Now Reading
Ingatkan Sakit Dada Sebab Angin, Rupanya Boleh Jadi ‘Silent Heart Attack’

Ingatkan Sakit Dada Sebab Angin, Rupanya Boleh Jadi ‘Silent Heart Attack’

Antara simptom Silent Heart Attack adalah rasa tidak sedap di bahagian ulu hati dan kepenatan yang tidak terkata tanpa sebab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak mengejutkan jika orang ramai sering mengambil mudah terhadap suatu kesakitan atau rasa tidak selesa yang dialami.

Kadangkala mereka menganggap ia hanya berlaku akibat penat dan tidak cukup rehat serta hanya dirawat menggunakan ubat-ubatan yang berada di rumah sahaja.

Namun kadangkala, rasa sakit yang dianggap remeh boleh menjadi simptom atau sebab kepada suatu masalah kesihatan yang lebih besar seperti serangan jantung.

Baca Artikel Berkaitan: PHM Dedah Masalah Gusi Boleh Tingkatkan Risiko Sakit Jantung, Hati-hati!

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Batuk Boleh Jadi Berbahaya Buat Pesakit Jantung

Pesakit Ke Klinik Disangkakan Gastrik, Doktor Syak Silent Heart Attack

Menerusi hantaran di TikTok (@drmalarss), doktor perubatan juga pempengaruh yang dikenali sebagai Dr Malar, berkongsi tentang kisah seorang pesakit yang pada mulanya menyangka dirinya hanya mengalami masalah gastrik.

Pesakit terbabit merasakan perasaan berat pada bahagian dada dan menganggap ia disebabkan oleh angin memandangkan tiada rasa sakit.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Urut Kongsi Teknik Untuk Keluarkan Angin Dalam Badan

Pun begitu, apabila dia ke klinik bagi mendapatkan ubat untuk merawat masalah gastrik, doktor di sana mengesyaki dia mengalami ‘Silent Heart Attack’.

Apabila ujian Electrocardiogram (ECG) pada pesakit, keputusannya adalah normal. Pun begitu, doktor masih merasakan dia mengalami masalah jantung.

Ujian Darah Berjaya Kesan Silent Heart Attack Dialami Pesakit

Doktor kemudiannya melakukan ujian darah Cardiac Troponin I Rapid Test yang mengesahkan pesakit tadi benar-benar mengalami Silent Heart Attack.

Doktor menerangkan bahawa pesakit itu berada dalam keadaan serius dan telah meminta dia menaiki ambulans untuk ke hospital berdekatan walaupun ditolak pada mulanya.

“Pesakit berkeras tak nak naik ambulans. Nak pergi hospital dengan kereta sendiri je sebab dia rasa sihat,” jelas Dr Malar.

Jantung Pesakit Tiba-Tiba Berhenti Ketika Di Dalam Ambulans

Namun dalam tempoh jangka masa pendek ketika dia menaiki ambulans terbabit, jantung pesakit itu tiba-tiba berhenti dan memasuki fasa pemfibrilan ventrikel (VF) iaitu sejenis degupan jantung yang tidak sekata (arytmia).

Pesakit itu segera diberi rawatan renjatan defibrilation ketika masih di dalam ambulans sehingga nadinya berjaya dikembalikan.

Dr Malar berkata, sebaik sahaja pesakit itu tiba di hospital, prosedur Angioplasty segera dilakukan bagi merawat bahagian jantung yang tersumbat, menyebabkan dia berjaya diselamatkan dan sembuh.

@drmalarss Bukan kembung perut, rupanya serangan jantung. Itu lah kisah benar pesakit ni yang hampir hilang nyawa disebabkan silent heart attack. 😱 Nasib baik lah ada ujian darah yang boleh kesan Silent Heart Attack. So, uols jangan ambil mudah dengan gejala silent heart attack ni tau! #celotehdrmalar #fyp #viral ♬ original sound – CelotehDrMalar

Tonton video penuh [DI SINI].

Penerangan Dr Malar Tentang Ujian Darah Troponin I Rapid Test

Pasti ramai yang mengetahui tentang ujian ECG bagi mengenal pasti sebarang degupan jantung yang tidak normal. Tetapi bagaimana pula dengan ujian darah Cardiac Troponin I Rapid Test seperti dikongsikan oleh Dr Malar?

Menurutnya, ujian darah ini berfungsi dengan mengesan kehadiran sel otot jantung yang tercedera akibat serangan jantung di dalam darah pesakit.

Ujian darah ini dilakukan menggunakan kit ujian, namun hanya boleh dilaksanakan oleh doktor bertauliah secara klinikal dan tidak boleh dilakukan dengan sendiri.

Ia dilakukan hanya dengan meletakkan tiga titis darah hujung jari ke atas kit ujian sebelum ditambah buffer dan keputusan akan diterima dalam masa 10 minit.

Sumber gambar: @drmalarss/ TikTok

“Ujian ini boleh kesan serangan jantung tak kisah sama ada jenis silent ataupun tidak. Ia mempunyai kadar ketepatan 99.1%,” jelas Dr Malar.

Katanya lagi, walaupun pesakit yang mengalami silent heart attack tidak berasa terlalu sakit, namun ia berisiko menjadi ‘Full-Blown Heart Attack’ yang boleh menyebabkan kegagalan jantung, malah meragut nyawa.

Silent Heart Attack Lebih Kerap Berlaku Pada Kaum Wanita

Dalam pada itu, Dr Malar turut berkongsi gejala silent heart attack yang orang ramai perlu cakna termasuklah:

  • Rasa tidak sedap di bahagian ulu hati.
  • Kepenatan yang tidak terkata tanpa sebab.
  • Sesak nafas.
  • Sakit atau tidak selesa di dagu, leher, belakang atau perut.
  • Loya atau muntah.
  • Peluh sejuk.

Tambah Dr Malar, silent heart attack lebih kerap dialami oleh kaum wanita, pesakit diabetes dan perokok.

Menurut Cleveland Clinic, silent heart attack kebiasaannya disebabkan oleh penyakit arteri koronari iaitu akibat jantung tersumbat. Silent heart attack boleh menyebabkan ritma jantung tidak normal atau kegagalan jantung.

Sumber gambar: Pexels

Perkara Ini Boleh Sebabkan Individu Berisiko Alami Serangan Jantung

Selain yang disenaraikan oleh Dr Malar, berikut merupakan isu yang boleh menyebabkan risiko tinggi serangan jantung:

  • Mempunyai berat badan berlebihan dengan skor BMI 25 ke atas.
  • Tidak melakkukan aktiviti fizikal secukupnya.
  • Mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Mempunyai kolestrol tinggi.
  • Mempunyai gula dalam darah tinggi.
  • Makan banyak makanan mengandungi kolestrol, garam dan lemak tidak sihat.
  • Rasa terkekan.
  • Mengalami masa preeclampsia ketika hamil.
  • Mengalami COVID-19 atau jangkitan lain.

Bagi mengelakkan serangan ke atas jantung, lakukan perkara-perkara berikut:

  • Aktiviti fizikal secukupnya.
  • Elak produk tembakau dan alkohol.
  • Ambil makanan sihat termasuk banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta elak daging merah.
  • Kawal tahap tekanan.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.
Sumber gambar: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dr Malar Jelaskan Serangan Jantung Dialami Pemain Badminton Zhang Zhi Jie

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah 4 Punca Pembuluh Darah Boleh Pecah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd