Now Reading
Kurang Tidur & Obes Ada Kaitan? Ini Info Anda Perlu Tahu

Kurang Tidur & Obes Ada Kaitan? Ini Info Anda Perlu Tahu

Peningkatan berat badan bukan sahaja disebabkan oleh pengambilan makanan tinggi kalori, tetapi juga disebabkan kekurangan waktu tidur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah obesiti dalam negara dilihat semakin membimbangkan. Data diperoleh Tinjauan Kebangsaan dan Kesihatan Morbiditi (NHMS) 2023 sebelum ini mendapati sekitar 54.4% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan (32.6%) dan mengalami obesiti (21.8%).

Bahkan Malaysia juga dilaporkan sebagai negara kelima dengan masalah obesiti tertinggi di dunia.

Hal ini berkemungkinan berlaku akibat gaya hidup masyarakat yang tidak berkualiti selain pengambilan makanan tidak berkhasiat serta tinggi kalori dalam rutin harian.

Antara makanan popular penduduk di negara ini yang membawa kepada kenaikan berat badan mendadak adalah Nasi Kandar bersama kuah banjir.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Wanita Lagi Cepat ‘Naik Badan’ Dari Lelaki. Ini Sebabnya!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Turun Berat Badan Sebelum Raya? Doktor Kongsi Tips Diet Defisit Kalori

Risiko Alami Obes Jika Kekurangan Tidur

Walaupun jenis sesuatu makanan memainkan peranan terbesar terhadap kenaikan berat badan seseorang, banyak juga aspek lain boleh mendorong kepada obesiti sebagai contoh tidak mendapatkan tidur yang mencukupi.

Memetik Hello Doktor, satu kajian yang dilakukan ke atas 70,000 wanita menunjukkan mereka yang tidur selama lima jam lebih cenderung bertambah berat badan sebanyak 32% berbanding individu yang tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari.

Seseorang yang tidur kurang daripada tujuh jam juga dikatakan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

Sumber: Pexels

Kurang Tidur Menyebabkan Hormon Lapar Meningkat

Keburukan kurang waktu tidur tidak terhenti di situ sahaja, ia juga akan memperlahankan kadar metabolisma seseorang dan mempengaruhi pengeluaran insulin.

Untuk pengetahuan semua, insulin adalah sejenis hormon yang memainkan peranan penting bagi mengawal paras gula dalam darah.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes

Selain itu, waktu tidur yang kurang juga mampu mencetuskan perubahan terhadap hormon ghrelin dan leptin di dalam badan. Sekadar info, ghrelin ialah sejenis hormon yang meresap di dalam perut dan ia bertindak di hipothalamus bagi merangsang selera.

Dalam erti kata mudah, ghrelin adalah hormon lapar. Leptin pula bertindak ke atas hipothalamus supaya menghentikan rasa lapar dan meningkatkan penggunaan tenaga.

Sumber: Freepik

Oleh yang demikian, golongan yang tidak mendapat rehat mencukupi akan selalu mengantuk dan berasa lapar sekaligus menyebabkan individu itu makan dengan banyak.

Perlu diingatkan bahawa segala gejala ini bukan sahaja boleh dialami oleh dewasa, tetapi golongan lebih muda seperti kanak-kanak juga tidak terkecuali.

Tips Untuk Perbaiki Kualiti Tidur

Buat mereka yang susah tidur malam hingga menyebabkan kekurangan rehat, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk memperbaiki kualiti tidur anda. Antaranya:

  • Mencipta rutin tidur seperti menutup televisyen apabila waktu tidur sudah tiba.
  • Bangun tidur awal pagi agar badan berasa penat pada waktu malam.
  • Berhenti tidur selama berjam-jam lamanya pada waktu siang.
  • Kurangkan pengambilan makanan sebelum tidur.
  • Elak minum minuman berkafein sebagai contoh kopi dan teh.
  • Melakukan senaman agar banyak tenaga digunakan.
Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coach Fitness Perjelas Kenapa Tidur Lambat Tak Bagus Walau Sudah Cukup 8 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Alami Masalah Tidur? Ini Antara Tips Atasi Insomnia Dengan Mudah Tanpa Perlu Ambil Pil

Baca Artikel Berkaitan: Tabiat Tidur Lambat Boleh Datangkan 5 Kesan Buruk Ini. Jangan Pandang Enteng!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd