Kentut 10 Hingga 25 Kali Sehari Petanda Usus Dalam Keadaan Sihat & Aktif – PHM
Pun begitu, kentut secara berlebihan mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan seperti intoleransi laktosa, sindrom usus rengsa (IBS) dan sembelit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam kehidupan seharian, setiap individu sudah tentu akan melepaskan gas yang dikenali sebagai flatulens atau dalam bahasa umumnya, kentut.
Berdasarkan laman web Better Health, usus menghasilkan antara 500ml ke 2,000ml gas setiap hari yang dikeluarkan menerusi lubang dubur pada selang masa yang tetap.
Walaupun ia sering dikaitkan sebagai sesuatu yang memalukan dan tidak sopan, namun fungsi fisiologi badan ini sebenarnya penting untuk kesihatan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Tahan Kentut Ketika Solat? Ini Jawapannya
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Urut Kongsi Teknik Untuk Keluarkan Angin Dalam Badan
Kentut 10-25 Kali Sehari Petanda Usus Sihat
Public Health Malaysia (PHM) menerusi akaun X telah menjelaskan lebih lanjut mengenai fungsi fisiologi tubuh badan ini.
Katanya, kentut antara 10 ke 25 kali dalam masa sehari dapat menjadi indikasi bahawa usus seseorang berada dalam keadaan yang sihat dan aktif, serta bakteria baik sedang bekerja.
Walaupun kentut sering dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan, PHM menjelaskan bahawa kebanyakannya tidak mengeluarkan sebarang bau.
Hal ini kerana 99% daripada komposisi gas yang dihasilkan ketika kentut merangkumi nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan metana yang tidak berbau.
Bahan Sulfur Dalam Makanan Sebabkan Bau Kentut Yang Busuk
Sebaliknya, bau kentut yang kuat disebabkan oleh kewujudan bahan sulfur yang boleh didapati daripada makanan seperti telur, daging merah dan bawang yang menghasilkan gas hidrogen sulfida.
Kebiasaannya, kentut berbau busuk jika dikeluarkan tanpa bunyi memandangkan ia bergerak perlahan, menyebabkan lebih banyak gas sulfur yang terperangkap.
“Kentut tak berbau biasanya dari udara yang ditelan. Contohnya ketika minum dengan penyedut, makan laju, atau banyak bercakap semasa makan,” jelasnya.
Selain itu, PHM menerangkan bahawa kentut lebih banyak dihasilkan jika seseorang mengamalkan diet tinggi serat.
Ini berlaku apabila serat tidak dicerna sepenuhnya di usus kecil, sebelum menjadi gas apabila melalui proses penapaian di dalam usus besar.

Kentut Terlampau Banyak Boleh Jadi Indikasi Masalah Kesihatan Usus
Tambah PHM lagi, kentut juga boleh dilepaskan ketika seseorang sedang tidur memandangkan otot berada dalam keadaan lebih relaks dan usus bergerak walaupun sedang berehat.
Selain itu, jumlah kentut tidak berbeza mengikut jantina seseorang, namun PHM menyatakan wanita biasanya lebih suka menahan kentut atau melepaskannya secara senyap.
Kentut sememangnya merupakan fisiologi badan yang normal dan menjadi indikasi masalah kesihatan usus, namun jika berlaku secara berlebihan ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan seperti intoleransi laktosa, sindrom usus rengsa (IBS) dan sembelit.

Tahan Kentut Boleh Sebabkan Perut Kembung & Sendawa Berlebihan
Di samping itu, mungkin terdapat individu yang gemar menahan kentut kerana berasa malu atau risau mengeluarkan bau busuk.
Namun perkara ini boleh menyebabkan gas tersebut naik ke atas, seterusnya menjadikan seseorang terasa kembung, sendawa berlebihan atau terasa tekanan di dalam perut.
Tambah PHM, stress juga boleh mengganggu corak kentut memandangkan tekanan emosi dapat mempengaruhi pergerakan usus dan pengeluaran gas.
“Kentut tidak dapat dihentikan sepenuhnya. Ia sebahagian dari fisiologi badan. Menahan kentut bukan sahaja tak selesa, malah boleh bawa kesan kesihatan,” katanya.
Fakta Mengejutkan Tentang Kentut & Kesihatan
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) June 10, 2025
Kentut sesuatu yang sering buat kita ketawa malu. Tapi sebenarnya, ia adalah bahasa rahsia usus yang sihat. Dan di sebalik bau dan bunyi, ada fakta yang ramai tak tahu.
Thread. pic.twitter.com/h7ch6lpwDW
Berjalan Lepas Makan Elok Untuk Keluarkan Gas & Cegah Sembelit
Sebelum ini, pakar perubatan dalaman dari Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering, New York City, Dr Tim Tiutan, berkata fungsi usus dapat ditingkatkan menerusi aktiviti santai seperti berjalan selepas makan.
“Berjalan selepas makan membantu menggalakkan pergerakan usus. Ini bermaksud, ia membantu pergerakan usus bagi menyingkirkan gas dan mencegah sembelit,” jelasnya.
Pakar gastroenterologi dari Pusat Perubatan Universiti Washington, Dr Christopher Damman turut menggalakkan aktiviti ‘fart walk’ iaitu kentut sambil berjalan.
“Usus memang boleh berfungsi sendiri, tetapi ia berfungsi dengan lebih baik apabila anda turut bergerak. Menggerakkan badan akan merangsang dan ‘membuka’ usus anda,” kata Dr Tim yang bersetuju dengan Dr Christopher.
Dia juga menerangkan bahawa aktiviti sedemikian dapat membantu mengawal paras gula dalam darah serta mengurangkan risiko kanser.
Baca Artikel Berkaitan: Nampak Lucu Tapi Penuh Kebaikan, Kentut Sambil Berjalan Selepas Makan Baik Untuk Kesihatan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Kentut Di Muka Rakan Sekerja, Anggota Polis Di UK Berisiko Kena Pecat
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jemaah Di Saf Belakang Perlu Beri Ruang Jika Makmum Di Depan Terbatal Solatnya, Ini Caranya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.