Now Reading
[Video] Ini 3 Perkara Yang Boleh Ganggu Emosi Tanpa Sedar

[Video] Ini 3 Perkara Yang Boleh Ganggu Emosi Tanpa Sedar

Tiga perkara ini sering dilakukan oleh orang ramai dalam kehidupan harian, namun secara tidak sedar boleh menyebabkan masalah emosi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu kesejahteraan mental dan emosi kini semakin banyak dibicarakan oleh orang ramai, dengan segelintir mereka turut berkongsi masalah mental yang dihadapi.

Mereka juga tidak lelah mencari punca kepada masalah mental, agar dapat mengelakkan diri sendiri daripada melakukannya.

Seperti perkongsian oleh seorang individu baru-baru ini, beberapa tindakan harian yang dilakukan boleh menyebabkan gangguan pada emosi dan mental secara tidak sedar.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Penyakit Mental Ini Layak Terima Perlindungan mySalam RM8,000

Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Kini Boleh Nilai Status Kesihatan Mental Guna Ciri MyMinda Di MySejahtera – KKM

Baca Artikel Berkaitan: Rasa Sakit-Sakit Badan Tapi Doktor Kata Tiada Masalah? Mungkin Alami Tekanan Emosi

3 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Gangguan Mental Tanpa Sedar

Menerusi perkongsian oleh seorang pelajar pelajar siswazah dalam bidang psikologi, Amirul di TikTok (@amirul.ramli), dia berkata orang ramai harus berhati-hati dengan perkara yang dilakukan dalam tidak sedar.

“Hati-hati dengan benda yang anda tak perasan. Yang diam-diam membuatkan mental anda terganggu,” jelasnya.

Mengulas lanjut, dia menyenaraikan tiga perkara harian yang boleh menyebabkan timbulnya masalah emosi.

#1. Tidak Terdedah Kepada Cahaya Matahari Pagi

Menurutnya, seseorang yang sudah lama tidak terdedah kepada cahaya matahari pagi akan menyebabkan tahap neurotransmiter serotonin berkurangan.

Situasi ini akan merosotkan tahap regulasi emosi seseorang, seterusnya membuatkan seseorang itu berasa sedih tanpa sedar.

Dia memetik satu artikel di laman web Psychology Today yang menjelaskan bahawa waktu pagi boleh menetapkan nada bagi sepanjang hari.

“Tabiat yang kita lakukan pada jam pertama selepas bangun bagi boleh memberi pengaruah kuat terhadap mood, kadar tekanan dan kesejahteraan keseluruhan,” jelas artikel berkenaan.

Malah, satu kajian yang diterbitkan dalam Innovations in Clinical Neuroscience menjelaskan kebarangkalian bahawa cahaya matahari boleh secara langsung merangsang pembentukan serotonin menerusi kulit.

Sebagai info, serotonin yang juga dikenali sebagai hormon kebahagiaan, menghantar mesej antara sel saraf dan otak,

Antara peranan serotonin adalah mempengaruhi pembelajaran, memori dan kegembiraan, serta mengawal suhu badan, tidur, tingkah laku seksual dan kelaparan.

Ketiadaan serotonin yang mencukupi dipercayai dapat mencerus kemurungan, kegelisahan, mania dan lain-lain masalah kesihatan.

Sumber gambar: Pexels
#2. Terlalu Banyak Guna Media Sosial

Di samping itu, penggunaan telefon pintar bagi tujuan menonton media sosial dengan terlalu lama juga boleh menyebabkan masalah emosi.

Hal ini berlaku apabila neurotransmiter dopamin yang juga dikenali sebagai hormon ‘feel-good’ menjadi terlampau terangsang (overstimulated).

Amirul berkata keadaan ini kemudiannya menyebabkan hormon dopamin jatuh menjunam, menjadikan seseorang itu berasa hilang semangat, malas bergerak dan tidak produktif.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Cureus menjelaskan lebih lanjut mengenai hubung kait antara penggunaan media sosial yang berlebihan dengan penghasilan dopamin.

Penggunaan media sosial secara kerap akan mengubah haluan dopamin yang penting dalam memproses ganjaran, seterusnya mewujudkan kebergantungan menyerupai ketagihan bahan.

“Sistem media sosial mengambil kesempatan dengan meningkatkan penghasilan dopamin menerusi jejak digital dan algoritma pembelajaran mesin yang menunjukkan kandungan yang diperibadikan,” jelas kajian terbabit.

Memandangkan lebih banyak dopamin dihasilkan, situasi ini akan menyebabkan seseorang lebih kerap menggunakan media sosial dan sukar untuk menghentikan ketagihan itu.

Perkara ini seterusnya menyebabkan perubahan patologi yang mengurangkan tahap keseronokan daripada ganjaran semulajadi, satu keadaan yang dikenali sebagai ‘reduced reward sensitivity‘.

Sumber gambar: Pexels
#3. Makan Terlalu Banyak Makanan Diproses

Tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan bukan sahaja mempengaruhi kesihatan fizikal seseorang, tetapi juga tahap emosi dan mentalnya.

Amirul berkata pengambilan makanan segera dan makanan diproses yang terlalu banyak boleh menjejaskan keseimbangan bakteria baik di dalam usus.

Perkara ini kemudiannya akan menyebabkan paksi usus-otak, iaitu sistem komunikasi dua arah antara saluran gastrousus dan otak, terjejas sehingga terjadinya masalah mental serta gangguan emosi.

Sumber gambar: Pexels

Berdasarkan satu artikel di laman web Earth.com, para saintis mendapati wujudnya hubung kait antara bakteria di dalam salur usus dan kemurungan.

Kajian mendapati lipid khas dari bakteria usus M. morganii yang mengandungi pencemar persekitaran diethanolamine (DEA) boleh mengaktifkan sistem imun apabila bergabung pada dua reseptor TLR1 dan TLR2.

Keadaan ini kemudiannya menghasilkan protein interleukin-6 (IL-6) yang dikaitkan dengan keradangan jangka masa panjang dan masalah kesihatan berkait imun badan.

Kajian mencadangkan bahawa masalah keradangan kronik yang disebabkan oleh proses ini boleh bertindak sebagai pemicu biologi bagi kemurungan dalam sesetengah individu.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Bawang Putih Mentah Bagus Untuk Kesihatan Mental

Pelajar psikologi itu sebelum ini pernah menerangkan mengenai kebaikan bawang putih bagi kesihatan mental.

Katanya, bawang putih mengandungi kompaun aktif alisin dengan sifat antiparasit, antiradang dan antimikrob yang kuat.

Bagi mendapatkan kebaikan maksimum daripada bawang putih, ia perlu dihancurkan dan dibiarkan selama 5 ke 10 minit agar alisin dapat diaktifkan.

Selepas itu, bawang putih itu hanya perlu diambil secara mentah disulami dengan air suam.

Amirul mencadangkan agar seseorang mengambil satu atau dua ulas bawang putih dalam masa seminggu, lebih-lebih lagi ketika emosi berasa tidak stabil atau sedang mengalami tekanan mental.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Psikologi Kongsi Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Obses Untuk Jadi Kurus Tanda Alami Gangguan Mental. Ini 6 Punca Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Terapis Kongsi Cara Untuk Dapatkan Rawatan Kesihatan Mental Dengan 5 Langkah Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd