Now Reading
Kajian Dapati Gen Alpha Datang Haid Seawal 8 Tahun, Pakar Nutrisi Kongsi Tips Elakkannya

Kajian Dapati Gen Alpha Datang Haid Seawal 8 Tahun, Pakar Nutrisi Kongsi Tips Elakkannya

Sebagai perbandingan, kanak-kanak perempuan daripada generasi Y secara umumnya mendapat haid pertama di antara usia 10 hingga 15 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kanak-kanak perempuan yang normal akan didatangi haid yang menandakan mereka telah mencapai usia akil baligh.

Mengikut kebiasaan, kanak-kanak perempuan akan mendapat haid pertama ketika berumur sekitar 10 hingga 15 tahun.

Pun begitu, terdapat juga kes di mana anak perempuan mendapat haid terlalu awal sehingga mendatangkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Darah Haid Terlalu Banyak, Mungkin Ada Fibroid Yang Boleh Sukarkan Kehamilan

Baca Artikel Berkaitan: Raih 2.5 Juta Tontonan, Video Wanita OKU Buta Penglihatan Dedah Cara Urus Haid Undang Perhatian Ramai

Pakar Pemakanan Jelas ‘Food Adulteration’ Salah Satu Punca Anak Dapat Haid Awal

Menerusi perkongsian oleh Pakar Pemakanan, Neha Gandhi, satu kajian yang dijalankan mendapati kanak-kanak generasi Alpha mula mendapat haid seawal usia 8, 9 tahun berbanding kanak-kanak generasi Y (millenial) pada usia sekitar 13 tahun.

Katanya, perkara ini disebabkan oleh beberapa perkara termasuk pengadukan makanan (food adulteration) yang diambil oleh kanak-kanak setiap hari dalam kuantiti banyak.

Untuk info, pengadukan atau pemalsuan makanan bermaksud proses yang menjadikan makanan tidak tulen atau rendah kualitinya. Ini termasuklah penambahan bahan yang berbahaya untuk kesihatan.

Kata Neha, hormon kanak-kanak perempuan boleh terganggu jika mengambil makanan yang tinggi garam, gula, pewarna tiruan dan pengawet secara berlebihan.

Perkakas makanan juga memainkan peranan. Oleh itu, gunakan pinggan dan mangkuk yang diperbuat daripada kaca, seramik, tembaga atau keluli tahan karat berbanding plastik dengan kandungan bahan kimia tinggi.

Jauhkan Kanak-Kanak Perempuan Daripada Kimia Pengganggu Endokrin

Di samping pemakanan, penggunaan berlebihan peranti berskrin dan pendedahan terhadap media sosial juga boleh menyebabkan stimulasi fizikal dan mental berlebihan sejak kecil.

Malah, Neha berpendapat kanak-kanak perempuan juga tidak sepatutnya didedahkan kepada peralatan mekap dan kosmetik pada usia muda.

Di ruangan komen, dia bersetuju dengan pendapat seorang individu bahawa kanak-kanak perempuan perlu dijauhkan daripada kimia yang mengganggu hormon endokrin.

Contoh barang yang mengandungi kimia tersebut adalah yang mempunyai bau wangi-wangian seperti pencuci baju, minyak wangi, penyembur wangian dan kosmestik.

Namun terdapat juga bungkusan makanan dan minuman serta permainan yang mempunyai kimia terbabit.

Lebihkan Aktiviti Fizikal & Elak Penggunaan Telefon Pintar

Sehubungan itu, Neha telah berkongsi tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi membantu mengelakkan anak-anak perempuan mendapat haid pertama pada usia terlalu awal.

Pertama, pastikan pemakanan anak-anak merangkumi banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, serta makanan yang kaya protein.

Ibu bapa juga perlu mendedahkan mereka kepada cahaya matahari di waktu awal pagi selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Di samping itu, lakukan juga aktiviti fizikal di luar seperti bersenam dan beriadah setiap hari sekitar satu hingga dua jam.

Neha turut mengingatkan ibu bapa agar mengelakkan anak-anak daripada menggunakan telefon pintar, lebih-lebih lagi untuk tujuan ‘doomscrolling’. Sebaliknya, galakkan mereka untuk melakukan aktiviti seni dan kraf tangan, serta membaca.

Pastikan juga anak-anak mendapat tidur berkualiti sepanjang 8 hingga 10 jam setiap malam.

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah

Ibu Bapa Perlu Luangkan Masa Lebih Banyak Dengan Anak & Jadi Contoh Teladan

Dalam pada itu, ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak agar mengenali mereka lebih mendalam dan membantu mereka membuat pilihan yang tepat.

Salah satunya adalah dengan melibatkan anak dalam sukan pilihan mereka yang dilakukan setiap minggu.

Selain itu, Neha turut menasihati ibu bapa agar sering bersembang bersama anak-anak perempuan untuk mengenali personaliti mereka saat membesar.

Galakkan juga anak-anak supaya sering bertanya soalan dan mengadakan perbualan bagi memupuk rasa ingin tahu, berbanding mengabaikan mereka.

Tidak dilupakan juga, ibu bapa perlu menjadi inspirasi terhadap anak-anak dengan menjadi contoh teladan dalam melakukan tabiat sihat, sekaligus menanamkan sifat disiplin.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu

Baca Artikel Berkaitan: Hadkan Penggunaan Racun Serangga! Boleh Beri Kesan Pada Perkembangan Saraf Kanak-Kanak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Kawal Nafsu Termasuk Keinginan Seksual


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd