Now Reading
Kerap Tonton Media Sosial? Awasi Tujuh Tanda ‘Dopamine Overload’ Ini

Kerap Tonton Media Sosial? Awasi Tujuh Tanda ‘Dopamine Overload’ Ini

Dopamin merupakan neurotransmiter di dalam otak yang memainkan peranan penting sebagai ‘reward centre’ dan turut dikenali sebagai hormon ‘feel good’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia yang serba moden ini, penggunaan media sosial seolah-olah sudah menjadi sebati dengan sebahagian besar masyarakat global.

Malah kanak-kanak turut didedahkan kepada kandungan dalam talian sejak usia kecil dan boleh menjadi ketagih jika tidak dikawal oleh ibu bapa.

Penggunaan media sosial yang berlebihan bagaimanapun boleh memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang, salah satunya adalah keadaan yang digelar sebagai ‘dopamine overload’.

Baca Artikel Berkaitan: Individu Narsisisme Digital Boleh Murung Kerana Ketagih Likes & View Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Popcorn Brain’ Jadi Punca Individu Sukar Fokus & Tak Produktif. Ini Info Penting Ramai Terlepas Pandang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 3 Perkara Yang Boleh Ganggu Emosi Tanpa Sedar

Kadar Dopamin Berlebihan Boleh Ganggu Emosi

Menerusi hantaran di TikTok (@eudaimonic91), seorang individu telah berkongsi tujuh tanda bahawa otak seseorang mengalami kadar dopamin tinggi atau dopamine overload.

Katanya, ramai tidak menyedari tentang kewujudan masalah ini yang boleh mengganggu fokus, produktiviti, emosi dan kegembiraan mereka.

Dia menerangkan lagi bahawa jika kadar dopamin tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seorang individu tersekat dalam satu kitaran untuk mencari stimulasi yang bagaimanapun masih tidak dapat memuaskan diri sendiri.

7 Tanda Seseorang Alami Dopamine Overload

Untuk info, dopamin ialah neurotransmiter di dalam otak yang memainkan peranan penting sebagai pusat ganjaran (reward centre). Ia juga dikenali sebagai hormon ‘feel good’ kerana dikaitkan dengan keseronokan dan motivasi.

Hormon ini bagaimanapun boleh dihasilkan secara berlebihan di dalam badan akibat pelbagai faktor termasuklah penggunaan media sosial yang melampau.

Berikut merupakan tujuh tanda bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami ‘dopamine overload’.

#1. Susah Untuk Fokus

Apabila seseorang mempunyai kadar dopamin tinggi, dia akan menjadi sukar untuk fokus terhadap suatu kerja yang sedang dijalankan.

Sebaliknya, dia mungkin terganggu dan kerap menggunakan media sosial bagi menonton kandungan yang disajikan.

Perkara ini terjadi apabila otak telah terbiasa dengan ganjaran jangka masa pendek, sehingga tidak mampu untuk fokus terhadap perkara yang dirasakan bosan.

Sumber gambar: Pexels
#2. Kerap Mencari Stimulasi Baharu

Seterusnya, ganjaran jangka masa pendek ini menyebabkan seseorang kerap mencari sesuatu yang baharu atau berlainan bagi mendapatkan stimulasi berterusan.

Sebagai contoh, apabila baru sahaja selesai menonton satu video, dia terus mencari video lain. Perkara ini terjadi apabila otak telah mula menginginkan pembaharuan.

Penggunaan media sosial seperti TikTok dapat menyebabkan seseorang mengalami masalah ini kerana mempunyai ciri-ciri yang boleh mencetus penghasilan dopamin.

#3. Susah Rasa Puas Dengan Perkara Mudah

Jika dahulu anda mudah rasa puas hati dan gembira apabila melakukan perkara mudah tetapi sekarang tidak lagi, itu juga boleh menjadi salah satu tanda dopamine overload.

Penghasilan dopamin yang terlalu banyak boleh menyebabkan perubahan patologi yang mengurangkan tahap keseronokan daripada ganjaran semulajadi, satu keadaan yang dikenali sebagai ‘reduced reward sensitivity‘.

Sumber gambar: Pexels
#4. Terlalu Banyak Berfikir & Kegelisahan

Dopamine overload juga boleh memberi kesan terhadap psikologi seseorang.

Perkara ini terjadi apabila terlampau banyak maklumat dan stimulasi pada otak menyebabkan seseorang berfikir dengan terlalu banyak.

Ia seterusnya boleh mendatangkan masalah psikologi seperti kegelisahan, tekanan, cepat marah dan insomnia menurut NPR.

#5. Tidur Tidak Berkualiti

Memandangkan dopamine overload boleh menyebabkan seseorang banyak berfikir, perkara ini secara langsung membuatkan dia sukar untuk tidur, malah menghadapi insomnia.

Menurut National Institute of Health, gangguan tidur boleh menjadikan seseorang sukar untuk mendapat tidur yang mencukupi dan tidurnya tidak berkualiti.

Malah satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Health, Population and Nutrition mendapati penggunaan media sosial berlebihan dalam kalangan pelajar universiti dapat mengurangkan kualiti tidur dan tahap kesihatan yang dilaporkan sendiri.

Sumber gambar: Pexels
#6. Malas Lakukan Perkara Produktif

Boleh dikaitkan dengan kesukaran untuk fokus, kadar dopamin berlebihan juga menyebabkan seseorang menjadi malas untuk melakukan sesuatu yang produktif.

Keadaan ini terjadi apabila otak sudah terbiasa dengan ganjaran yang cepat sehingga sistem tersebut rosak apabila mahu melakukan perkara susah.

Seperti yang diterangkan oleh seorang pelajar psikologi sebelum ini, Amirul, dopamin yang terlampau teransang akan jatuh menjunam, seterusnya menjadikan seseorang itu berasa hilang semangat, malas bergerak dan tidak produktif.

#7. Mengalami Mood Swing Yang Melampau

Berdasarkan artikel Cleveland Clinic, kadar dopamin tinggi boleh menyebabkan seseorang berasa terlampau gembira (euphoric), dalam masa sama lebih agresif dan mempunyai kawalan impuls yang lemah.

Sebaliknya kadar dopamin rendah menjadikan seseorang itu tidak gembira, tidak bersemangat dan sentiasa letih.

Oleh yang demikian, kadar dopamin yang jatuh menjunam (dopamine withdrawal) boleh menyebabkan individu dengan dopamine overload senang mengalami perubahan emosi atau ‘mood swings’.

Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: “Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd