Now Reading
Betul Ke Cicak Juga Pembawa Bakteria Salmonella?

Betul Ke Cicak Juga Pembawa Bakteria Salmonella?

Untuk info, Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan gejala keracunan makanan terhadap manusia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain lipas, antara haiwan perosak lain yang digeruni sesetengah masyarakat adalah cicak. Tidak kira yang bersaiz mini atau besar. Nampak sahaja melekat pada dinding rumah, mesti rasa tidak senang duduk.

Malah ada yang sanggup tidur di luar jika nampak ia di dalam bilik. Pun begitu, sesetengah individu pula tidak hairan dengan keberadaan cicak atas alasan ia hanyalah sejenis haiwan.

Namun perkara yang masih ramai belum tahu adalah cicak ini boleh menjejaskan kesihatan manusia jika ia dibiarkan begitu sahaja.

Wanita Minta Orang Ramai Waspada Tentang Bahaya Seekor Cicak

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Nauniy menerusi hantaran di akaun Threads miliknya telah menepis dakwaan segelintir individu yang mengatakan bahawa cicak adalah tidak berbahaya.

Jelasnya, haiwan reptilia itu boleh membawa maut jika setiap individu tidak berwaspada. Hal ini kerana cicak dikatakan antara pembawa bakteria Salmonella.

Sumber: Freepik

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan gejala keracunan makanan terhadap manusia.

Kehadiran Salmonella ini berpunca dari manusia, haiwan perosak (lipas, lalat atau tikus), haiwan liar atau haiwan peliharaan.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Perjelas Bagaimana Telur Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan

Betul Ke Cicak Ada Kaitan Dengan Salmonella?

Menerusi carian kami di Hello Doktor, cicak juga dikategorikan sebagai haiwan yang kotor. Oleh disebabkan itu, wajar untuk seseorang menghapuskannya. Ia selari dengan ajaran Islam iaitu individu disunatkan untuk membunuh haiwan reptilia berkenaan.

Berbicara lebih lanjut tentangnya, cicak yang melekap pada dinding rumah kerap mengeluarkan najis, sekaligus akan mengotorkan lantai, tingkap, langsir atau di celahan kabinet.

Sumber: Keluarga

Taik cicak yang bertaburan merata tempat itu kemudian akan membuatkan pemilik rumah sakit mata melihatnya.

Tetapi kalau anda nak tahu, taik cicak tersebut sebenarnya boleh mengundang bahaya sama seperti yang dikatakan oleh pengguna Threads sebentar tadi.

Taik cicak yang tidak dicuci boleh meningkatkan risiko kesihatan seseorang. Haiwan reptilia termasuk cicak biasanya membawa bakteria seperti Salmonella, Clostridium, Campylobacter dan Leptospira.

Air liur dan badan cicak itu pula mengandungi bakteria Escherichia coli (E.coli) yang kebiasaannya hidup dalam usus manusia serta haiwan.

Kes Individu Jatuh Sakit Lepas Termakan Cicak

Justeru itu, kes-kes sebelum ini di mana ada pelanggan yang menjumpai cicak di dalam minuman mereka sememangnya adalah satu isu berbahaya. Ia boleh membawa kepada keracunan makanan dan akhirnya mengundang risiko maut.

Sebelum ini, seorang bapa dan anak perempuannya yang berasal dari India telah jatuh sakit gara-gara termakan cicak dalam samosa. Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh selepas mereka membeli kuih berkenaan di sebuah kedai.

Anak perempuan yang berusia 13 tahun itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat mengadu mengalami rasa mual dan muntah selepas menjamah samosa berinti cicak tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Dua Beranak Jatuh Sakit Lepas Termakan Samosa Berinti Cicak [Video]

Tips Halau Cicak Yang Membiak Dalam Rumah

Bagi mengani isu ini, adalah penting bagi setiap individu memastikan kebersihan kawasan sekitar lebih-lebih di dalam rumah. Di sini kami kongsikan beberapa tips menghalau cicak degil dari kediaman anda. Antaranya:

Sumber: Haibunda

Guna racun dan perangkap cicak:

  • Lekatkan perangkap atau racun tersebut di permukaan dinding yang mengandungi banyak cicak

Gunakan Cuka:

  • Cicak tidak suka aroma yang terlalu kuat dan cuka adalah pilihan terbaik kerana ia mudah disapu pada dinding atau tempat lain yang gemar diduduki reptilia ini.

Calitkan Bawang:

  • Tidak perlu digunakan secara keseluruhan atau dicincang, cukup sekadar mencalit bawang tersebut dan dinding atau kawasan ia bersembunyi.

Buat Semburan Air Lemon:

  • Sifat asid buah sitrus ini boleh membuatkan tubuh badan cicak menjadi pedih dan kemudian dengan pantas menjauhi kawasan yang diletakkan lemon.

Baiki Kerosakan Perabot Di Rumah:

  • Seperti yang anda perasan, cicak suka bersembunyi di tempat sempit dan tidak pelik jika ia membiak dalam celah-celah perabot rosak di rumah. Kawasan itu boleh menjadi laluan untuk keluar masuk ke dalam rumah.
Sumber: SA Garden & Homes/Pexels/FB Gel Harimau

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Minum Baru Nampak!” – Lelaki Terkejut Jumpa Cicak Dalam Minuman

Baca Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Jumpa Cicak Dalam Bungkusan Roti, Ini Penjelasan Dari Syarikat Terlibat

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jumpa ‘Cicak Goreng’ Dalam Pisang Cheese Tiramisu Yang Dibeli Buat Ramai Loya Tekak [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd