Now Reading
Nasi Kerabu, Laksa Penang & Lima Lagi Makanan Tradisional Yang Berkhasiat

Nasi Kerabu, Laksa Penang & Lima Lagi Makanan Tradisional Yang Berkhasiat

Kebiasaannya, orang ramai akan mengambil makanan sihat yang cliche untuk menjaga kesihatan badan kerana beranggap hidangan berat lain adalah tidak berkhasiat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui pemakanan yang seimbang adalah penting bagi kesihatan tubuh badan terutamanya bagi tempoh jangka masa lama.

Walaupun makanan segera yang kurang bernutrien itu dilihat tidak memberi kesan secara langsung, namun ia mampu membawa kesan buruk kepada diri anda sewaktu menjelang usia lebih tua.

Bagi mengatasi masalah ini, orang ramai mula mendapat kesedaran dan mengambil makanan berkhasiat dalam rutin harian mereka sebagai contoh oat, nasi perang, salad, kekacang, yogurt asli, susu badam dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi 4 Diet Pemakanan Mat Saleh Yang Anak Kecil Harus Elakkan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coach Nutrisi Kongsi Cara Pilih Mentega Terbaik, Jangan Tertipu!

7 Makanan Tradisional Kegemaran Ramai Yang Sebenarnya Sihat

Namun perkara tidak disedari segelintir masyarakat adalah banyak juga makanan tradisional yang juga hidangan harian kita adalah berkhasiat dan sememangnya bagus untuk kesihatan badan.

Berikut kami kongsikan tujuh makanan tradisional yang sihat. Antaranya:

#1. Nasi Lemak

Ramai yang berkata Nasi Lemak adalah tidak sihat kerana penggunaan santan di dalam nasi berkenaan. Memetik Hello Doktor, santan yang digunakan itu mengandungi lemak bagi meningkatkan tenaga seseorang.

Sumber: Freepik

Bahan utama lain dalam hidangan tersebut adalah ikan bilis, telur rebus, kacang tanah dan sambal.

Kombinasi ikan bilis dan kacang tanah terdiri daripada sumber protein dan lemak sihat. Namun perlu diingatkan untuk mengambil Nasi Lemak dalam kadar yang sederhana.

#2. Laksa Penang

Laksa Penang terkenal di kalangan individu yang menggemari kuah dengan perasa ikan yang kuat. Ia dihidangkan bersama sejenis mi dengan kuah asam yang diperbuat daripada ikan dan juga asam keping.

Kuah tersebut kaya dengan protein dari ikan serta serat dari bahan-bahan sampingan lain seperti bawang, timun, dan nanas. 

Dalam masa sama, menu ini juga merupakan pilihan terbaik buat mereka sedang menjaga berat badan kerana kandungan lemak yang kurang.

Sumber: Che Nom
#3. Urap

Buat mereka yang tidak tahu, Urap adalah hidangan tradisional Melayu yang agak kurang dikenali. Ia merupakan satu hidangan berasaskan sayur dan ulam-ulaman seperti kangkung, kacang panjang, dan tauge.

Ia kemudian dicampur dengan kelapa parut yang telah disangai hingga keperangan bersama beberapa rempah ratus lain.

Sayuran hijau ini kaya dengan vitamin, mineral, dan serat, manakala kelapa parut memberikan lemak sihat yang menyokong kesihatan jantung. Urap ini sesuai buat mereka yang mahukan hidangan yang tidak terlalu berat dan menyegarkan.

Sumber: Obor Timur
#4. Nasi Kerabu

Terkenal dengan nasi unik berwarna biru, Nasi Kerabu ini berasal dari Pantai Timur dan dihasilkan daripada bunga telang.

Antara elemen lain yang selalu diletakkan dalam menu tersebut adalah ulam-ulaman segar, sambal kelapa, ikan bakar dan budu. Kalau anda nak tahu, ikan bakar adalah sihat kerana mempunyai lemak yang tidak begitu tinggi.

Adakalanya sumber protein bagi makanan berkenaan ditukar dengan daging atau ayam bakar mengikut selera orang ramai. Ulam-ulaman yang dihidangkan sekali itu terdiri daripada sumber serat dan vitamin yang penting untuk pencernaan. 

Sumber: The Chili Workshop
#5. Bubur Lambuk

Menu tradisional yang terakhir yang sebenarnya kaya dengan nutrien adalah Bubur Lambuk. Kebiasaannya, bubur tersebut akan diedarkan dan dijual menjelang bulan Ramadan.

Bubur Lambuk ini dimasak dengan beras, santan, daging, dan pelbagai rempah sebagai contoh lada hitam dan bunga cengkih. 

Buat mereka yang mahukan tenaga, bubur ini adalah antara pilihan menu terbaik. Bukan sahaja sedap tetapi juga mengenyangkan.

Sumber: Qniti Bazaar
#6. Sup Tulang

Hidangan berkhasiat yang seterusnya adalah makanan yang cukup terkenal semasa bulan Ramadan, Raya Aidilfitri dan juga Raya Korban iaitu Sup Tulang.

Sup ini kaya dengan nutrien kerana ia menggunakan bahan seperti tulang lembu atau kambing yang dimasak dalam tempoh masa lama bersama rempah ratus seperti halia, kunyit, dan bawang putih. 

Tulang mengandungi kalsium dan kolagen yang baik untuk tulang serta sendi, manakala rempah membantu meningkatkan sistem imun badan seseorang.

Sumber: Che Nom
#7. Asam Pedas

Seterusnya adalah Asam Pedas. Asam Pedas merupakan hidangan tradisional yang terkenal, khususnya di negeri Melaka dan Johor. 

Ia selalunya dimasak dengan ikan tenggiri atau ikan kembung bersama kuah berasaskan cili, asam jawa, dan rempah ratus.

Kandungan ikan yang terdapat di dalamnya adalah sumber protein yang baik, manakala kandungan rempah ratus dan asam jawa membantu meningkatkan metabolisme badan. 

Sama seperti beberapa hidangan lain yang dinyatakan tadi, Asam Pedas juga rendah lemak.

Sumber: Foodpanda

Kesimpulannya, makanan tradisional Melayu boleh menjadi pilihan sihat apabila menu itu disediakan dengan bijak iaitu seimbang dari segi protein, lemak baik, serat dan rempah berkhasiat.

Kuncinya adalah diambil dalam kuantiti sederhana dan dimasak dengan teknik yang baik.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Manis & Lembut, Ini Khasiat Golden Garlic Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: 5 Khasiat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri Ketika Berpuasa

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Diet Berasaskan Tumbuhan Beri Anda Manfaat? Ini Pendapat Pakar Dietetik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd