Now Reading
Pudarkan Parut, Rawat Jerawat & Lima Lagi Manfaat Kunyit Untuk Kulit Anda

Pudarkan Parut, Rawat Jerawat & Lima Lagi Manfaat Kunyit Untuk Kulit Anda

Untuk info, kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa menawarkan manfaat kesihatan, terutamanya kurkumin iaitu komponen bioaktif yang bersifat anti-radang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semakin lama, masyarakat semakin terdedah dengan kepentingan penjagaan kulit. Walaupun bidang kecantikan ini lebih sinonim dengan golongan wanita, namun kumpulan lelaki juga tidak terlepas menceburi dunia tersebut.

Selain produk penjagaan di pasaran, orang ramai juga sudah mula menggunakan bahan semula jadi yang membawa kebaikan dan manfaat kepada manusia, khususnya untuk kesihatan kulit.

Sebagai contoh, segelintir individu meletakkan timun yang dihiris nipis ke atas permukaan wajah bagi mengekalkan kelembapan. Selain itu, ramai juga mengambil chia seed di awal pagi. Hal ini kerana ia mampu mengawal paras gula dalam darah.

Manfaat Kunyit Untuk Badan Manusia

Kalau anda perasan pada ketika ini, kunyit yang terkenal digunakan sebagai rempah dalam masakan Asia juga turut diguna pakai. Rempah berwarna oren-kekuningan ini memberikan rasa yang tersendiri dalam setiap masakan.

Ramai yang mengatakan rempah ini bagus untuk kulit wajah. Tetapi sejauh manakah kebenaran itu? Sebelum itu, kami kongsikan dulu fakta tentang kunyit.

Untuk info, kunyit merupakan antara herba yang paling banyak dikaji dalam sains.

Sumber: Pexels

Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa menawarkan manfaat kesihatan, terutamanya kurkumin iaitu komponen bioaktif yang bersifat anti-radang dan antioksidan.

Berdasarkan satu kajian dijalankan, satu auns kunyit memberi 26% daripada keperluan mangan (manganese) atau batu kawi, elemen kimia yang diperlukan setiap hari dan 16% daripada keperluan zat besi harian.

Tumbuhan ini juga merupakan sumber serat, kalium, vitamin B6, magnesium, dan vitamin C.

Berikut merupakan cara-cara kunyit ini memberi kebaikan kepada kulit seseorang:

#1. Perbaiki Kulit

Komponen antioksidan dan anti-radang yang terkandung dalam kunyit dapat memberi kilauan dan cahaya serta memulihkan kulit.

Ia juga dalam masa sama membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberi kelegaan pada kulit yang bermasalah seperti ekzema dan rosacea.

Sumber: Freepik

Tidak perlu membeli di farmasi, masker kunyit ini boleh disediakan di rumah sahaja. Cara-caranya adalah:

  • Mencampurkan sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit dalam satu bekas.
  • Kemudian, gaul rata dan sapukan pada kulit muka anda.
  • Biarkan selama 15 minit sebelum anda membilasnya dengan air.
#2. Atasi Masalah Jerawat Degil

Seterusnya, kunyit juga bantu mengatasi masalah jerawat kerana ia mengandungi antiseptik semula jadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria.

Anda boleh melihat keberkesanannya apabila kunyit itu dicampurkan dengan cuka epal yang mempunyai ciri-ciri astrigen. Astrigen ini memainkan peranan sama seperti toner biasa.

Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Cuba Banyak Cara Tapi Parut Jerawat Masih Tak Hilang, Ini Sebabnya

#3. Perlahankan Penuaan

Untuk info, kunyit mengandungi pigmen curcuminoid yang merangsang dalam badan untuk menghasilkan lebih banyak antioksidan.

Dalam erti kata mudah, ia akan melindungi sel otak dan kulit dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas, dan melambatkan pembetukan kedutan dan garis halus.

Sumber: Pexels
#4. Menyembuhkan Luka

Memetik Hello Doktor, kurkumin iaitu komponen membuatkan kunyit berwarna oren-kekuningan yang terdapat dalam kunyit membantu menyembuhkan luka dengan mengurangkan keradangan dan pengoksidaan.

Kajian juga mendapati kunyit boleh mendatangkan kesan terhadap tisu dan kolagen tubuh yang mana ia sekaligus membantu menyembuhkan luka anda dengan lebih cepat.

Sumber: Pexels
#5. Kurangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Kunyit mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata serta tompokan hitam disebabkan sinaran matahari melalui sifatnya yang anti-radang.

Hal ini kerana, ia dapat merangsang peredaran darah dan membantu mengurangkan kegelapan bawah mata itu.

Sumber: Kaiteki Spin Aesthetic
#6. Menyembuhkan Psoriasis

Untuk pengetahuan semua, Psoriasis adalah satu masalah kulit yang menampakkan tompok putih tebal hingga menyebabkan gatal-gatal serius.

Kunyit mampu mengawal simptom berkenaan dengan menghalang enzim keradangan dan menurunkan tahap sitokin yang merangsang keradangan sel.

Sumber: Cleveland Clinic
#7. Rawat Parut & Tanda Regangan

Kurkumin sekali lagi membantu merawat tanda regangan. Buat mereka yang mempunyai tanda parut dan regangan, berikut adalah cara memudarkannya menggunakan kunyit.

  • Gabungkan kunyit dengan krim atau yogurt dan sapukan ke bahagian perut serta pinggang sebelum mandi.
  • Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi.
Sumber: Freepik

Hati-hati Gunakan Kunyit Untuk Rawatan Jika Ambil Ubatan Lain

Meskipun kunyit ini membawa banyak manfaat kepada kulit, namun perlu diingatkan untuk menggunakan secara bijak.

Sebagai contoh sebelum menggunakan kunyit, anda perlu berhati-hati dengan kuantiti yang hendak digunakan, jenis produk dan tindak balas yang mungkin berlaku terhadap ubatan diambil.

Anda disarankan untuk elak menggunakan kunyit dalam kuantiti yang besar dan banyak.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Bahan Yang Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Pada Tangan Lepas Memasak. Boleh Cuba!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd