Kes HFMD: Ini Simptom Yang Ibu Ayah Kena Tahu
Penyakit tangan, kaki dan mulut mudah dijangkiti menerusi saluran tinja-oral, rembesan daripada hidung dan tekak, serta cecair daripada kuping atau lepuhan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap ibu bapa pasti sentiasa berasa risau dengan keselamatan dan kesihatan anak-anak, apatah lagi apabila mereka dihantar ke sekolah, pengasuh dan sebagainya.
Antara jangkitan yang sering dialami oleh kanak-kanak adalah seperti demam, influenza, demam campak, serta penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Ibu bapa pasti cakna bahawa kes HFMD kini banyak dilaporkan terutamanya membabitkan kanak-kanak di tadika, pusat asuhan dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: KKM Dedah Masalah Kesihatan Mental Kanak-kanak & Belia Meningkat 2 Kali Ganda
Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Jadi Penyakit Kalau Tak Jaga” – Ramai Bimbang Lihat Kanak-kanak 2 Tahun Cecah Berat 26KG
Baca Artikel Berkaitan: Awas! Penyakit Kawasaki Lebih Risiko Jangkiti Kanak-kanak Lelaki & Boleh Ragut Nyawa
Elakkan Kunjungan Rumah Ke Rumah Ketika Raya Jika Anak Alami HFMD
Berdasarkan hantaran di Facebook Public Health Malaysia (PHM), kes jangkitan HFMD dalam kalangan kanak-kanak dilihat semakin meningkat.
Bernama melaporkan kes HFMD di Terengganu meningkat dengan 533 kes direkodkan setakat 8 Mac lalu. Jumlah ini menunjukkan peningkatan apabila meningkat 100 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
PHM mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah sekiranya anak-anak dijangkiti HFMD menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Menurutnya, HFMD mudah berjangkit kepada kanak-kanak lain menerusi sentuhan, air liur, najis dan cecair dari lepuh.
PHM turut berkongsi tindakan yang perlu diambil sempena raya ini sekiranya anak dijangkiti HFMD iaitu:
- Rehat dan rawat di rumah.
- Tunda kunjungan raya.
- Maklumkan kepada keluarga secara jujur dan baik.
- Elakkan pergi ke tempat padat dan sesak.
Apa Itu HFMD?
Pasti ramai tahu bahawa HFMD merupakan penyakit berjangkit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.
Namun, ia juga sebenarnya boleh menjejaskan orang dewasa, lebih-lebih lagi warga emas dan wanita hamil.
Merupakan penyakit endemik di Malaysia, kebiasaannya HFMD akan sembuh dengan sendirinya dalam masa tujuh hingga 10 hari. Namun ia boleh juga menjadi wabak berbahaya sehingga meragut nyawa kanak-kanak dan bayi.
Sebagai info, jangkitan HFMD ini adalah disebabkan oleh Enterovirus Coxsackie Virus A16 dan 71 (EV 71).

Simptom HFMD Yang Perlu Ibu Ayah Pantau
Penyakit ini biasanya ringan dan hilang dengan sendirinya. Tanda dan gejala HFMD yang ibu ayah perlu cakna adalah seperti berikut:
- Demam.
- Sakit tekak dan gejala lain seakan-akan demam.
- Luka atau lepuh di dalam mulut termasuk pada lidah, gusi dan sekitar bibir.
- Ruam kulit dengan lepuh pada tapak kaki dan tapak tangan, serta lengan, kaki, dan punggung.
Namun terdapat juga gejala yang lebih serius termasuk:
- Jangkitan saluran pernafasan
- Muntah
- Cirit birit
- Kurang selera makan

Malah, HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti encephalitis dan myocarditis.
Diingatkan bahawa individu lebih mudah menjangkiti orang lain pada minggu pertama mengalami HFMD dengan virus disebarkan menerusi saluran tinja-oral, rembesan daripada hidung dan tekak, serta cecair daripada kuping atau lepuhan.
Bawa Anak Jumpa Doktor Jika Tak Sembuh Lepas 10 Hari
Seperti yang dimaklumkan di atas, HFMD biasanya akan sembuh dengan sendiri selewat-lewatnya selepas 10 hari.
Namun kanak-kanak perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya mengalami situasi seperti berikut:
- Apabila kurang minum air.
- Keadaan tidak bertambah baik selepas 10 hari.
- Kanak-kanak mempunyai sistem imun yang lemah.
- Kanak-kanak mengalami gejala teruk seperti demam panas dan menggigil.
- Bayi berumur bawah 6 bulan.
Di samping itu, ibu ayah juga perlu mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran penyakit itu di rumah. Antara langkah tersebut adalah:
- Basuh tangan menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas menggunakan tandas, menukar lampin, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
- Gunakan pensanitasi berasaskan alkohol jika tiada sabun dan air.
- Bersihkan permukaan yang disentuh dan barangan yang sering dikongsikan.
- Elakkan menyentuh muka dengan tangan yang tidak dibasuh.
- Elakkan sentuhan rapat dengan individu yang sakit.
- Pastikan kanak-kanak yang dijangkiti duduk di rumah jika terdapat gejala.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kesal ‘Baby Chair’ Kedai Makan Kotor & Berdaki, Minta Premis Jaga Kebersihan
Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Bila Waktu Tidur Sesuai Untuk Anak Anda? Ini Saranan Pakar Pediatrik
Baca Artikel Berkaitan: Hari Kanak-kanak Sedunia: Ini 4 Tips Praktikal Untuk Pertumbuhan & Perkembangan Si Cilik!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.