Kenapa Makanan Healthy Dijual Terlalu Mahal? Ini Penjelasannya
Difahamkan, harga makanan yang mahal menjadi punca wujudnya kesukaran kepada orang ramai untuk mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pernahkah anda terfikir mengapa makanan yang sering dipromosikan sebagai lebih sihat seperti sayuran segar, buah-buahan, atau produk organik dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding makanan biasa?
Fenomena ini tidak asing lagi, terutamanya di pasar raya besar. Kadangkala produk yang kelihatan sama tetapi berlabel lebih premium turut dijual dengan harga berganda tanpa sebab yang jelas pada mata pengguna biasa.
Dalam keadaan ekonomi hari ini, ramai tertanya-tanya mengapa makan secara sihat seolah-olah menjadi keistimewaan golongan tertentu. Adakah benar makanan sihat lebih mahal semata-mata kerana jenama, atau ada sebab lain yang lebih besar mempengaruhi harga tersebut?
Baca Artikel Berkaitan: Nasi Kerabu, Laksa Penang & Lima Lagi Makanan Tradisional Yang Berkhasiat
Baca Artikel Berkaitan: Kurangkan Masa Hadap Skrin, Ambil Makanan Tinggi Nutrien & Tiga Lagi Tips Elak Burn Out Dari LAC
Baca Artikel Berkaitan: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’
Harga Lebih Tinggi Kerana Kos & Faktor Luaran
Makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan secara umumnya lebih mahal berbanding makanan proses. Ini kerana pengeluarannya memerlukan lebih banyak kos, tenaga kerja dan pengurusan sebelum sampai ke tangan pengguna.
Berbeza dengan makanan proses yang boleh dihasilkan dalam masa singkat, makanan segar bergantung kepada banyak faktor luaran seperti cuaca, musim dan juga kebergantungan kepada tenaga buruh.
Semua ini menyumbang kepada harga yang lebih tinggi di pasaran. Berikut antara sebab utama kenapa makanan segar lebih mahal berbanding makanan proses. Antaranya:
- Kos Pengeluaran Lebih Kompleks
Penanaman, pengurusan ladang, buruh, penghantaran dan kawalan mutu memerlukan kos tinggi.
- Sukar Kurangkan Kos
Tidak seperti makanan proses, pengeluaran makanan segar tidak boleh dipercepat atau dibuat secara besar-besaran tanpa bergantung pada faktor semula jadi.
- Perlu Diimport Dari Luar Negara
Untuk memenuhi permintaan sepanjang tahun, banyak produk perlu diimport. Ini menambah kos dari segi logistik, pengangkutan dan tukaran mata wang.
- Cuaca Ekstrem Jejas Hasil
Faktor seperti kemarau atau banjir menjejaskan hasil tanaman. Bila bekalan berkurang, harga akan melonjak.
- Kekurangan Tenaga Kerja Pertanian
Sektor pertanian seluruh dunia bergantung pada buruh asing secara bermusim. Jika ada gangguan tenaga kerja, bekalan akan terjejas dan harga bakal meningkat.
Kenapa Makanan Tidak Sihat Lebih Murah & Lebih Mudah Didapati?

Jika dibandingkan dengan makanan segar, produk proses seperti makanan ringan, biskut, minuman bergula dan makanan segera lebih mudah dihasilkan dan lebih stabil dari segi bekalan.
Sebab itu, produk-produk ini lebih banyak memenuhi rak pasaraya, kedai runcit dan mesin layan diri.
Berikut beberapa sebab kenapa makanan tidak sihat lebih murah dan sentiasa mudah diperoleh. Antaranya:
- Tidak Bergantung Pada Musim Atau Cuaca
Produk seperti snek, minuman bergula dan makanan segera tidak memerlukan bahan mentah segar. Ia boleh dihasilkan sepanjang tahun tanpa gangguan musim atau cuaca.
- Boleh Dihasilkan Secara Besar-Besaran
Pengeluaran secara pukal mudah dilakukan dengan teknologi moden. Produk tahan lama dan boleh disimpan berbulan-bulan tanpa mudah rosak. - Kos Pengeluaran Lebih Murah
Kos bahan asas murah, proses automatik dan tidak perlukan pemantauan ketat. Ini menjimatkan kos buruh, storan dan logistik. - Untung Lebih Tinggi Kepada Syarikat
Kos rendah membolehkan produk dijual murah tetapi syarikat tetap raih keuntungan besar. Sebab itu ramai pengeluar memilih produk sebegini. - Sentiasa Membanjiri Pasaran
Produk sebegini mudah didapati di mana-mana kerana murah, tahan lama, mudah dipasarkan dan beri pulangan lumayan kepada pengeluar.
Makanan Sihat Perlu Disokong Polisi & Infrastruktur

Walaupun makan secara sihat kini lebih sukar dari sudut kewangan, ia tidak sepatutnya dianggap sebagai satu keistimewaan golongan tertentu semata-mata.
Isu harga makanan sihat bukan sekadar soal kos tetapi berkait rapat dengan sistem bekalan makanan global, dasar kerajaan, dan keutamaan pasaran.
Kerajaan, pengeluar dan masyarakat perlu memainkan peranan untuk menjadikan akses kepada makanan berkualiti lebih mudah dan seimbang bagi semua lapisan rakyat.
Subsidi, insentif atau kawalan harga perlu dipertimbangkan agar masyarakat tidak terus bergantung kepada makanan ultra-proses hanya kerana faktor harga.
Jika tidak ditangani, jurang kesihatan antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi akan semakin melebar, sekaligus menambah beban kos kesihatan negara di masa depan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi 4 Diet Pemakanan Mat Saleh Yang Anak Kecil Harus Elakkan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coach Nutrisi Kongsi Cara Pilih Mentega Terbaik, Jangan Tertipu!
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Diet Berasaskan Tumbuhan Beri Anda Manfaat? Ini Pendapat Pakar Dietetik
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.