Now Reading
Ibu Hamil Cepat Rasa Lesu Dalam Rutin Harian? Ini Tips Tingkatkan Imun Badan

Ibu Hamil Cepat Rasa Lesu Dalam Rutin Harian? Ini Tips Tingkatkan Imun Badan

Segelintir golongan ibu hamil mempunyai masalah imuniti badan yang rendah sehingga menyebabkan mereka cepat keletihan dan lebih parah diserang penyakit lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap wanita di luar sana menghadapi proses kehamilan yang berbeza. Meskipun hormon bagi kaum Hawa akan berubah sepanjang sembilan bulan mengandungkan zuriat, tetapi ramai dilihat bertenaga seperti orang biasa lain.

Namun bagi sesetengah individu, mereka akan cepat berasa kepenatan. Nak buat apa pun tidak larat. Bak kata sesetengah ibu hamil, nak bernafas pun kerap mengah. Itulah antara cabaran bagi wanita kuat ini bagi melahirkan bayi mereka.

Sumber: Freepik

Kalau anda nak tahu, imuniti badan seseorang berkait rapat dengan kehamilan. Oleh disebabkan itu, tidak pelik jika golongan ini banyak mengadu tentang keletihan atau rasa tidak bermaya mereka.

Proses kehamilan memberi tekanan pada tahap imuniti si ibu bagi memastikan janin tidak dianggap sebagai ‘sesuatu yang asing’ dan sekaligus ditolak badan. Pun begitu, satu kajian diterbitkan Science Immunology mendedahkan tindak balas agresif sistem imun badan penting untuk proses implantasi.

Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: “Lain Macam Craving” – Ibu Hamil Nak Join Kelas Matematik Buat Tutor Ini Terkejut

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi 13 Jenis Barang Untuk Ibu Hamil Demi Kehidupan Seharian Lebih Selesa

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Wanita Hamil Kena Buka Buku Pink Lepas Sah Mengandung

5 Tips Kuatkan Imuniti Badan Buat Wanita Mengandung

Sekiranya tahap imuniti ibu mengandung rendah, ini bermakna wanita hamil tersebut berisiko tinggi untuk terdedah kepada jangkitan dan penyakit.

Bagaimanapun usah risau, masalah imuniti badan yang rendah ini boleh dibendung. Asalkan kekal disiplin.

Berikut kami sertakan beberapa tips yang boleh dipraktik oleh ibu hamil yang sedang bergelut dengan imun badan yang lemah. Antaranya:

#1. Tidur Mencukupi

Tidak dinafikan, ramai golongan wanita kini termasuklah ibu hamil yang bekerjaya dan mempunyai pekerjaan sendiri. Ada yang melakukan bisnes dan ada juga bekerja di pejabat.

Perkara tersebut berkemungkinan menjadi punca mengapa mereka tidak dapat tidur yang cukup kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan hakiki.

Namun perlu diingatkan bahawa tidur mencukupi merupakan antara langkah utama bagi meningkatkan imun badan.

Sumber: Freepik

Selain disebabkan pekerjaan, tidur anda juga mungkin boleh terganggu akibat kekerapan ke tandas pada setiap malam.

Bagi mengatasi masalah tersebut, anda disarankan untuk menggunakan ‘body pillow’ yang dapat membantu menambahkan keselesaan. Seterusnya pastikan juga anda ke bilik air sebelum masuk tidur.

Sumber: Hugsie Malaysia
#2. Jauhi Stres

Walaupun kedengaran normal kerana ramai individu yang kerap stres dalam kehidupan mereka, tetapi tekanan berkait rapat dengan kesihatan minda dan badan.

Emosi ibu mengandung yang turun naik bersama rasa tertekan adalah perkara biasa sepanjang tempoh kehamilan. Hal ini kerana proses kehamilan itu sendiri mempengaruhi fizikal dan mental wanita itu.

Sumber: Freepik

Tetapi perlu diingatkan bahawa tekanan yang tinggi dan berterusan dalam jangka masa panjang boleh menjejaskan kesihatan, seperti mewujudkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. 

Tekanan juga boleh membawa kepada sakit perut, sakit kepala dan selesema. Memetik Hello Doktor pula, tekanan berlebihan semasa mengandung pula meningkatkan risiko bayi dilahirkan pramatang iaitu dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan.

Usaha bagi menangani perkara itu daripada terjadi adalah dengan melakukan aktiviti relaksasi seperti menghabiskan masa di spa, regangan, pernafasan mendalam dan urutan.

Sumber: Freepik
#3. Jaga Kesihatan Usus

Untuk info, saluran gastrointestinal (GI) membentuk sebahagian besar sistem imun, dengan lebih 70% sel pertahanan berada di dalam saluran tersebut.

Lapisan usus misalnya turut berfungsi melepaskan antibodi dan mengandungi sel yang dapat mengenal pasti dan memusnahkan bakteria berbahaya.

Sumber: Pexels

Bagi memastikan tahap kesihatan usus ibu hamil sentiasa dalam keadaan optimal, anda disarankan untuk mengambil makanan berasaskan probiotik sebagai contoh:

  • Yogurt
  • Kimchi
  • Sup Miso
  • Tempe
  • Keju
Sumber: Pexels/Inspired Taste

Baca Artikel Berkaitan: Tempoyak Tinggi Probiotik, Boleh Cegah Masalah Sembelit – Public Health Malaysia

Pengambilan probiotik secara berterusan dapat mengelakkan masalah cirit-birit dan sembelit iaitu keadaan yang common bagi ibu hamil.

#4. Lakukan Aktiviti Fizikal

Melakukan aktiviti fizikal semasa hamil terbukti sangat bermanfaat. Tidak perlulah melakukan senaman berat, cukup sekadar senaman berkala biasa yang membuatkan badan anda bergerak.

Sumber: Mind Pump

Selain tubuh badan cergas, banyak sebenarnya kebaikan yang anda boleh perolehi dengan melakukan aktiviti fizikal. Antaranya:

  • Elak pertambahan berat badan berlebihan
  • Kurangkan masalah sakit tulang belakang, bengkak dan sembelit
  • Perbaiki kualiti tidur
  • Tambah tenaga
  • Persiapkan badan untuk urusan bersalin
Sumber: Prohance

Dalam masa sama, aktiviti fizikal ringan ini turut memberi impak kepada peredaran darah lebih baik, membolehkan sel dan zat sistem imun bergerak ke seluruh badan dan melakukan tugas secekapnya.

#5. Ambil Makanan Berserat

Akhir sekali adalah mengamalkan pengambilan makanan tinggi serat dalam rutin harian.

Berperanan memastikan sistem pencernaan berjalan lancar, serat adalah elemen penting dalam diet kehamilan yang sihat serta mengelakkan masalah sembelit.

Sumber: Pexels

Sementara itu, makanan kaya dengan serat juga berfungsi menguatkan sistem kekebalan badan ibu mengandung.

Antara contoh serat yang anda boleh cuba adalah:

  • Roti dan biskut
  • Bijirin penuh seperti oat dan barli
  • Beras perang berbanding beras putih
  • Buah kering, aprikot dan ara
  • Lobak, kentang, brokoli dan kubis
  • Kekacang
  • Oren, beri serta avokado
Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Umum Vaksin Tdap Percuma Buat Ibu Hamil Bermula 2024


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd