Now Reading
PHM Dedah Masalah Gusi Boleh Tingkatkan Risiko Sakit Jantung, Hati-hati!

PHM Dedah Masalah Gusi Boleh Tingkatkan Risiko Sakit Jantung, Hati-hati!

Menurut Public Health Malaysia (PHM), pendarahan gusi akan menyebabkan bakteria membiak yang mana ia boleh memudaratkan kesihatan jantung.

masalah gusi boleh tingkatkan risiko penyakit jantung (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, penjagaan kesihatan mulut adalah amat penting dan perlu dititikberatkan. Malah ramai individu akan melakukan pemeriksaan gigi secara berkala atas faktor mahu mencerahkan gigi, menghilangkan plak dan sebagainya.

Namun segelintir daripada golongan masyarakat kadangkala tidak mengambil serius tentang gelaja-gejala kecil yang boleh terjadi sebagai contoh gusi berdarah.

Sebaliknya, mereka hanya akan membiarkan darah itu berhenti secara sendirinya dan meneruskan rutin harian seperti biasa tanpa menyelidik dengan lebih lanjut tentang perkara berkenaan.

PHM Perjelas Masalah Gusi Boleh Undang Risiko Sakit Jantung

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila Public Health Malaysia (PHM) mendedahkan bahawa masalah gigi terutamanya gusi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Jelas PHM penyakit jantung ini bermula dengan simptom-simptom kecil yang mungkin anda tidak sedari seperti gusi berdarah akibat memberus gigi terlalu agresif.

Gejala tersebut kemudiannya membuatkan mulut berbau dan menjadi semakin bengkak akibat bakteria yang membiak.

Jika gusi dijangkiti, bakteria di dalam mulut mampu menyebabkan gejala dan keadaan seperti berikut:

  • Keradangan kronik dalam saluran darah
  • Pembentukan plak dalam arteri sekaligus menyumbat saluran darah ke jantung
  • Menyerang bahagian injap hingga mengakibatkan jangkitan dan kerosakan injap jantung yang mengancam nyawa

Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap individu mengambil berat tentang kesihatan gigi dan tidak menangguh bagi mendapatkan pemeriksaan berkala dengan pakar.

“Kesihatan mulut adalah lebih daripada sekadar menjaga gigi putih dan senyuman cantik. Ia adalah perisai untuk jantung anda,” kata PHM.

Individu Berus Gigi Kurang Daripada 2 Kali Sehari Berisiko 3 Kali Ganda Hidap Penyakit Jantung

Sebelum ini, Pengamal Perubatan Am, Dr Norman Mohd Norawi juga memperjelaskan kaitan di antara penyakit jantung koronari dengan penyakit periodontal iaitu jangkitan gusi, bengkak gusi dan kerosakan gigi.

Ia diselidik menerusi satu kajian dikenali sebagai ‘American Heart Association’s Scientific Sessions’ di Chicago, Amerika Syarikat yang mana melibatkan seramai 682 peserta.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu

“Ia menunjukkan kaitan di antara tabiat individu yang memberus gigi dengan risiko penyakit jantung dan kematian akibat serangan jantung, kegagalan jantung serta angin ahmar.

“Selepas membuat penyesuaian dengan faktor lain, ia menunjukkan individu yang memberus gigi kurang daripada dua kali sehari (sekurang-kurangnya dua minit satu sesi) mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi mendapat penyakit jantung.

“Ia berbanding dengan individu yang memberus gigi lebih daripada dua kali sehari (sekurang-kurangnya dua minit satu sesi) secara purata,” jelas beliau.

Sumber: Pexels

Langkah Pencegahan Masalah Gigi & Gusi

Namun usah risau, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh anda lakukan bagi memastikan anda tidak menghidap penyakit jantung seperti diperjelaskan sebentar tadi. Antaranya:

  • Gosok gigi dengan betul setiap pagi dan malam
  • Gunakan flos untuk membersihkan sisa makanan yang melekat pada celah gigi
  • Buat temujanji dengan doktor gigi setiap kali menjelang hari ulang tahun kelahiran
Sumber: Pexels

Dalam pada itu, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dengan kadar segera jika sudah ada gejala jangkitan gusi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Gigi Pesan Pada Orang Ramai Untuk Jujur Sebelum Mula Prosedur. Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: 16% Kes Kematian Di Malaysia Kerana Sakit Jantung. So Please, Jaga Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd