[Video] Haid Warna Coklat Normal Atau Tak? Ini Penjelasannya
Darah berwarna coklat terjadi apabila darah turun dengan perlahan sehingga teroksida.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kitaran haid merupakan proses semula jadi yang dilalui oleh setiap wanita yang telah akil baligh.
Dalam kitaran haid yang normal, wanita akan keluar darah haid pada tempoh tertentu sekitar lima hingga tujuh hari.
Pun begitu, sesetengah wanita mungkin mengalami masalah tertentu pada sistem pembiakan yang menyebabkan pendarahan yang berpanjangan, tidak datang haid, senggugut teruk dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Period 2 Hari Normal Atau Tidak? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Rasa Sakit Seakan Senggugut Tapi Belum Datang Haid? Mungkin Proses Ovulasi Sedang Berlaku
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu
Darah Menjadi Warna Coklat Kerana Keluar Perlahan & Teroksida
Apabila kedatangan haid, salah satu perkara yang dapat dilihat adalah keluarnya lelehan yang berwarna coklat sama ada pudar atau gelap.
Doktor Pakar Sakit Puan yang dikenali sebagai Dr Izzat telah menerangkan mengenai keadaan ini menerusi hantarannya di TikTok (@drizzatwomenshealth).
Katanya lelehan berwarna coklat itu juga merupakan darah yang kebiasaannya keluar ketika bermulanya atau di penghujung haid.
Berbeza dengan darah berwarna merah yang keluar, darah ini berwarna coklat kerana ia keluar dengan perlahan sama ada dari dalam faraj mahupun dinding rahim.
Dr Izzat berkata darah yang keluar dengan perlahan itu akan teroksida menyebabkan ia bertukar menjadi warna coklat atau kehitam-hitaman.
Sebagai info, terdapat lima warna darah haid atau lelehan dari dalam rahim.
Ketulan Darah Terbentuk Apabila Darah Bertakung Dalam Faraj
Selain darah yang berwarna coklat, terdapat juga keadaan di mana darah haid yang keluar berbentuk ketulan kecil yang merupakan darah beku.
“Darah haid datang dari dinding rahim yang luruh. Jadi apabila dia mula luruh, kadangkala ia akan luruh sikit demi sikit dan bertakung di dalam faraj.
“Pendarahan yang sikit itu bertakung dan lama-kelamaan akan bergumpal menjadi darah beku. Jadi bila bergerak, berjalan atau ubah posisi, darah beku akan keluar,” kata Dr Izzat.
Berdasarkan penjelasannya, darah beku yang saiznya tidak besar seperti saiz duit syiling 10 sen atau 20 sen adalah normal.
Namun jika darah beku yang keluar lebih besar dari yang dinyatakan, ia adalah keadaan yang tidak normal kerana berlakunya pendarahan tidak henti-henti sehingga terlalu banyak yang bertakung di dalam faraj.

Keluar Darah Coklat Tempoh Panjang Mungkin Ada Masalah Sistem Pembiakan
Bercakap mengenai darah haid berwarna coklat, Dr Izzat berkata ia merupakan perkara yang biasa jika berlaku pada awal dan penghujung haid.
Namun jika darah tersebut keluar setiap hari tanpa mengira waktu kedatangan haid selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan, ia bukanlah keadaan yang normal dan perlu diperiksa.
“Kita perlu pastikan ada masalah tak pada dinding rahim ataupun pada bahagian pangkal rahim (serviks). Ada ketumbuhan ke yang menyebabkan pendarahan tak henti-henti,” jelasnya.
Pemeriksaan juga perlu dilakukan ke atas ovari untuk mengenal pasti sama ada susunan folikel normal atau terdapat ‘suggestive polycystic ovarian morphology’ (PCOM) yang sering dikaitkan dengan Polycystic Ovary Syndrome (PCOS).
Tambah Dr Izzat, pendarahan tidak henti-henti itu juga boleh disebabkan oleh jangkitan pada serviks yang dikenali sebagai cervicitis.
Salah satu kaedah yang oleh dilakukan oleh doktor kesihatan bagi mengenal pasti masalah-masalah ini adalah dengan menggunakan spekulum bagi memerhatikan keadaan serviks.
Selain itu, imbasan transvaginal juga boleh dijalankan bagi memeriksa jika terdapatnya ketumbuhan seperti polip di dalam rahim atau simptom PCOS pada ovari.
@drizzatwomenshealth Kalau nak dekat period, ataupun nak hujung period dapat tompok-tompok hitam camni pada pad — normal. Ianya indicate slow flowing blood. Blood asalknya merah terang, tapi bila dia bertakung dan oxidized – jadilah warna dark brown atau hitam. Macam jelly pun ada (darah beku). Yang tak normal adalah benda ni jadi hari-hari. Berminggu-minggu, berbulan lamanya. Bukan waktu period pun jadi – TAK NORMAL. Hal ini perlukan pemeriksaan. Nak kena tengok pangkal rahim (cervix), kena tengok ketebalan dinding rahim melalui transvaginal scan, dan dalam masa yg sama nak tengok ovary – susunan folikel normal atau suggestive Polycystic ovarian morphology. Pendekknya, memang kena check. Jangan tunggu lelama #period #spotting #intermenstrualbleeding #postcoitalbleeding #bleedingaftersex #pcos #gynaecology #reproductivemedicine #reprodutivehealth #prolongedperiod #menstruation #menstrual #menstrualproblem
♬ original sound – DrIzzat-Women’s Health – drizzatwomenshealth
Tonton video penuh [DI SINI].
Haid Boleh Jadi Kacau-Bilau Selepas Puasa Akibat Perubahan Diet
Sebelum ini, doktor perubatan Dr Aen Saari, pernah menerangkan berkenaan keadaan haid yang tidak keluar atau keluar sedikit selepas berpuasa.
Katanya, keadaan ini terjadi apabila berlakunya perubahan pada diet dan gaya hidup yang kemudiannya menyebabkan penurunan berat badan atau defisit kalori.
Sebaliknya, haid yang keluar banyak selepas berpuasa boleh disebabkan oleh lebihan kalori.
Dalam masa sama, para wanita juga diingatkan bahawa pendarahan haid terlalu banyak mungkin merupakan salah satu simptom masalah pada sistem pembiakan seperti ketumbuhan fibroid, sista ovari dan kanser.
Oleh itu jika anda mengalami haid yang tidak menentu sama ada darah terlalu banyak atau pendarahan tidak henti, segera berjumpa dengan doktor perubatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan diagnosis.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haid Anda Tak Menentu Lepas Puasa? Ini Penerangan Doktor
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Darah Haid Terlalu Banyak, Mungkin Ada Fibroid Yang Boleh Sukarkan Kehamilan
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Senggugut Atau ‘Period Pain’ Yang Teruk Ketika Haid Merupakan Perkara Biasa?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â