Ramai Yang Geli, Tapi Hati Lembu Sebenarnya Banyak Khasiat
Antara nutrisi yang terdapat di dalam hati lembu ialah protein, vitamin, zat besi dan folat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Protein merupakan salah satu nutrisi yang penting buat kesihatan tubuh badan dan banyak terkandung dalam daging dan ikan.
Selain bahagian isi dan daging, terdapat juga bahagian lain haiwan yang menjadi kegemaran sesetengah orang seperti kaki dan organ dalaman.
Salah satu organ yang sering menjadi hidangan adalah bahagian hati haiwan, terutamanya lembu.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Makan Kaki Ayam Boleh Awet Muda? Ini Kata Pakar
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Asid Folik Bukan Hanya Untuk Wanita Hamil, Penting Bagi Kesihatan Otak & Banyak Lagi
Baca Artikel Berkaitan: Nasi Kerabu, Laksa Penang & Lima Lagi Makanan Tradisional Yang Berkhasiat
Hati Lembu Mempunyai Banyak Khasiat
Pun begitu, bukan semua orang gemar dengan hati lembu, bahkan ada yang berasa geli untuk memakannya.
Malah, ada juga yang beranggapan bahawa organ ini merupakan tempat pengumpulan toksik dan tidak sepatutnya dimakan.
Berdasarkan artikel di laman web Healthline, hati lembu sebenarnya mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.
Organ ini mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi di samping vitamin dan mineral penting lain.
Berikut merupakan khasiat yang terkandung dalam hati lembu serta kebaikannya:
- Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah dan DNA, serta terlibat dalam fungsi otak yang sihat.
- Vitamin A penting untuk penglihatan sihat, fungsi imun dan reproduksi, serta membantu jantung untuk berfungsi dengan baik.
- Riboflavin penting untuk perkembangan dan fungsi sel, serta membantu menukarkan makanan menjadi tenaga.
- Folat (B9) merupakan nutrisi yang memainkan peranan dalam perkembangan sel dan pembentukan DNA.
- Zat besi membantu dalam membawa oksigen ke seluruh ubuh badan. Malah zat besi dalam hati lembu ialah jenis heme yang paling mudah diserap oleh badan.
- Kuprum bertindak sebagai kunci untuk mengaktifkan beberapa enzim yang membantu mengawal pengeluaran tenaga, metabolisme zat besi dan fungsi otak.
- Koline penting untuk perkembangan otak dan fungsi hati.

Kandungan Protein Dalam Hati Berkualiti Tinggi
Di samping itu, lebih daripada suku bahagian hati lembu yang mengandungi protein berkualiti tinggi yang kaya dengan asid amino perlu (essential amino acid).
Walaupun asid amino boleh dihasilkan oleh badan, namun asid amino perlu hanya boleh didapatkan daripada makanan.
Pengambilan protein yang banyak akan mengurangkan rasa lapar dan selera makan, seterusnya membantu dalam menurunkan berat badan.
Malah protein juga didapati dapat memberi rasa kenyang lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak.

Selain itu, kadar metabolik dapat ditingkatkan menerusi kadar protein tinggi, sekaligus dapat menurunkan berat badan lebih-lebih lagi apabila pengambilan kalori dikurangkan.
Pengambilan protein juga dapat membantu dalam pembinaan otot dan melindungi daripada kehilangannya.
Pun begitu, sesetengah kajian mendapati bahawa pengambilan protein berlebihan jangka panjang dapat dikaitkan dengan masalah buah pinggang, tulang, hati dan kardiovaskular.
Selain mengandungi banyak protein, hati lembu juga mempunyai kadar kolesterol tinggi.
Perkara ini bukanlah satu isu buat kebanyakan orang, namun sebaiknya ambil makanan tinggi kolesterol secara sederhana dalam diet seimbang.
Wanita Hamil & Pesakit Gout Perlu Elak Makan Hati Lembu
Walaupun hati merupakan sumber khasiat yang bagus, namun sesetengah kumpulan tertentu perlu mengelak daripada mengambilnya.
Bagi wanita hamil, kandungan vitamin A dalam hati menjadi kebimbangan memandangkan satu kajian pada 1995 mendapati bahawa ia dapat dikaitkan dengan kecacatan dalam bayi baru lahir.
Untuk info, seorang dewasa mempunyai had pengambilan vitamin A sebanyak 3,000 mcg. Sebagai perbandingan, 28.5 gram hati lembu mengandungi 2,650 mcg.
Oleh itu pakar menasihati ibu hamil atau yang sedang menyusukan bayi agar tidak mengambil vitamin A melebihi nilai ini.

Selain itu, individu yang mempunyai masalah gout juga tidak digalakkan untuk mengambil hati lembu.
Ini kerana gout merupakan sejenis arthritis yang disebabkan oleh kadar asid urik tinggi dalam darah.
Memandangkan hati mempunyai kandungan purina tinggi, iaitu satu bentuk asid urik, penting untuk pesakit elak memakan hati serta daging organ dan ikan bilis.
Baca Artikel Berkaitan: Perut Asyik Senak Hingga Terjaga Malam? Ini 7 Jenis Makanan Anda Patut Elak Sebelum Tidur
Baca Artikel Berkaitan: Badan Kerap Rasa Penat & Lesu Tanda Anda Alami Anemia, Jangan Ambil Mudah!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.