[Video] Doktor Jelaskan Bagaimana Stew Epal Dapat Bantu Kesihatan Usus
Epal mengandungi bahan pektin dan polifenol yang dapat membantu kesihatan usus jika diuraikan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap daripada kita pasti mahu mengamalkan gaya hidup yang sihat lebih-lebih lagi dari segi pengambilan makanan.
Namun kadangkala teringin juga nak ‘cheat day’ dan makan pencuci mulut atau manisan yang sedap-sedap kan?
Tapi selalunya kita pasti risau nak makan pencuci mulut kerana merasakan ia mengandungi jumlah gula yang tinggi dan langsung tidak membawa kebaikan kepada kesihatan.
Baca Artikel Berkaitan: Kentut 10 Hingga 25 Kali Sehari Petanda Usus Dalam Keadaan Sihat & Aktif – PHM
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Perut Selalu Sembelit Di Bulan Ramadan? Mungkin Ini Puncanya
Epal Mengandungi Pektin Yang Bagus Untuk Usus
Satu hantaran di TikTok (@dr.karanr) menunjukkan bahawa satu masakan yang sering digunakan dalam pencuci mulut sebenarnya mungkin dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan usus.
Masakan tersebut merupakan epal stew, yang dapat mengubah epal mentah menjadi satu bentuk serat boleh larut.
Doktor perubatan, Dr Karan Raj, menjelaskan bahawa epal mentah yang tidak dimasak mengandungi bahan pektin iaitu serat boleh larut yang bagus untuk usus.
Bagaimanapun kebanyakan pektin terperangkap dalam selulosa yang membentuk sel dinding tumbuh-tumbuhan.
Keadaan ini seterusnya menjadikan lebih sukar untuk bakteria usus mendapatkan pektin yang terperangkap itu.
Pektin Menjadi Lebih Senang Larut Apabila Epal Dimasak
Namun Dr Karan berkata apabila epal dimasak secara stew iaitu dengan mendidihnya secara perlahan di dalam air, pektin tersebut akan dibebaskan.
Ini terjadi apabila haba memecahkan sel dinding epal dan separa menghidrolisiskan pektin menjadi bentuk oligosakarida yang lebih senang larut.
Memandangkan pektin oligosakarida merupakan bentuk yang senang larut, bakteria usus akan menapaikan serat ini dengan lebih mudah.

Pektin Yang Diurai Boleh Bantu Kuatkan Lapisan Usus
Bakteria usus kemudiannya dapat menghasilkan lebih banyak rantai pendek asid lemak yang membantu dalam mengurangkan keradangan dan menguatkan lapisan usus.
Tambah Dr Karan, memandangkan serat di dalam epal itu telah separa terurai, ia juga menjadi lebih mudah untuk dihadamkam.
Perkara ini dapat mengurangkan masalah kembung perut dan angin terutamanya dalam mereka yang menghidap sindrom usus rengsa (IBS) atau mempunyai usus sensitif.
Polifenol Dalam Epal Juga Dapat Dibebaskan Apabila Dimasak
Di samping itu, memasak epal sedemikian juga dapat membebaskan bahan polifenol yang terperangkap di dalamnya, dan boleh bekerja dengan pektin untuk memberi kebaikan kepada usus.
Menurut Healthline, polifenol boleh bertindak sebagai antioksidan yang dapat meneutralkan radikan bebas berbahaya yang boleh meningkatkan risiko kanser, diabetes dan penyakit jantung.
Bahan ini juga dipercayai dapat meningkatkan penghadaman dan kesihatan otak.
Dalam pada itu, Dr Karan menegaskan bahawa epal dalam bentuk asalnya juga bagus untuk kesihatan, namun memasaknya boleh menukarnya menjadi prebiotik yang baik untuk usus.
@dr.karanr Stewed apples for gut health! @breyzamarie ♬ original sound – Dr Karan Rajan
Tonton video penuh [DI SINI].
Cara Buat Epal Stew, Mudah Je!
Lepas dah tahu tentang kebaikan epal stew, mesti anda sendiri mahu mencuba resepi ini!
Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat epal stew. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan mungkin sudah ada di rumah anda.
Bahan-Bahan:
- Epal yang dipotong dadu
- Gula, madu atau bahan pemanis lain
- Kayu manis atau serbuk kayu manis (optional)
- Ekstrak vanila (optional)
Sebagai info, lebih baik jika kulit pada epal tidak dibuang kerana Dr Karan menjelaskan bahawa kebanyakan pektin terletak pada bahagian kulitnya.
Cara-caranya pula mudah sahaja, hanya satukan kesemua bahan di dalam periuk yang ditambah sedikit air.
Didih kesemua bahan tadi selama 10 ke 15 minit menggunakan api yang perlahan. Jangan api besar takut epal tadi terbakar pula.
Apabila epal sudah kelihatan sedikit keperangan dan agak lembut, ini bermakna ia telah siap dimasak.
Bolehlah makan stew apple tadi bersama yogurt, oat dan granola. Terus dapat hidangan yang lengkap dan sihat!
@thrivewithcandice This is how I make mine 🍎✨: 1. Chop apple into little squares 2. Toss in my pot and add maple syrup, cinnamon and vanilla extract, and mix 3. Put the lid on and place over low/medium heat 4. Let cook for 10-15min, the apples are ready when they are soft and you can easily cut through them with your spoon 5. Add on top of yogurt with some nuts & granola, don't forget the maple syrup that formed in the pot !!! #guthealth #guthealthtips #guthealthtiktok #guthealthy ♬ original sound – Candice 🌞
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Ini Dedah Cara Paling Tepat Untuk Makan Roti, Pisang, Epal & Kobis Bunga
Baca Artikel Berkaitan: Tempoyak Tinggi Probiotik, Boleh Cegah Masalah Sembelit – Public Health Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.