[Video] Asid Folik Bukan Hanya Untuk Wanita Hamil, Penting Bagi Kesihatan Otak & Banyak Lagi
Antara kebaikan lain asid folik adalah meningkatkan kesihatan jantung, mengurangkan sindrom kesihatan mental dan membantu dalam isu kesuburan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi wanita yang berusaha untuk hamil, salah satu vitamin yang wajib diambil ialah asid folik.
Asid folik yang merupakan sejenis vitamin B (B9) penting ketika hamil untuk mengelakkan kecacatan pada kandungan yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.
Pun begitu, vitamin ini sebenarnya bukan terhad buat ibu hamil, tetapi juga orang ramai secara umumnya.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Cepat Rasa Lesu Dalam Rutin Harian? Ini Tips Tingkatkan Imun Badan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tinggi Kandungan Nutrisi, Doktor Perjelas Tak Perlu Buang Kulit Kalau Nak Makan Kiwi
Otak Boleh Mengecut Jika Kandungan Asid Folik Tidak Mencukupi
Profesor Neurologi Dr Andy Hsu baru-baru ini telah menerangkan mengenai kepentingan asid folik bagi kesihatan otak menerusi akaun TikTok miliknya (@dr.andy.hsu).
Katanya, kandungan asid folik yang tidak mencukupi boleh menyebabkan keseluruhan otak mengecut.
Malah, keadaan ini juga boleh memberi kesan kepada bahagian hippocampus yang terletak di lobus temporal otak dan bertanggungjawab terhadap memori menjadi mengecil.

Asid Folik Penting Untuk Melindungi Saluran Darah
Tambah Dr Andy, di samping melindungi kesihatan otak dan mengelakkan organ itu daripada mengecil, asid folik juga penting dalam melindungi saluran darah.
Ini kerana asid folik yang tidak mencukupi akan meningkatkan kandungan asid amino homosisteina (hyperhomocysteinemia) yang boleh merosakkan saluran darah.
Menurutnya, tubuh badan akan menggunakan kolesterol bagi membaiki semula saluran darah yang telah rosak, seterusnya menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan mengecilkan saiz otak secara beransur-ansur.
Keadaan ini akan menjadikan inidividu boleh terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular atau jantung.
Oleh itu, penting untuk mendapatkan asid folik yang mencukupi menerusi diet yang seimbang.
@dr.andy.hsu Your brain craves this vitamin!❤️(60-sec fix) #vitamin #vitaminc #brain #neurodivergent #health #healthy #neuro #fruits #vegetables #neuroscience #andy_brainscience #malaysia #singapore #folicacid ♬ 原创音乐 – Dr Andy Hsu
Tonton video penuh [DI SINI].
Asid Folik Boleh Didapatkan Menerusi Makanan Seperti Telur & Brokoli
Berdasarkan laman web Healthline, asid folik sebenarnya merupakan vitamin B9 (folat) dalam bentuk sintetik yang seringkali ditambahkan ke dalam makanan diperkaya seperti roti dan tepung serta digunakan dalam suplemen.
Seorang dewasa memerlukan sekitar 400 mcg Dietary Folate Equivalents (DFE) setiap hari, tetapi wanita hamil dan yang menyusukan anak perlu dos yang lebih tinggi iaitu 600 mcg DFE.
Tubuh badan menyimpan antara 15 ke 30 mg folat, dengan kebanyakan berada di dalam hati, manakala selebihnya terletak di dalam darah dan tisu.
Memandangkan badan tidak boleh menghasilkan folat sendiri, ia perlu didapatkan daripada makanan seperti:
- Sayur bayam
- Kale
- Brokoli
- Avocado
- Buah-buahan sitrus
- Telur
- Hati daging
Sebagai info, hati akan menukar asid folik menjadi bentuk aktif 5-MTHF. Namun jika proses ini tidak dilakukan dengan cepat, kandungan asid folik boleh meningkat di dalam darah.
Keadaan ini boleh dielakkan dengan pengambilan makanan yang mengandungi 5-MTHF berbanding asid folik seperti sayur-sayuran berdaun, kekacang dan lentil, asparagus dan avocado.

Folat Penting Untuk Baiki DNA, Bantu Sel Berkembang
Selain penting untuk kesihatan otak seperti yang dinyatakan oleh Dr Andy, folat juga penting bagi tubuh badan untuk:
- Menghasilkan dan baiki DNA.
- Membantu sel berkembang, dibahagi dan berfungsi dengan betul.
- Menghasilkan protein tertentu.
- Membantu sel darah merah untuk matang.
Sebaliknya, kekurangan folat boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk anemia (kekurangan darah), risiko penyakit jantung dan sesetengah kanser meningkat serta masalah perkembangan pada bayi bagi wanita hamil.
Kandungan folat dalam badan mungkin tidak mencukupi disebabkan kekurangan pengambilan nutrisi itu di dalam diet. Namun ia juga mempunyai punca lain seperti:
- Penyakit atau pembedahan yang mempengaruhi bagaimana tubuh badan menyerap folat, termasuk penyakit Celiac, short bowel syndrome (SBS) dan pembedahan pintasan gastrik.
- Tiada asid perut (aklorhidria) atau kurang asid perut (hipoklorhidria).
- Ubat-ubatan yang mempengaruhi penyerapan folat termasuk methotrexate dan sulfasalazine.
- Gangguan penggunaan alkohol.
- Kehamilan.
- Anemia hemolitik.
- Dialisis.
Baca Artikel Berkaitan: Badan Kerap Rasa Penat & Lesu Tanda Anda Alami Anemia, Jangan Ambil Mudah!
Asid Folik Bantu Kurangkan Risiko Penyakit Jantung & Sindrom Kesihatan Mental
Seperti yang dinyatakan, asid folik sering digunakan dalam suplemen dan penting bagi merawat masalah kekurangan folat dalam tubuh badan.
Selain itu, ia dapat mencegah kecacatan bayi ketika dilahirkan dan komplikasi kehamilan seperti preeclampsia.
Pengambilan folat yang mencukupi juga boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung serta mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
Memetik apa yang dikongsi oleh Dr Andy, asid folik juga penting bagi mengekalkan kesihatan otak. Pengambilan vitamin ini yang secukupnya dapat meningkatkan fungsi otak serta melindungi daripada penyakit Alzheimer.
Malah, folat juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan neurotransmiter. Kajian mendapati pengambilan asid folik dapat mengurangkan sindrom kesihatan mental seperti kemurungan postpartum, skizofrenia dan gangguan bipolar.
Pengambilan suplemen asid folik juga dipercayai dapat membantu masalah kesihatan lain termasuk diabetes, keradangan, penyakit buah pinggang dan isu kesuburan.
Baca Artikel Berkaitan: Diabetes Boleh Berpunca Dari Kurang Cahaya Matahari? Ini Respon Doktor Kesihatan
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan
Baca Artikel Berkaitan: “Pendarahan Teruk” – Lelaki Kongsi Kisah Rakan Alami Masalah Kesihatan Kerana Tak Cukup Tidur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.