sana, di sini kami kongsikan antaranya:

Sumber: Freepik
  • Ikan kod: 85g mengandungi sekitar 19g protein, 1g lemak, dan kalori sebanyak 90 kkal.
  • Ikan tuna: 100g ikan tuna mengandungi 23g protein dan 5g lemak.
  • Ikan kembung: 100g ikan kembung mengandungi sekitar 21g protein dan 3g lemak.
  • Ikan halibut: 100g ikan halibut mengandung 22g protein dan kalori sebanyak 111 kkal.
  • Ikan tenggiri: 100g ikan tenggiri mempunyai sekitar 19g protein dan lemak sebanyak 6g.

Baca Artikel Berkaitan: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Makanan Healthy Dijual Terlalu Mahal? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Hilang 16KG Dalam Masa 6 Bulan, Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd