Now Reading
Rasa Sakit-Sakit Badan Tapi Doktor Kata Tiada Masalah? Mungkin Alami Tekanan Emosi

Rasa Sakit-Sakit Badan Tapi Doktor Kata Tiada Masalah? Mungkin Alami Tekanan Emosi

Antara gejala somatik adalah kesukaran tidur, masalah penghadaman dan sesak nafas yang mungkin terjadi tanpa sebarang masalah kesihatan fizikal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kesihatan merupakan salah satu anugerah yang diberikan kepada rata-rata manusia dan menjadi amanah kepada setiap daripada kita untuk menjaganya dengan baik.

Namun dalam kes tertentu, seseorang yang merasa sakit dan mendapatkan pemeriksaan doktor gagal mengenal pasti punca penyakit fizikal yang menyebabkan simptom tersebut.

Sebaliknya, ia mungkin berkait dengan tekanan emosi atau masalah mental yang sedang dialami.

Baca Artikel Berkaitan: “Garisan Lurus Pun Nampak Bengkok” – Lelaki Dedah Mata Hampir Buta Akibat Terlalu Stres

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Macam Mana Nak Tahu Mental Sudah Penat

Gangguan Simptom Somatik Mungkin Tidak Disebabkan Oleh Masalah Kesihatan Lain

Baru-baru ini, Unit Psikologi & Kaunseling (UPsK) sebuah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) di TikTok (@upsk.ipgkpm) telah berkongsi berkenaan Gangguan Simptom Somatik (SSD).

Gangguan ini dicirikan oleh tumpuan yang melampau pada gejala fizikal seperti kesakitan atau keletihan, yang seterusnya menyebabkan tekanan emosi.

Menurut Mayo Clinic, gangguan ini mungkin ada atau tidak bersangkut-paut dengan masalah kesihatan lain, tetapi ia boleh menyebabkan individu tersebut berasa terlalu risau dengan gejala yang timbul.

Pesakit SSD Sering ‘Overthink’ Gejala Yang Dialami

Gejala SSD datang dalam pelbagai bentuk, sama ada sensasi tertentu, seperti sakit atau sesak nafas, atau yang lebih umum termasuk kelelahan.

Gejala yang timbul tidak semestinya satu sahaja, tetapi boleh menjadi pelbagai dan berbeza-beza, serta merangkumi gejala ringan, sederhana atau teruk.

Simptom yang paling biasa dirasakan adalah kesakitan, tetapi ia menjadi lebih teruk apabila seseorang itu berasa risau yang melampau terhadap sakit itu sehingga menyukarkan fungsi harian. Antaranya adalah:

  • Sering risau tentang potensi penyakit.
  • Merasakan sensasi fizikal biasa sebagai tanda penyakit yang teruk.
  • Risau simptom bertambah teruk walaupun tiada bukti.
  • Merasakan sensasi fizikal mengancam atau berbahaya.
  • Merasakan pemeriksaan dan rawatan kesihatan tidak mencukupi.
  • Risau aktiviti fizikal boleh menyebabkan kerosakan pada tubuh badan.
  • Kerap menyemak tubuh badan untuk mengenal pasti kecacatan.
  • Kerap lakukan pemeriksaan kesihatan yang tidak mengurangkan kerisauan atau menjadikannya semakin teruk.
  • Rawatan kesihatan tidak berkesan atau lebih sensitif terhadap kesan sampingan ubat-ubatan.
  • Mengalami masalah yang lebih teruk daripada yang biasanya dijangkakan bagi satu masalah kesihatan.
Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Obses Untuk Jadi Kurus Tanda Alami Gangguan Mental. Ini 6 Punca Anda Perlu Tahu

Sukar Bangun Pada Awal Pagi Antara Simptom SSD

Public Health Malaysia (PHM) sebelum ini juga pernah berkongsi tentang SSD dengan memberi contoh kesan gangguan itu terhadap aktiviti harian, termasuklah untuk bangun pada awal pagi bagi memulakan hari baharu.

Walaupun mengalami sakit yang serius seperti sesak nafas, pemeriksaan doktor mungkin gagal menemukan sebarang masalah kesihatan fizikal.

Individu yang menghidapi SSD juga mungkin berasa lesu yang berlanjutan sehingga sukar untuk fokus ke atas aktiviti harian serta mempunyai gejala yang berulangan tanpa sebab jelas dalam tempoh lebih enam bulan.

Antara contoh gejala somatik yang boleh dialami termasuk:

  • Sakit tengkuk
  • Sakit belakang
  • Pening kepala
  • Sakit di tangan atau sendi
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Masalah tidur
  • Perut kembung/ Masalah penghadaman
  • Letih dan lesu

Dalam pada itu, PHM mengingatkan orang ramai bahawa suatu kesakitan yang dirasakan tidak semestinya disebabkan oleh masalah fizikal, tetapi mungkin juga disebabkan oleh tekanan emosi.

Faktor Risiko SSD Termasuk Pengalaman Buruk Dalam Hidup

Seperti yang diterangkan, SSD berlaku akibat tekanan emosi atau masalah psikologi. Perkara ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor risiko seperti berikut:

  • Faktor genetik dan biologi.
  • Penurunan kesedaran atau masalah memproses emosi.
  • Pengalaman penderaan fizikal dan seksual semasa kecil.
  • Kesedaran atau perkembangan emosi yang lemah semasa zaman kanak-kanak, akibat pengabaian ibu bapa atau kurangnya keakraban emosi.
  • Kebimbangan berlebihan dan terlalu fokus pada perubahan badan serta tanda-tanda penyakit.
  • Masalah ketagihan dadah atau alkohol.
  • Gaya hidup yang huru-hara atau trauma.
  • Penyakit kronik semasa kecil.
  • Masalah mental lain, terutamanya kebimbangan atau kemurungan, atau masalah personaliti.
  • Mempunyai risiko mengalami penyakit tertentu akibat sejarah keluarga.

Walaupun mungkin kelihatan remeh pada sesetengah pihak, namun kesan akibat gejala ini tidak boleh dipandang enteng kerana boleh menyebabkan masalah dalam perhubungan, masalah di tempat kerja dan kesukaran berfungsi dalam kehidupan seharian.

Dalam kes yang lebih serius, SSD boleh menyebabkan gangguan kesihatan mental lain serta meningkatkan risiko bunuh diri yang berkait dengan kemurungan.

Sumber gambar: Pexels

Lakukan Senaman Somatik Sebagai Terapi SSD

Seseorang yang merasakan diri mereka mengalami SSD perlu mengambil langkah pencegahan agar dapat mengurangkan gejala yang dialami termasuklah dengan mendapatkan rawatan awal untuk mengelakkan gejala daripada menjadi lebih teruk.

Selain itu, dapatkan juga bantuan profesional, termasuklah dari pakar psikiatri atau psikologi dengan cepat. Perkara ini juga dapat membantu seseorang individu untuk belajar mengenal pasti saat diri dalam keadaan tertekan.

Malah, mereka yang mengalami SSD juga boleh menjalankan terapi somatik seperti menerusi senaman somatik Butterfly Hug, Wipe Away dan Goddess yang dikongsi dalam video di bawah.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Psikologi Kongsi Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: 3 Penyakit Mental Ini Layak Terima Perlindungan mySalam RM8,000

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Joging & Berlari Dapat Bantu Kurangkan Masalah Mental?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd